Bab 2
6.12 pagi.
“Meow… Hai Comel. Meh sini.. makan.”
Liyana menuang Friskies kedalam mangkuk. Kini, kucing yang dijumpainya semasa berjalan
di medan telah menjadi haiwan
peliharaannya.
“Kita nak pergi sekolah ni. Jangan
lupa doakan kita supaya kita rajin
belajar tau Comel. Kita pergi dulu.” Liyana mengusap bulu gebu Comel.
“Mana pulak aku letak mp3 aku ni?” Dia berjalan ke bilik. Dia
mencapai mp3 berwarna biru yang terletak di atas meja.
“Kau ni, kata nak jadi budak baik.
Tapi bawak barang larangan.” Adik menegur.
“Adoi, aku bawak pon bukannya aku
guna masa cikgu mengajar. Aku guna masa cikgu tak ada dalam kelas. Tak ganggu
siapa-siapa pun.” Mana boleh tinggal Indie aku ni. Mau aku terlentok dalam
kelas. Bosan tahap tak ingat.
“IZAN!!!!!” Selimut tebal yang
membaluti badan Izan ditarik sekuat hati. Begitulah setiap hari. Puan Amirah
terpaksa bertukar menjadi ‘Hulk’ setiap pagi.
Nak buat macam mana kalau anak bongsu dia ni spesies liat nak bangun
pagi.
“Mak, kalau abang ponteng hari ni boleh tak?” Izan
bertanya dengan harapan cadangannya diterima.
Tetapi malangnya, telinga Izan
dipulas dengan begitu bersemangat oleh emaknya. Izan hanya menahan kesakitan.
Bila Puan Amirah dah pulas telinga Izan, maksudnya Izan tak boleh terlepas
lagi. Tangan Puan Amirah masih di telinga Izan. Puan Amirah menarik Izan untuk
bangun mandi. Puan Amirah membuat isyarat agar Izan segera bersiap. Izan tidak
membantah. Izan hanya memberi tabik sambil tersengih. Tersengih menahan sakit. Telinganya dilepaskan daripada menjadi mangsa.
Lega.
Dia mengosok-gosok matanya yang
masih berat untuk dibuka. Menyesal tidur lewat malam semalam. Dia mencapai
tuala.
I'm caught in
between
Of losing you and
losing me,
With just one
Decisive stare,
I forget the time it
takes to get from here to there.
I'm so much better
than I used to be.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand
still,
When I'm with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand
still,
When I'm with you.
You're
The phase that fits
this hole,
Healing my side of
broken soul,
Went up with size
Of moments alone I
cry,
The rest is history
My tears are now my
eyes.
I'm so glad that you
exist,
A friend like you
how can I miss,
Distance is the
burden truth,
Holds the life and
well with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand
stills,
When I'm with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand
still,
When I'm with you.
(Over again...) 12x
Take me there,
Away from here,
Where the time stand
still,
When I'm with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand
still,
When I'm with you.
I'll take the chance
To be with you,
And the song I've
got,
To go on.
I'll take the chance
To be with you,
And the song I've
got
To go on.
{{Lyricsfreak.com © 2009}}
Scene At The Movies mengisi kesunyian
yang tidak tertahan pada tengahari itu. Liyana sibuk membuat latihan Add
Math. Hampir semua rakan sekelasnya sibuk dengan program untuk esok. Hari Guru.
Dia dan Syira tidak menyertai sebarang acara. Sengaja tidak mahu terlibat
kerana pertandingan bagi Karnival Kaunseling Kerjaya dan Kesihatan bakal menjelma. Mereka terlibat dalam
pertandingan Media Maklumat. Bukan mereka berdua sahaja. Fathien, Adiba,
Farzana, Anisah, Wida, dan Zida turut terlibat. Apa-apa pun hanya 4 orang
sahaja akan dihantar untuk ke karnival tersebut.
“Liyana…”
“Hmm…”
“Ada orang nak jumpa kau.”
Liyana menoleh memandang Syira
di sebelah. Dia terlihat seseorang sedang melambai-lambai ke arahnya.
