Wednesday 8 May 2013

MINE


Sorry NS2... Aku tiru tajuk entri kau.. Hehe..
Jangan marah haaa... NS2
Seperti yang dijanjikan... 


 Aku upload hari ni.
NS2 dah UPLOAD DAH...

Boleh check dekat (SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH)



Untuk NILLIA VANILLA ... 
KLIK GAMBAR DI BAWAH ni..



Dan sekarang~


Masa untuk aku pulak...
Ni dia gambar-gambar novel dan komik yang aku ada.
(Sikit je pun yg ada.. Bajet macam banyak.. Hehe)


KITA MULA DENGAN KOMIK
(Berapa sangatlah yang ada.)





Yang ni komik yang paling aku suka ...
ITU JE KOMIK YANG ADA DALAM SIMPANAN AKU...
(Terkejut tak? Aku bukanlah peminat komik pun. Hehe)


KITA TERUSKAN DENGAN NOVEL PULAK
(Tak sebanyak mereka berdua.. Hehe..)




(NOTE) :

Tajuk Buku- Merah
Sinopsis- Ungu
Penulis- Biru
Bilangan Muka Surat- Merah Jambu
Seronok Dibaca ^^
LOOK UP (NOTES)


Kategori novel kanak-kanak ribena (Zaman akal cetek)


 Melah Melia

"Bantal ini kelihatan comel. Saya mahukan sarungnya sahaja boleh?" Zarina sengaja mengacah, mengusik Melah Melia.

"Jangan...janganlah," rayu Melah Melia.
Dadanya semakin berdebar-debar.

"Saya tidak peduli. Saya tetap mahukannya," kata Zarina sambil membuka zip sarung bantal itu.

"Jangan!"

Dia pintar, pelajar paling cemerlang di dalam kelasnya. Namun semua itu tidak cukup untuknya melangkah dengan penuh yakin.
Melah Melia menyimpan kemas rahisa dirinya!

Ainin Naufal
180
 Melah Melia 2

Melah Melia juga sudah membuka beg kertasnya. Sehelai tuala yang sama saiz dengan tuala busuknya ditarik keluar. Melah Melia tersenyum.

Amran tersenyum-senyum. "Melah, buanglah tuala buruk awak itu!" Harap-harap Melah Melia faham maksud pemberiannya itu.

"Terima Kasih. Buat susah-susah saja." ucap Melah Melia. Tuala itu dimasukkan semula ke dalam beg kertas. tuala busuk yang sedang digenggamnya itu lebih sedap baunya berbanding tuala baru pemberian Amran.

Pelbagai dugaan yang dihadapi termasuklah kejadian histeria, peristiwa tandas berhantu dan sebagainya. Namun, semua itu tidak sama peritnya dengan kehilangan tuala busuk yang menjadi pendampingnya selama ini. Adakah Melah Melia dapat hidup tanpa tuala busuknya?


Ainin Naufal
226
 Melah Melia 3

"Syamimi di mana?" Soal Rizal. Amran menjeling sekilas. Rizal buat-buat tidak nampak dan buat bodoh sahaja dengan jelingan Amran.

"Entah, mungkin dia mengulangkaji sendirian di dalam kelas," jawab Melah Melia sambil menyembunyikan rasa hatinya.

"Dia tidak ajak awak bersama?" soal Amran pula. Dia tidak mahu Rizal terus mendominasi keadaan dengan mengajukan macam-macam soalan yang ada kaitan dengan Syamimi. Cemburu okey!

"Saya rasa dia mahukn privasi. Dia mahu fokus betul-betul." Melah Melia tersenyum tawar.

Sejak akhir-akhir ini Syamimi selalu menjauhkan diri. Melah Melia rasa tersisih. Apa salahnya? Adakah Syamimi sudah bosan melayan kerenahnya? Melah Melia hanya mampu berserah.

Ainin Naufal
234


 Tabik Cikgu

"Masya-Allah! Siapa punya kerja ini?" Mata Cikgu Mukhsin terjegil dan merah seperti biji saga. Tetapi para pelajar yang seramai 19 orang itu tidak sedikit pun menunjukkan riak takut atau gentar. Wajah mereka bersahaja bahkan saling menyorokkan senyuman di bibir.

