Ehem ehem... Assalamualaikum
Baiklah... Ianya bermula begini.
Aku masa kecik tinggal dekat Langat.
Waktu tu aku dijaga oleh Mama and Papa (Masa Mak and Ayah Pergi kerja).
So aku akan ke sekolah tadika dgn kawan karib aku dari kecik, Sofia.
Kiranya aku dari kecik dah bersekolah. Ada je yg tak ke skolah tadika. Tapi aku ke sekolah tadika.
Then, aku habis je tadika. Aku masuk belajar kat SK Lubok Kelubi. Masa ni aku sempat skolah kejap je. Lepas tu terus pindah pergi Putrajaya. Waktu ni aku dipindahkan utk bersekolah di SK Putrajaya Presint 8(1). Sebelum dia jadi skolah kluster. Hahah. Waktu ni mmg mak akan bagi aku latih tubi. Mak aku seorang yg tegas dalam bab belajar ni. Dia seboleh-boleh nak aku belajar mcm anak org cina. Memang kaw kaw mak aku push aku belajar. Even baru darjah satu. Sepenjang aku darjah satu aku memang top 3 dalam kelas. Sama ada aku dpt nom 2 atau pun nom 1 dalam kelas. Aku mmg bersaing dgn kawan cina aku ni. Dia dengan aku mmg kawan rapat. Tapi aku tk ingat nama dia. Hahaha... dia pernah je ajak aku dtg rumah dia sambut birthday dia.
Then, mak and ayah aku ada duit lebih. Dia hantar aku n adik nombor dua aku (yg bongsu baru dlm perut) pergi belajar kat Smart Reader Presint 8. Memang blajar english tahap apa je aku rasa. Tapi tak lama. Sebabnya mak aku meninggal dunia masa aku darjah satu pada bulan 12 lepas bersalinkan adik aku yg bongsu beserta selepas sambut birthday ayah aku. Tu kali terakhir ayah punya birthday disambut. huhu
Then, ayah tak mampu nak jaga kami tiga beradik sorang diri masa kat putrajaya. So, dia buat keputusan utk pindah balik kat langat. Duduk dgn Opah aku. Tapi berbayar lah. Bukan free2 jaga kitorang. Sebab ayah kerja kat KL. So hari-hari ayah ulang alik Langat-KL naik motor je. Waktu ni aku dh masuk darjah dua. So aku sekolah balik kat SK Lubok Kelubi tu. Dalam tempoh ni, prestasi belajar aku turun mendadak. But still aku kat dalam kelas pertama. Cumanya dapat nombor tercorot dalam kelas. Biasanya dalam 30, 29 mcm tu. Org yg dh layak untuk turun kelas sbnrnya. So ayah memang risau sgt. Ayah kerja jauh. So tak ada masa nak pantau mcm dulu masa dgn mak. Lagi pun aku banyak main kat Lngat tu. Sbb ramai geng. Aku slalu je ponteng kelas n ponteng sekolah. hahahaha. Most of the time ayah tak tahu aku punya kerja ponteng monteng ni. hahaha. Adoi nakal betul.
Tapi lepas tu, dari darjah 2 sampai darjah 5 aku punya pelajaran masih ditahap yg sama. tak ada peningkatan. Tak lama lepas tu Opah dpt rumah dekat Seri Kembangan. Maka kami berpindah lagi. Dan akhirnya bersekolah di SK Putrajaya Presint 9(2). Waktu ni ayah punya office dh tukar kat Putrajaya dah. Bukan kat KL lagi. So senang ayah nak pantau and hantar kitorang pergi skolah. So dari darjah 6 smpai aku habis SPM aku memang student 9(2). SMK Putrajaya Presint 9(2) tu pon skolah aku.
So, mmg nak dipendekkan cerita. Masa aku pindah je darjah enam kat situ. Prestasi aku and adik aku mmg naik mendadak. Sgt ketara. Ayah mmg lega lah. Sebabnya kitorang tak banyak main. Aktiviti ponteng aku pon aku dh tak amalkan. Takda ponteng langsung lah senang cerita. Hahaha. Aku ingat lagi masa darjah 6. Aku mmg ada satu beg warna biru. Dalam tu aku akan letak Ensiklopedia, Kamus Dewan Bahasa, Kamus Peribahasa dan Kamus Bahasa Inggeris. Setiap hari aku angkut. Sebab waktu tu semangat belajar aku mmg tinggi. Hahaha. Ayah pun tahu dah aku suka angkut bende alah tu. Dalam kelas aku paling suka nak belek kamus what so ever ni. Orang selalu pinjam kat aku. Ahahah. Akhirnya, aku dioffer utk masuk sekolah berasrama penuh sbb prestasi aku. Tapi aku tak nak. Sbb ayah tak restu. Ayah tak nak aku jauh dari dia. Dia kalau boleh nak anak2 dia membesar depan mata. Sbb tu aku smbung sekolah menengah kat SMKPP9(2). Hahaha. Alhamdulillah both my trial and UPSR memberangsangkan result. (Malas nak kasi tahu sbb tak power mcm org lain. Hahha. Nak tahu kne tgok resume aku Bahahahahah)
Then, masuk lah aku kat SMKPP9(2). Alam remaja, alam tenuk darah panas, alam jakun, alam obses, alam kejatuhan, alam bangkit, alam kenal dunia. Banyaknya alam. Alhamdulillah aku bukan dua alam. hahahaha.
