Friday, 16 September 2016

Luahan Sahabat

Siti Suhada Omar Kamal
 
 
masa aku masuk darjah satu dulu semua kawan kelas tanya,
'kau tadika mana dulu? tak pernah nampak pun?'
'aku takpernah pergi tadika la.'
'ish.. macam mana boleh masuk darjah satu? orang tak tadika takboleh masuk drjah satu la.'
tu lah soalan yang selalu orang tanya. dan aku bangga je cakap,
'bapak aku la jadi cikgu aku.'
'bapak aku ajar aku ABC.'
'bapak aku ajar aku mengaji.'
'bapak aku ajar aku kira kira.'
Dan sama juga situasi aku sekarang, dah habis diploma orang tanya lagi.
'ambil course apa dulu?'
'kenapa taknak sambung degree?'
'eh ada diploma bagus bagus pun taknak sambung degree ke?'
'ruginya,dah belajar pandai pandai dapat kerja macam ni je.'
dan aku bangga je cakap..
aku hidup bukan untuk puaskan hati kau. bukan aku TAKNAK sambung belajar. dan ketahuilah, kami yang awak katakan 'TAKNAK' sambung belajar adalah antara insan yang SANGAT SANGAT MAHU SAMBUNG BELAJAR. Ya, sedih memang sedih tengok kawan kawan yang dapat sambung belajar. aku bayangkan kalau aku yang dapat peluang tu, aku takkan lepaskan. Sebab aku memang nak sangat peluang tu. Tapi Allah dan tentukan, masa depan aku bukan kat situ. Jadi aku redha. Allah dah aturkan lebih baik lagi.
'KERJA MACAM NI' yang awak katakan tu pulak, adalah hasil carian kerja setelah beribu juta kali direject oleh employer. ketahuilah sekali lagi bahawa kami 'KERJA YANG MACAM NI' untuk bantu keluarga, untuk cari wang saku, untuk cari simpanan masa depan. UNTUK MENUTUP MULUT MULUT AWAK semua membuktikan orang yang 'KERJA MACAM NI' boleh berjaya, boleh kaya, boleh balas jasa mak bapak, boleh banggakan mereka. boleh buat kau malu dengan statement kau yang 'KERJA MACAM NI'. UBAH MENTALITI, BAHAWA SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA DENGAN USAHA YG BERTERUSAN.
REZEKI Allah dah bagi, Allah dah limpahkan, cuma ada bahagian nya yang sendiri. dan kami, ada bahagian kami. dan kalian ada bahagian nya sendiri. LEBIH USAHA, LEBIH DOA, LEBIH BERCINTA DGN ALLAH, LEBIH LAH REZEKINYA.
sekian,
Pemegang Diploma Kejuruteraan Kimia dalam Makanan UNIKL MICET
a.k.a
si pembancuh kopi tepi jalan.

 Coffee Ngencess Batu Pahat



No comments:

Kawan2ku ^.~