"Sekiranya tak ada sesiapa yang hendak mengaku, saya laporkan perkara ini kepada Pengetua!" Gertakan Cikgu Mukhsin tidak memberi apa-apa kesan.

Cikgu Mukhsin berjalan ke arah pelajarnya. Mereka menahan tawa masing-masing apabila melihat cikgu itu berjalan seperti seekor itik yang berkaki lebar.

"Cikgu bukan tidak tahu siapa yang melakukannya. Cikgu ada pasang kamera perakam sebelum masuk kelas. Tak percaya? Kamera itu ada di belakang kamu. Di dalam almari itu," tunjuk Cikgu Mukhsin. Pelajar Tingkatan 2 Terbilang tergamam. Pintu almari itu ternganga sedikit.

"Tak mungkinlah..."
"Bohong!"
"Boleh percayakan?"

Fatimah Az-Zahra
228
 J.A.Y-Janji Anak Yatim

"Saya berjanji dengan ibu akan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menjawat jawatan yang tinggi. Masa itu baru dia tahu siapa Adnan!" Adnan bersemangat.

"Apabila saya sudah kaya, saya akan tunjukkan kepada Makcik Leha yang anak orang miskin juga boleh berjaya dalam hidup. Saya akan mempunyai perniagaan sendiri dan ibu hanya goyang kaki." Adnan tidak mahu lagi ibunya dihina sedemikian rupa.

"Ibu tengoklah suatu hari nanti," janji Adnan kepada ibunya. Mak Habibah tersenyum.

Ida Rizyani & Talhah
251

 SARAH dan kasut tumit tinggi

"Cik Sarah, wakil  Sekolah Menengah Taman Selayang!" Tepukan gemuruh membuatkan Sarah bertambah yakin mengatur langkah. Berbagai-bagai perasaan mula bercampur aduk dalam dirinya. Rasa bangga kerana berpeluang memperagakan kasut tumit tinggi dari luar negara semakin membuak-buak.

Sarah terus mengukir senyuman. Kakinya pula mengatur langkah kembali ke tempatnya. Tepukan gemuruh yang berterusan membuatkan Sarah sangat gembira. Tiba-tiba...

Dup!

"Aduh! Sakit kepala saya!"

"Bertenang! Bertenang! Cik Sarah tidak mengalami sebarang kecederaan!"

Para hadirin bangun daripada kerusi masing-masing dan segera meninjau keadaan Sarah. Pengacara pula berusaha menenagkan para hadirin yang masih berdiri dan tertanya-tanya sesama mereka.

Ezee Rahmani
274
 SARAH dan anting-anting

"Sedia? Tarik nafas dan hembuskan perlahan-lahan. Bertenang...." Jururawat itu melebarkan senyumannya sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih melepak seputih pakaian seragamnya.

Tiba-tiba dia ketawa kecik dan semakin kuat ketawanya sehingga Sarah dapat melihat dengan jelas anak tekaknya. Jururawat itu terus ketawa sambil memegang cuping telinga Sarah. "Kali ini saya tindikkan cuping telinga kamu ini lebih besar dan lebih luar dari sebelumnya. Fesyen apa pun kamu boleh pakai. Jenis sangkut, jenis cucuk ataupun jenis jenis gantung."

Kata-katanya diikuti dengan gelak tawa yang berdekah-dekah. Matanya membulat merenung cuping telinga Sarah. Gerun Sarah mula di luar kawalan. Dia tidak mahu ditindik begitu!

Ezee Rahmani
264

 SARAH dan Bunga Mawar

"Cantiknya bunga-bunga mawar itu!" Sarah memuncungkan mulutnya ke arah sederet pasu bunga di tepi pejabat kem. "Tidak terpandang langsung di situ ada bunga-bunga yang cantik berwarna-warni!"

Roza menghayun beg pakaiannya ke kaki Sarah.

"Sejak bila pula awak berminat dengan pokok-pokok bunga?"

Sarah tersengih. Sempat dia berlari dan menghidu aroma bunga-bunga mawar di situ buat seketika, sambil menunggu giliran naik bas.

"Harumnya!"

"Awak suka mawar?" soal komander kem ketika terlihat Sarah di situ.

"Suka!" Sarah tersengih walaupun dia sendiri tidak pasti sejak bila dia mula sukakan bunga-bungaan. Tetapi sekarang dia memang suka!