So, masa ni lah aku kenal erti bertapa pentingnya ilmu ni. Aku mengalami kejatuhan prestasi belajar masa form 2. Waktu ni aku gila gila punya aktif dlm koko (Akhirnya dalam sijil kluar lain. hmmm). Then, aku tersedar. Aku struggle. Sbb megenangkan PMR tahun depannya tu. Aku struggle tak ingat dunia. Belajar sampai pukul 3 pagi. Ayah tak kacau sebab ayah tahu aku blajar. Sebab tu ayah belikan lampu belajar utk aku. So tak ganggu tido adik2 aku. hahaah. (Zaman ni aku blajar smbil layan Lagu indie). Waktu ni aku kumpul duit belanja just to buy some book. Sama ada revision book or novel. So, jgn tnya knp aku suka buku. hahahah. (Sbnrnya aku suka kertas).
Then, Alhamdulillah berkat usaha dan doa Ayah n org sekeliling. Aku peroleh result PMR yg aku tk jangka sbb trial aku mmg jahanam. Mmg waktu tu aku kinda depress.
Tpi kuasa tuhan kan. Aku berjaya.
Lepas tu masuk form 4. Aku jadi malas belajar atas sebab aku tk dpt nak masuk kelas yg aku nak. kelas LK. Sbb aku minat lukis2 ni. Tpi cikgu addmath ckp aku tk sesuai masuk tu. Makanya aku amik BIO. Mmg science stream mcm perghh... Otak aku dh nak explode. hahaha. Tpi tulah waktu tu pon ada krisis aku tak boleh nak masuk ilmu sbb ada beberapa subjek yg cikgu dia mengajar tak kena jiwa aku. Sbb tu aku memain. So, ayah malas nak tnya dah. hahahah. Aku mmg kepala batu waktu tu. Sbb tu ayah akan garang bila aku malas. Hehehe...
Lepas tu, naik form 5. Dah nak SPM. sepanjang tempoh tu. Cikgu semua push aku blajar. Sbb prestasi aku mmg teruk.S gt teruk. (Aku bnyak dpt G utk subjek berupa science. Yakni Chemist, Physic, Bio and semestinya add math) hahahahaha.
Sampailah satu hari ni, lepas trial SPM.... ada 3 org cikgu ckp
Ckgu 1:
"Awak Liyana kan? Saya ada nampak muka awak dalam majalah sekolah masa PMR. Top student. Knp result awak menurun? Saya harap awak boleh ada lagi dlm majalah sekolah urk SPM ni. Sbb awak ada potensi."
Ckgu 2: (Cikgu Narizan)-Addmath
"Liyana saya tgok awak ni bukannya tak boleh,. Awak boleh. Cuma awak ni malas. Add math ni saya rasa, paling tidak pun awak dpt B masa SPM nanti."
Ckgu 3: (Pn yeap)-Chemist
"peperiksaan akhir tahun amat mengecewakan tea....tak pernah ada lgi plejar yang did realyy badly dlm final exam..
get rid of takut..cause it won't do u any good
u need to fight it then only u will realise actually it's not difficult,,
Dgn kata2 tu aku tersedar yg aku bnyak main. Dan akhirnya sikap aku masa UPSR dan PMR tu dtg balik. Aku blajar. Aku dikelilingi kertas. Aku selalu menelaah. Meja belajar aku bukan kat bilik lagi. Tapi meja makan yg besar alam tu. Penuh buku n kertas aku je. Ayah tak marah sbb aku buat kerja. Hahahaha. Dan tibalah SPM..
remember you yourself are your main enemy and you also are the strenght of yourself....
hoope you can understand this, digest it and u will find the way to success...."
Alhamdulillah, i did a really good job. Aku puas walaupun aku tk dpt mcm student top yg lain. Sbb aku buat utk diri aku. Lantak lah diorang nak flying colours ke apa. Janji aku dpt bangga kan ayah n tunaikan hasrat cikgu yg nampak potensi aku tu. So cikgu2 yg aku jumpa mmg semua nak anak-anak didikan dia berjaya.
Dan akhirnya aku berjaya melangkah masuk ke menara gading. Ecewah. Aku masuk ke UniKL MICET as Diploma Chemical Engineering Technology (Food). Apa pun sepanjang diploma aku blom merasa dpt DL. Hahah tkpe reseki tu sentiasa ada. Asalkan aku dapat ilmu yg aku nak. Ilmu tu kan meluas. Dalam apa bidang skali pun, blajar lah selagi mampu. Sbb ilmu tu meluas. Tak salah pun smbung atau tak smbung belajar. Sebab rezeki org lain2. Tolong ye 'Meleis' jgn judge org sesuka hati. kau tahu ke kepayahan apa yg seseorang tu lalui? Jgn sesuka hati tnya soalan tak berlapik. Fikirlah sikit perasaan org tu. Diorng tahu kemampuan diorang tahap mana. Allah tu Maha adil. Tak ada yg sia-sia.
Kalau belajar tinggi pun tak hormat org. Tak tahu nak jaga perasaan org. Tahu nak perlekehkan org je. Baik tak payah belajar tinggi. Memalukan je.
Oh lupa. masa aku nak masuk MICET pon org kecam. Kata tak ada masa depan. Hmm... hebat nya diorang tilik masa depan aku. Sorry aku dh istikarah. Dan itu jawapannya. Dari situ aku belajar. Utk tak dgr kata org sekeliling yg tahu nak menjatuhkan org. Mana kata2 yg memberangsangkan akal fikiran aku je aku trima dan hadam. Trima kasih. tu je luahan aku. Muahh... Luahan ke? More to cerita pengalaman aku.
Apa pun yg kita hadapi, kalau tak ada kepercayaan dgn Rezeki Allah tu... jgn harap kita nak tenang dgn apa yg berlaku. Percayalah, Allah Maha adil. Thus, your life will be easier than you expected.
#Ps: I love you ma friend. #Lot8741
No comments:
Post a Comment