“Mamat tu ke?”
“Ha’ah… Dia panggil kau.” Syira menjelaskan.
“Tolong jagakan mp3 aku jap.”Liyana melangkah ke pintu.
“Hmm… nak jumpa aku ke?” Liyana menyoal.
“Eh, tak lah.. . Aku nak jumpa dengan mp3 kau lah. Perasan.” Izan
melemparkan senyuman.
Liyana mengeluh. Lalu, kakinya dihayun untuk ke tempat duduknya semula.
“Eh! Aku gurau je. Aku nak jumpa kau lah. Adoi.” Izan terkejut melihat
perilaku Liyana.
“Aku tak suka buang masa aku. Huh… Cepat.. kenapa nak jumpa ni? Aku dah
pulangkan ‘ular’ dengan kain kau. Aku ada hutang benda lain ke?” Liyana
berseloroh. Mukanya tidak menunjukkan
sebarang reaksi.
“Tak.. kau tak ada hutang apa-apa. Aku cuma nak tanya.”
Liyana hanya diam membisu. Membiarkan sahabat yang baru dikenali
meneruskan kata-kata.
Garangnya. Desis hati Izan.
“Ni ha. Cikgu Azizah mintak aku tolong korang untuk Media Maklumat tu. Itupun sebab 2 tahun lepas
aku join pertandingan tu. Tapi bukan
atas nama sekolah lah. So, kau okey tak kalau aku ajar ni? Manalah tau kau
menyampah dengan aku.”
‘Pulak. Kenapa tiba-tiba. Nasib baik pertandingan tu bulan depan.’
Bisik hati Liyana.
“Owh.. Okey je. No hal. Kau free bila?” Liyana membuat keputusan.
“Petang ni? Aku tak ada class… Astaka? Boleh?” Izan memberi cadangan.
“Astaka? Bukan petang ni ada raptai utk budak-budak silat ke?” Liyana
menyoal.
“Owh, ye. Lupa pulak. So, cadangan?”
“Hmm.. kelas kosong kat tingkat 4 blok A. Amacam? Pukul 3.30 petang?”
Liyana memberi cadangan.
“Okey. Chantek. 3.30 kan?” Izan meminta kepastian. Liyana sekadar
mengangguk. Tanpa sebarang reaksi.
“Woit, senyumlah sikit. Kelat je aku tengok. Garang..” Izan menegur. ‘Dia
letih kot. Tak pun puasa.’ Bisik hati Izan. Liyana tersenyum. Tiba-tiba dia
terasa gembira.
“Macam tu lah… Okeylah, aku pergi dulu. Jumpa petang ni.” Izan mengorak
langkah meninggalkan kelas 4 Science Pintar. Liyana kembali ke tempat duduknya.
Seukir senyuman masih belum hilang. Syira hanya memandang pelik.
“Weah, mana kau kenal mamat tu? Tak pernah nampak pon sebelum ni?”
Farzana menyoal. Mereka baru sahaja selesai mengadakan sesi perbincangan
bersama-sama ‘guru’ baru mereka. Izan.
“Depan tandas” Syira membantu Liyana untuk menjawab soalan Farzana.
“Agak-agaklah..” Liyana membuat muka toya kepada Syira.
“Bukan ke dia tu kapten bola sepak kita, bawah 18 tahun.?” Anisah
menyoal.
“Hmm.. tau aje minah ni.” Fathien menyampuk. Siapa tak kenal Anisah,
kaki bola. Disebabkan dia, Liyana turut terjebak. Pada asalnya, Liyana
anti-bola. Tetapi, setelah lama berkawan dengan Anisah, dia semakin meminati
bola. Kiranya, Liyana ni pendatang baru dalam dunia bola sepak. Tak kuasai lagi tentang bola. Bak kata facebook… noob.
“Ha’ah… baru aku sedar. Adoi”
Liyana menepuk dahinya.
“Kenapa Wida tak datang?” Zida menyoal.
