Thursday, 11 April 2013

Keadaan Syurga Secara Ringkas

Guide Me All The Way

I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
‘Cause soon I’ll have to leave it [x2]

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way
[x2]

Guide me all the way
Don’t let me go astray
  ________________________________________________________________________________

Sumber: Buku Himpunan Nasihat Buat Renungan.

Sesungguhnya berbahagialah  mereka yang memilih jalan ke syurga. Mereka makan dan minum dengan nikmatnya tanpa apa-apa batasan. Minumannya daripada Ar-Rahiq Al-Makhtum yang dibubuh salsabil yang menyegarkan. Gelasnya daripada perak, yaqut dan marjan. Penghuni syurga tidak akan mati dan tidak akan binasa. Mereka aman daripada maut, lapar, haus, kesakitan dan kecelakaan. Setiap hari dapat melihat Allah SWT. Bersabda Rasulullah SAW, 'Juru panggil melaungkan : "Wahai ahli syurga, kesihatan telah diberikan dan kamu tidak akan sakit selama-lamanya. Kehidupan telah diberikan dan kamu tidak akan mati selama-lamanya. Muda telah diberikan kepadamu dan kamu tidak akan tua selama-lamanya. Kenikmatan telah diberikan kepadamu dan kamu tidak akan bosan selama-lamanya."'

Rasulullah SAW bersabda bahawa di syurga ada bilik-bilik yang tersusun daripada permata yang apabila berada di dalam boleh lihat di luar dan sebaliknya. Di sana ada kenikmatan, kelazatan dan kebahagiaan yang belum pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, atau terlintas dalam hati manusia. Rasulullah SAW pernah menyatakan bilik-bilik tersebut adalah untuk mereka yang membiasakan diri memberi salam, makan, sentiasa berpuasa, solat malam ketika orang lain tidur. Kemudian baginda ditanya siapakah yang mampu berbuat demikian. Rasulullah menjawab, "Umatku. Sesiapa yang apabila bertemu saudaranya lalu memberi salam bererti dia memuliakan salam. Sesiapa yang memberi makan anak dan keluarganya sehingga kenyang bererti dia telah memberi makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa 3 hari setiap bulan bererti dia biasa berpuasa. Sesiapa yang telah solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, sama seperti telah bersolat malam saat orang Yahudi, Nasrani dan Majusi sedang tidur."

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang tempat yang indah dalam syurga. Rasulullah menjawab ianya ialah mahligai daripada luk luk. Setiap mahligai ada 70 rumah daripada yaqut. Setiap rumah terdiri daripada 70 bangunan daripada zamrud hijau. Setiap bangunan ada permaidani yang diliputi 70 cadar pelbagai rupa. Di atas setiap cadar ada seorang bidadari yang bermata indah. Di setiap bangunan ada 70 meja makan yang setiap satunya terhidang 70 jenis juadah. Di setiap bangunan juga ada 70 orang pelayan yang sentiasa bersedia melayan permintaan penghuni syurga.

Abu Said Al-Khudri menyatakan Rasulullah SAW bersabda, "Ahli syurga yang menghuni tingkat atas dilihat oleh orang di bawahnya. Ianya seperti kamu melihat bintang di ufuk timur dan barat bertaut antara satu sama lain. Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya, orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya akan sampai ke sana."

Pintu syurga itu banyak, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Jikalau suami isteri memperuntukkan hartanya ke jalan Allah, kedua-duanya boleh memasuki mana-mana pintu syurga yang diingini. Syurga itu ada lapan pintu. Sesiapaa yang merupakan ahli solat akan masuk melalui pintu solat. Ahli puasa masuk pintu Shiam, ahli sedekah masuk pintu Sadaqah manakala ahli jihad masuk pintu Jihad."

Apabila mereka berada pada salah satu pintu, kelihatanlah sepohon pokok yang di bawah batangnya mengalir dua mata air. Lalu diminum airnya dan bersuci dengannya. Sesungguhnya rambut ahli syurga tidak akan beruban dan muka tidak akan berkedut. Setibanya di syurga, mereka akan disambut oleh penjaganya, seperti firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 73 yang bermaksud, "Selamat untukmu. Kamu telah suci, maka masuklah ke dalam dan kekal di dalamnya selama-lamanya."
Ahli syurga akan dikelilingi anak-anak syurga dan para bidadari yang jelita. Ahli syurga tidak akan tua dan tidak akan bosan. Berbahagialah mereka dengan segala kenikmatan yang dijanjikan untuk mereka oleh Allah SWT.



(Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, mohon ditegur. Terima kasih.)

No comments:

Kawan2ku ^.~