Saturday, 6 July 2013

Tidak Bertajuk



Assalamualaikum…


Kali ni aku nak letak karangan aku masa tingkatan 5. Aku terjumpa sebenarnya. Tak sangka panjang betul karangan bahasa Melayu aku ni. Patutlah result aku dengan Syira untuk subjek bahasa Melayu A+. Alhamdulillah… Bagi aku tak sia-sia Cikgu Noraikha pesan supaya buat karangan yang mantap.. hehe… Tapi tulah, aku selalu je lupa. Bila dah terdesak baru lah ingat pesanan-pesanan lain. Apa-apa pun aku berterima kasih dekat Cikgu Noraikha sebab dari aku tingkatan 4 sampailah tingkatan 5 dia memberikan didikan yang terbaik untuk subjek bahasa Melayu! Makanya, aku suka subjek bahasa Melayu. Tapi kan sebelum aku letak karangan tu, tiba-tiba aku teringat sesuatu.. Jeng jeng jeng… Hehe… Aku teringat masa mula-mula jadi murid Cikgu Noraikha, cikgu selalu panggil aku ‘HAMNAH’ sebab apa? Sebab aku dengan sahabat aku yang bernama HAMNAH bersaiz kecil. Haha… Aku dengan Hamnah punya tinggi sama. Dua-dua gaya macam budak darjah satu. =.= err teruk sangat kalau aku samakan ketinggian aku dengan budak darjah satu… Okey..okey aku tukar… Budak darjah enam :p

Haha…


Lagi satu! Aku teringat balik surprise budak-budak kelas aku untuk Cikgu Noraikha! Siapa kata kelas 5 Science Pintar tak buat surprise untuk cikgu kesayangan diorang? Ingat kelas 5 Science Rajin dengan 5 Science Elit je ke yang pernah buat? Hoho… Fathien , Anisah , and Wahida… jangan marah ha.... hehe…


Cerita dia macam ni…


Masa tu kami kena bentang tentang komsas. Ini pembentangan secara individu. Seingat aku cikgu Noraikha memang suka suruh student dia buat pembentangan guna powerpoint. Hehe… Cikgu puji kelas kami sebab masing-masing kreatif… Haha… Sangat susah nak hilang focus setiap kali masing-masing dengan bangganya menayangkan slide show powerpoint masing-masing! Haha… Semua cantik dan menarik! Itu baru satu kekuatan. Kekuatan yang lagi satu, bergantung kepada pemilik slideshow tersebut. Pandai-pandai lah beri penjelasan agar suasana tak menjadi hambar! Haha.. Tapi pendapat aku, kawan-kawan kelas aku sangat mahir dalam berkomunikasi. Ada saja lawak jenaka yang membantu kami untuk ingat apa yang diajarkan kepada kami.


Oh! Ops! Baru aku sedar, aku melencong daripada cerita asal.. Hehe... Okey..okey… aku sambung :p

Cerita dia macam ni, (ulang balik ayat yang sama)

Masa tu Adiba yang kena present… So, sebelum hari dia kena present tu aku mintak dia cari apa-apa gambar untuk dia letak pada akhir slideshow yang berkaitan dengan ucapan ‘Selamat Hari Lahir’. Jadi Adiba pun buatlah. Dia okey je…


Yang bagusnya, dia dengan budak kelas aku pandai betul berlakon. Muka maintain je. Tipulah kalau masa tu aku tak cuak. Yelah, siapa tak cuak… dibuatnya muka maintain diorang tu sebenarnya membawa maksud yang diorang lupa plan nak surprise cikgu macam mana??? Terkucil lah aku nanti… Haha… Tapi Alhamdulillah… diorang memang pandai berlakon pon… Haha…


Jadi, dipendekkan cerita… Adiba pon macam biasa present kerja dia. Kami focus. Sama jugak macam cikgu. Semua tekun. Bila diba dah habis. Cikgu macam biasa tolong bagi kesimpulan daripada apa yang Adiba bentangkan. Then, bila cikgu dah habis explain, Adiba masuk line. Diba cakap macam ni…


“Cikgu… Saya ada sesuatu untuk cikgu.” So, aku dengan yang lain dah ready dah ni. Cikgu pon pandang lah Adiba.


Then, Adiba tekan slideshow terakhir tu…




Dan dalam masa yang sama, aku dengan budak kelas menyanyi lagu birthday! Ada dua version rasanya… Haha… kot lah…


Alhamdulillah, cikgu terharu sangat…. Masa tu aku kasi lah kad yang aku siapkan sebelum masuk kelas BM tu… Ops bukan aku soaring yang buat kad tu, tapi satu kelas. Haha.. aku dengan kawan kelas aku yang perempuan tolong hias-hias dan letak tanda tangan and ucapan masing-masing. Budak lelaki kelas akU??? Yang lelaki, diorang tolong letak tanda tangan dengan ucapan je. Hehe..

Jadi itulah alkisahnya… Cikgu sangat happy! Haha…

Tapi macam tak biasa… dalam satu hari bnyak reaksi yang kami buat. Kalau pagi happy, tengahari tegang, lepas tu petang bengang. Malam, muka toya. Haha… Itulah pengalaman yang aku ada sepanjang jadi murid SMKPP9(2). Aku suka sekolah tu sebab cikgu on je nak buat kelas sampai malam. Dan yang pasti semuanya free! Cikgu-cikgu mintak satu je… “Hadir kelas tambahan.” Itu je. Diorang tak mintak bayar pon…


Bagi aku cikgu sekolah tu sangat lah ikhlas nak bantu anak murid mereka.


Okeylah, ini cerita tentang Cikgu Noraikha… Lepas ni aku cerita tentang cikgu lain pulak.

So, ini dia karangan aku tu. Sila komen, atau kutuk sepuasnya. Haha…

^^  Mintak maaf... kalau ada salah...
(Karangan tu nanti lah.. malas pulak.. Tak janji tau~ Malas)

No comments:

Kawan2ku ^.~