“Dia sibuk dengan raptai untuk hari guru tu. Kan dia join.” Adiba
menjawab. Akhirnya Adiba membuka mulut, setelah sekian lama mendiamkan diri. Sempat
juga dia menguap. Mengantuk kerana semalaman dia menyiapkan bungkusan hadiah
untuk guru-guru sempena Hari Guru akan datang. Ayah Adiba baru sahaja pulang
dari Pulau Pinang. Banyak chocolate yang
dibawa balik oleh ayahnya sebagai ole-ole. Jadi, Adiba pun apalagi… separuh tu
buat makan dan selebihnya dibuat hadiah. Kan senang.
“KP mintak tolong dia buat video untuk cikgu.” Sambung Farzana.
Yang lain hanya menganguk.
“Everybody passes numerous paths
along the road of life. There’s always a dilemma when it comes to
choosiiiiiinnngggggg!” Liyana terjatuh mencium rumput. Buku novel tersebut terlepas dari tangan.
“Aduh” dia menggosok-gosok lengannya. Dia cuba untuk bangun.
Tiba-tiba ada seorang lelaki mencangkung di hadapan Liyana. Hanya
memerhati tanpa berkata apa-apa. Dia hanya tersengih.
“Lain kali, jalan pakai mata. Nah…” Zaman menyerahkan buku tersebut
kepada Liyana. Lelaki yang berwajah Pan-Asia yang menjadi kegilaan rakan Liyana
sedang menegur Liyana. Zida begitu meminati Zaman yang dikatakan paling kacak
di sekolah.
“Terima Kasih…” Liyana terus bangun selepas mengambil buku tersebut
daripada lelaki tersebut.
“Member Izan ea?” Zaman menyoal. Dia kerap melihat Izan bersama-sama
dengan gadis tersebut. ‘Student Izan kot’ Fikir Zaman.
“Hmm…” Liyana terus meninggalkan
lelaki tersebut. Malu. Jatuh dikhalayak ramai. Memang malu siot. Dah lah pagi
semalam jatuh juga. Nasib baik tak ada
sesiapa ketika itu. Dia terjatuh semasa melalui kawasan berumput. Kalaulah ada
siput babi melintas masa tu, tak tau lah nak kata apa…
“Liyana!!!” Zida menjerit dari belakang.
‘Erk… Dia Nampak ke tadi?’ Liyana berpaling ke belakang. Kelihatan Zida
sedang berlari-lari anak mengejar dirinya. Sebaik sahaja dia menghampiri
Liyana, Zida terus mencubit Liyana.
“Adoi! Weah! Kenapa kau cubit aku?!” Liyana menggosok-gosok
lengannya. Pedih.
“Bestnya!!! Kau dapat borak dengan Zaman!’’
= =’’ Kan betul~
“Borak apanya. Kena gelak
adalah. Kau ingat seronok ke borak dengan dia lepas aku terjatuh depan dia?
Malu tau tak!”
“Tapi.. sekurang-kurangnya kau dapat face- to-face dengan dia.” Mata Zida sudah bercahaya. Dia berangan sekiranya
dia berada di tempat Liyana. Alangkah indahnya dunia…
=.= ‘Beranganlah tu’ Bisik hati Liyana.
“Zida… kau nak kenal dengan dia tak?” Jeng..jeng..jeng.. ada plan baik
punya. Plan nak lari dari Zida. Uhuk.. Jahatnya aku.
“Nak! Macam mana? Macam mana?” Zida menarik lengan baju Liyana dengan
kasar kerana terlalu gembira. Gelojohlah pulak Zida ni.
“Hmm.. setahu aku dia tu member Izan, mamat yang tolong kita hari tu.
So, apa kata kau mintak tolong Izan. Senangkan?” Liyana memberitahu idea
bernasnya. Dia malas hendak memanjangkan cerita sebenarnya.
=..= “Aku mana baik dengan Izan. Baru sekali je aku jumpa. Tak pernah
pun bercakap dengan dia. Nanti buat malu je” Zida memberi pandangannya.
“Owh… kalau macam tu. Kau fikir sendiri jelah. Okey bye. Nak jumpa Izan
jap.” Liyana meneruskan langkahnya. Harap-harap Izan tidak turun ke kantin. Baik lari sekarang. Huh..
