Sunday 5 May 2013

RAHSIA PEMAKANAN CENDEKIAWAN ISLAM

Sumber : estidotmy Edisi 61

Assalamualaikum... Kali ni aku tergerak hati nak share satu benda yang aku rasa rugi kalau tak share!


Aku rasa, kalau share ilmu tak salah kan?

Betul tak?
Okey... Hehe... Tajuk kali ni, bukan pasal hidup aku ke apa... Hehe.. (Yana... mcm lah ada org singgah blog kau ni)... Haha..

Aku percaya ada yang dah tahu and dah pernah baca... Benda yang aku nak share ni dah pernah pon keluar majalah...Tapi, mungkin dah lupa atau tak tahu... Sebabnya.. benda ni dia keluarkan masa tahun 2007..... Masa tu aku masih pendek akal lagi. (Pendek fizikal jugak) Haha...

So, apa kata... Kita membaca!   Lagi pun... kan bagus kalau kita sama-sama share ilmu... tak syok lah aku je yang nak baca kan? Hehe...

So ini dia... -AkuYakinAkuBolehJadiPelajarYangCemerlang-

 (AKU TAIP BALIK... AND TAMBAH GAMBAR... KALAU NAK TGOK YG DALAM MAJALAH TU... KLIK GAMBAR DI BAWAH... )
[Sorry gambar tak kena dengan tajuk... Sebab aku tak dapat nak fikir gambar apa yang sesuai... :(]


RAHSIA PEMAKANAN CENDEKIAWAN ISLAM
Oleh: MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
Seperti yang kita sedia maklum, makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak.

Ramai yang percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka yang tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam yang lain ini cuba diketengahkan kembali.

Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:



1. Madu
  • Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit.
  • Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
  • Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
  • Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium) , kuprum, silika, klorin, dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
  • Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.


2. Kismis
  • Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
  • Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa serta lemah fikiran.


3. Susu Segar
  •  Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, memberikan tenaga mental dan fizikal.
  • Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
  • Merupakan makanan yang paling lengkap dan berhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
  • Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
  • Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

4. Telur
  • Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
  • Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
  • Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
  • Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemaan tenaga fizikal dan minda.
  • Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5. Halia
  • Ia sangat mujarab untuk mengelakkan sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

6. Limau oren
  • Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
  • Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7. Daging burung merpati
  •  Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, forforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
  • Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


8. Daging ayam
  • Berbanding dengan semua jenis daging, daging ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
  • Daging ayam betina dara terutamanya bekhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.


9. Daging Biri-biri
  •  Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.


10. Hati
  • Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

11. Kekacang
  •  Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
  • Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.


12. Buah badam
  •  Untuk meningkatkan kecerdasan.



13. Kemenyan putih (Kemenyan serani/luban/kundar)
  • Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


14. Bunga Kubis
  • Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.
15. Bunga cengkih
  •  Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecerdasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

16. Labu
  •  Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

17. Buah kedekai (Majalawi)
  • Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

18.Minyak Sapi
  •  Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.


19. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori.

So, itu jelah.. :D
Tiba-tiba rasa semangat nak belajar dalam bidang Chemical Engineering Technology (Food)...
Aku rasa penting jugak bidang tu...
Lebih-lebih lagi Industri Makanan semakin meluas!

Okey! Malas nak membebel...
THE END




Allah berfirman bermaksud:

 “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188).






 

Firman Allah bermaksud: 

“Hai para Rasul, makanlah daripada makanan yang baik dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Surah Al-Mu’minun, ayat 51).

Sumber : rizwanmenulis.blogspot.com


2 comments:

Nur Syahirah said...

sangat berguna! Thanks sebab share :)

larkspurpetak said...

Sama2 :)
Kalau kau ada ilmu utk dikongsi share lah! :D

Kawan2ku ^.~