Ezee Rahmani
259


 Kembar Terpilih

"Yang gelap akan terang
Yang hilang akan datang
Kenali aku akan dirimu
Ketahui aku akan salahmu
Yang mencuri menyerah padaku"

Misha dan Marsha Osman adalah pasangan kembar daripada keturunan dukun terbilang yang dikurniakan kelebihan luar biasa bagi melawan kejahatan. Misha dan Marsha adalah Kembar Terpilih. 

Hanya mebggunakan jampi serapah, mereka mampu membantu orang dalam kesusahan. Satu kes kecurian berlaku di sekolah dan adik-beradik kembar itu menggunakan mentera bagi menangkap si pencuri. Peliknya, kes kecurian semakin kerap berlaku selepas mentera itu dibaca. Siapakah si pencuri dan mengapa mentera Kembar Terpilih tidak menjadi?

Meor Shariman
156



Kembar Terpilih Dalam Bahaya

"Banyak bunga perkara bunga
Banyak lati patah kaki
Banyak cakap tidak berguna
Cakap tak berguna tertutup mati"

Misha dan Marsha Osman adalah pasangan kembar daripada keturunan dukun terbilang yang dikurniakan kelebihan luar biasa bagi melawan kejahatan. Misha dan Marsha adalah Kembar Terpilih. 

Dengan menggunakan jampi serapah, mereka mampu membantu orang dalam kesusahan.

Siri Kembar Terpilih yang ketiga ini memuatkan kisah bagaimana Misha dan Marsha daripada keturunan dukun terbilang mula bertudung. Selain itu, ibu bapa mereka yang disangkakan sudah meninggal dunia rupa-rupanya bersembunyi di satu tempat terpencil. Hanya nenek kembar itu iaitu Hajah Eton yang tahu rahsia itu. Marsha meminati Farid tanpa mengetahui Farid adalah daripada keturunan pawang yang bermusuhan dengan dukun terbilang. Bapa saudara Farid sedang memburu kembar terpilih kerana mahu menghapuskan waris Rubiah sebelum mereka menjadi benar-benar berkuasa.

Meor Shariman
159


Cerita Antara Kita

Waktu berlalu seperti berlari
Di antara waktu itu, ada cerita antara kita
Saat tertawa, saat berduka
Walaupun semua itu berlalu pergi Ingatlah ia pernah abadi

Mimi memiliki segala-galanya. Kekayaan, kecantikan serta bakat yang serba boleh membuatkan dirinya sering mendapat perhatian di sekolah. Namun kelebihan yang ada itu tidak mampu menjanjikan sebuah kebahagiaan kerana keadaan keluarga yang tidak sempurna. Mimi cuba mencari kebahagiaan bersama rakan sebayanya iaitu Iskandar dan Taufiq. Kehadiran Amir Amran pula memberi tamparan hebat kepada persahabatan mereka.

Emy Nasuwa Abu Bakar
162


Gitar & Lolipop

Mereka budak-budak dalam dunia muzik. Tetapi, lagu mereka diciplak kumpulan rock terkenal. Kematian teman hidup dan pengkhianatan bukan penghalang.

Rasailah pengalaman 18 'Lagu' hebat mereka.
-Mula
-Sertailah Kami
-Situasi
-Gitar Mahal
-Kenalkan Diri
-Perkara Baru
-Telur Busuk
-Main Lagu
-Bersatu
-Tamparan Wanita
-Sepakat
-Ciplak
-Kemalangan
-Tayar Tanpa Angin
-Orang Pancaragam
-Syak
-Konsert
-Penamat

Nuriazam Ismail
266
HANS BRINKER

The Shining Prize!

The country is Holland, the time a century ago. But the story is timeless: a poor boy who wants to prove his own worth and to help his terribly sick father.

It is Gretel's Story too, Hans' little sister who also dreams of winning the skating race whose prize is the silver skates. But there is much to be done, problems to overcome, and a great mystery to be solved before Hans, Gretel, the Brinkers and their friends can grasp the greatest prize of all-happiness!

Mary Mapes Dodge
240
Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Harry Potter naik angin kerana dibiarkan terkontal-kantil di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpulkan pengikut dan dia mungkin akan disergap.

Setelah dia diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dia mendapat tahu yang Dumbledore sedang mengumpulkan semula ahli Kumpulan Phoenix, pertubuhan rahsia yang dibentuk buat pertama kalinya bertahun-tahun lampau untuk menentang Voldemort. Malangnya, Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang disebar luas oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Pr****t.