“Tapi…tapi…tapi..” Zida sudah menangis di situ. ‘Peluang keemasan dah
lari!’ Zida menjerit di dalam hati. Sebenarnya dia sedih kerana Liyana
seakan-akan tidak mahu melayan dirinya. Dah lah dia bosan hari tu. Pagi tadi
kena marah pulak dengan Daddy. Bad day untuk dia. Air mata mula jatuh
membasahi pipinya. Dia berpusing untuk meneruskan langkahnya ke tangga. Dan…
“Kau minat aku ye?” Mamat Pan-Asia itu sudah berada dihadapan Zida. Jantung Zida tersentap. Terkejut!
“Nah.” Zaman menghulurkan kain kepada Zida yang sedang menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja dia mengambil kain tersebut, dia terus melangkah pergi. Malu.
“Kalau awak nak kenal dengan saya jumpa je saya dekat kelas 5 Aktif.
Saya suka je nak kawan dengan awak!” Zaman menyambung kata-katanya.
“Saya pergi dulu” Zida berlari dengan laju sepantas jantunghnya yang
bergegup kencang. Kain yang masih berada di tangannya diramas beberapa kali.
Tidak sangka lain pula yang jadi. Dia mula tersenyum.
“Woit! Rajinnya kau belajar” Liyana menepuk meja Izan. Izan terjaga dari
tidur.
“Sibuklah. Aku letih tau tak!” Marah Izan. Izan meletak semula
kepalanya untuk menyambung tidur.
“Yelah..yelah… aku nak kasi ni je. Kalau kau tak nak takpe. Kau jugak
yang mintak.” Liyana meletakkan bungkusan itu dia hadapan Izan.
“Okeylah aku pergi dulu. Selamat beradu wahai singa!” Liyana lantas keluar
dari kelas Izan. Sempat juga Liyana menjelir lidah kepada Izan.
Izan bangun. Dia melihat bungkusan yang ditinggalkan oleh Liyana. Dia
membuka bungkusan tersebut. Dia cuba meneka.Sebaik sahaja bekalan itu dibuka.
Izan tersenyum sendirian.
“Kek...” Izan memulakan suapan pertama.
“Nasib baik kucing nih sihat. Kan meow…” Liyana mengagah kucing
tersebut. Macam agah budak dah gaya Liyana ni. Mereka berdua berjalan keluar
dari Klinik Haiwan tersebut. Izan hanya menggeleng melihat telatah Liyana yang
sibuk bercakap-cakap dengan kucing tersebut.
“Nampaknya ada orang kena belanja aku.”
Liyana berhenti bercakap-cakap dengan kucing tersebut kerana ‘bapak
kucing’ sedang bercakap. Izan.
“Owh, tadi kata nak tolong. Tolong tak ikhlas rupanya. Kesian Comel,
pak cik ni tolong Comel tak ikhlaslah.” Liyana menyambung kata-katanya dengan
bercakap-cakap semula dengan kucing itu. Bulu kucing yang baru sahaja mendapat
nama daripada Liyana iaitu Comel diusap lembut.
“Hahaha… belanja aku kek. Selesai masalah.” Izan meneruskan gurauannya.
Sengaja mengisi kekosongan tanpa melakukan apa-apa.
“Kau suka kek apa? Kalau aku ada masa aku buat.” Liyana menyoal. Dia
menganggap Izan tidak bergurau.
“Eh! Tak payah lah. Aku gurau je tadi.” Izan menolak tawaran Liyana.
‘Alamak… ‘ Bisik hati Izan.
“Alah… takpe... aku tak kesah. Lagipun memang hobi aku buat kek.
Cepatlah, kau nak kek perasa apa?” Liyana terus menyoal.
“Hmm..kalau kek pisang?” Liyana lantans memandang Izan. Dia langsung
tidak menjangka Izan akan meminta kek pisang. Dah lama dia tidak membuat kek
pisang.
“Hahaha… serius ke nak kek pisang ni?” Liyana menyoal meminta kepastian.
“Kenapa? Tak boleh ke? Kalau tak boleh takpe lah.” Izan hanya
tersenyum.
“Eh..apa yang tak bolehnya. Boleh je… Nanti aku buat.Okey.” Liyana
menghalakan kucing tersebut kepada Izan. Izan terkebelakang. Terkejut. Dan dia
sebenarnya takut kucing. Tapi… cover macho. ‘Tahan Zan..Relaks… Kucing je tu.’
Izan cuba untuk menyedapkan hatinya.
“Liyana..Liyana… pandai kau buat aku tak megantuk.” Izan tersedar dari lamunan apabila kek pisang
yang dimakan terjatuh ke lantai. Dia hanya tersenyum.
‘Sedap’
Mereka mengeluarkan kotak-kotak kosong yang tidak digunakan dari stor.
“Izan, kat kedai mana yang jual acrylic paint?” Liyana menyoal.
“Dekat Pustaka Rawang tak ada ke?” Izan meletakkan kotak yang terakhir
di sebelah rak. Yang lain sibuk membersihkan habuk-habuk yang ada di dalam
kotak.
“Tak ada lah. Susah nak cari.”
Liyana merungut.
“Tak apalah, nanti aku cari dekat rumah. Mana tau ada lagi yang aku
simpan. Sebab banyak yang aku dah sedekah dekat Amirul tu.” Balas Izan.
“Zida, Zaman kirim salam dekat kau.” Izan berpaling memandang Zida.
“Waalaikumusalam..” Zida menjawab. Semua yang lain memandang Zida.
Mereka menjadi hairan.
“Err…. ada benda aku tak tau ke?” Syira memulakan siasatan. Semua orang
tahu yang Zida sangatlah ada hati dengan Zaman tu. Tapi, bila dengar apa yang
Izan sampaikan tadi semua terkejut.
“Ha’ah, apa yang dah jadi?” Wida turut menjalankan siasatan.
“Err… tadi Yana mintak acrylic paint kan? Aku rasa Cikgu Suria ada
lebih benda tu. Dia kata kalau nak boleh beli dengan dia.” Zida menukar topik.
“Owh… elok jugak tu. Dia dekat mana sekarang ni?” Liyana menyoal.
“Cuba kau cari Cikgu Suria dekat kelas aku. Aku rasa dia ada dekat situ
lagi.” Izan menyampuk.
“Owh… okey. Aku pergi dulu ye.” Liyana terus menyarungkan kasut. Kena
cepat nanti hilang pula cikgu aku ni. Sekolah ni bukannya kecik.
Sebaik sahaja Liyana hilang dari pandangan, Adiba terjerit kecil. Semua
mata memandang Adiba yang sudah berada di atas kerusi.
“Kau kenapa?” Farzana bertanya.
“Ti..ti..tikus!!!!” Dan serta merta…
Anisah, Fathien, Farzana, Wida, Syira dan Zida bertempiaran lari
mencari tempat perlindungan. Apabila suasana menjadi kecoh dengan suara mereka
menjerit-jerit ketakutan. Liyana tidak jadi meneruskan langkah. Dia berpatah
balik ke bilik itu. Izan hanya memerhati. Dia hanya berdiri di hadapan pintu
sambil tersenyum.
“Kenapa ni Izan?” Liyana menyoal Izan yang sedang tersengih seorang
diri.
“Tu…” Izan menunjukkan sesuatu yang berada di sebelah kotak. Rakan-rakan
yang lain sudah berada di atas meja. Takut (=_=)’’.
“Err… tikus?” Patutlah. Err.. ‘Gemuknya tikus ni. Seram aku tengok.’
Bisik hati Liyana.
“Dah, dah.. roboh pulak meja tu nanti. Aku halau tikus ni. Sabar ea.”
Izan mendekati tikus tersebut. Dan tikus itu berlari-lari untuk menyelamatkan
diri daripada ditangkap oleh Izan. Liyana hanya ketawa perlahan. Dan dia
menyambung semula langkahnya untuk ke kelas 5 Aktif.