Harry bimbang yang dia mungkin terpaksa menghadapi sendiri penentangan terhadap kuasa jahat yang telah berlanjutan terlalu lama itu.

J.K.Rowling
970
Mr Midnight #7

Story #1: DON'T GET OFF AT THE 13th FLOOR! Natasha, her brother and friends are trapped in a mysterious world in the 13th floor. Can they escape from their hideous captors?

Story #2: Ho Kit's new shoes can make him walk up walls. He has fallen under the power of an evil enemy and not even his friends can save him. Don't miss a page of the screams and excitement in MY SHOES HAVE GONE NUTS!

James Lee
126


Kategori novel dewasa kegatalan melampau?  (Zaman bermulanya dunia kematangan)


Utk kategori ni... malaih nak taip sinopsis... Kalau nak tahu sinopsis... Gi bli sendiri.. Hehe..
(Bukan malas.. tapi letih.. sebab sinopsis utk kategori ni panjang-panjang =.= '' ) 

Hehe

Sepupuku Suamiku
Lynn allyna
542


 Kita Hanya Di Seberang Jalan
Baharuddin Bekri
442


 Chronicle 301 Semester Satu
Ana Dania . Anis Adlyana . Ney Joehan . Qayyum Nur
482


 Tak Bisa Memilihmu
Ain Maisarah
281


 AD + IZ
Eury Athena
636


  Buku ni Asfa yang kasi... Hehe

Bara Cinta Canberra
Ilham Hamdani
588


Dalam Diam Ada Cinta
Ayuma Umairah
532


Sayangku Casper
Mazni Aznita
613


Antara Benci & Rindu
Ida Farisya
537


 Dia Istimewa
Ainin Naufal
213


 Ini Suatu Cerita
Faizal Dzasrik
496


 ...Hujan Pun Menari...
Norhayati Berahim
892


 Tuan Rumah Pembantu Rumah
Orkid Edyliyne
517


Kumpulan Cerpen Di Ufuk Fajar
Aminah Mokhtar
 590


Bini Aku Tomboy Ke?
Arisa Eriza
530


 Yong Tau Foo
Faizal Dzasrik
395


 Bukan Serapuh Daun Maple
Fatinilam Sari Ahmad
564


 Suami Aku Ustaz
Hannah Dhaniyah
583


 Mengapa Aku Jadi Pengetua?
Kusyi Hirdan
327

 
Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua?
Kusyi Hirdan
341


 Mengapa Aku Rela Jadi Pengetua?
Kusyi Hirdan
355

The Time of my Life
Cecelia Ahern
492


 My Love Playgirl
Siti Nur Dhuha
677


 Protect The Boss
Ellyne Alyana
436


 Kau Curi Hatiku
Iman Xara
518


 Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik
Farisha Imani
888


This Side of Innocence
Taylor Caldwell
510


 Contengan Jalanan
Hlovate
291 , 262


5 Tahun 5 Bulan
Hlovate
509


 [Tunas] 
Hlovate
539


 aA + bB
Hlovate
495


 Rooftop Rant
Hlovate
538


 Versus
Hlovate
432


 Pelangi
Syud . Hlovate . Noor Suraya
630


 Gurindam Jiwa
Hlovate . Imaen . Noor Suraya
496


 Khalid Memburu Syahid
Abdul Latip Talib
379



 Perang-Perang Yang Benar
Abdul Latip Talib
706


 Khalifah-Khalifah Yang Benar
Abdul Latip Talib
770




Sekian sahaja laporan daripada saya.. hehe..



2 comments:

Unknown said...

My Love Playgirl to ngeng ngong oh citer dia. tak tahan aku gelak. Btw, aku pun ada koleksi mengapa aku jadi pengetua. ADA BUKU KE-4 tapi dh lama tak nmpak. macam tak kuar dh je.

larkspurpetak said...

Ha'ah weh... Mengapa aku jadi pengetua yg ke-4 tu aku tk pernah tgok pon... sbb last aku baca yg ke-3 tu mcm ada sambungan...
Owh! My Love Playgirl tu selalu buat air liur aku tersembur-sembur baca!!! Hahahah...

Kawan2ku ^.~