‘Tak mengapa… Izan kan ada. Daripada aku tunggu baik aku cari Cikgu
Suria. Kelakarlah kawan-kawan aku ni.’ Liyana berkata-kata kepada dirinya. Dia hanya menggeleng.
“Korang ni, dah turun…turun… Aku dah buang dah.” Perempuan…
“Betul ke dah buang?” Tanya Adiba yang sedikit cemas.
“Iye, dah buang wahai adik-adikku… Cepat turun… roboh meja tu nanti.”
Izan memberi arahan. Kalau roboh meja ni korang jugak yang jatuh. Itu takpe
lagi, masalahnya meja ni hak milik sekolah. Siapa nak ganti cik kak–cik kak
oiii…. Bebel hati Izan.
Anisah, Adiba, Farzana, Wida, Zida, Syira dan Fathien perlahan-lahan
turun dari meja. Mereka masih takut untuk menjejakkan kaki ke lantai. Takut
nanti ‘Cik Ti’ datang menyerang semula emosi mereka. Izan hanya menggeleng
melihat perilaku adik-adiknya yang pada pandangannya masih belum matang
walaupun telah berusia 16 tahun.
Jika diikut logik, sepatutnya perempuan lebih cepat matang berbanding
lelaki. Tetapi lain pula jadinya di sini. Haru…
Pagi Sabtu. Liyana terlewat bangun. Biasalah perempuan. ABC.
“Wuargh!!!” Anak dara sorang ni, tak reti-reti nak cover lah. Menguap
serupa beruang.
Laptop dihidupkan. Liyana bangun menuju ke dapur. Air dipanaskan. Dia bersendirian
di rumah. Papa, adik, dan Abang Lan pergi Perak. Holiday. Liyana tidak dapat
turut serta kerana pertandingan bagi Karnival Kaunseling Kerjaya dan
Kesihatan akan menjelma minggu hadapan.
Liyana log in facebook. Selama 5 minit dia merayau-rayau di dalam
facebook, tiba-tiba.. Izan menegur menerusi Chat box.
Dalam Kolam Ada Berudu,
Dalam Hati Ada
Rindu,
Jangan Perasan Atau
Teharu,
Bukan Juga Nak
Bilang I <3 U,
Tapi Nak Pesan
Sebelum Main FB
Beruslah GIGI
Dahulu. HaHaHa
(Lan.. aku pakai ayat kau ea..Sorry)
Liyana ketawa sendirian. Terbaek! Pagi-pagi dah mengacau hidup aku!
Jari-jemari Liyana lincah di atas papan kekunci bagi membalas teguran Izan…
Assalamualaikum.
Aku nak log out dah
nih.
Liyana sengaja meng‘log out’ daripada akaun Facebooknya. Sengaja mahu
melihat reaksi Izan. Bagi Liyana, perangai Izan hampir serupa dengan Abang Lan
yang rajin mengusik.
Lebih kurang 7 minit, Liyana log in semula ke akaun Facebooknya. Di
ketawa, kerana terdapat 1 mesej daripada Izan. Lalu dia membaca. Izan tidak on
line pada ketika itu.
Waalaikumusalam.
Aik.. baru on. Dah
Log out.
Takpe2. Tak jadi aku
nak tolong kau untuk kerja multimedia tu.
Liyana hanya tersenyum. Membiarkan. Malas hendak memikirkan soal kerja
yang satu itu. Lagi pun semua dah siap. Tinggal nak rancang susun aturnya
sahaja. Sudah hampir seminggu dia, Izan, Anisah, Fathien, Adiba, Syira, Wida,
Zida, dan Farzana bertungkus lumus
melukis, mengecat, print out segala macam maklumat, mewarna, menggunting ,
menampal dan sebagainya. Habis semua botol, kayu, batang paip, dan semua benda
yang boleh digunakan untuk kitar semula dipakai semata-mata untuk menyiapkan
kerja tersebut. Dah macam ahli untuk kelab Pencinta Alam Sekitar dah gayanya.
Kertas dikeluarkan. Mata pensilnya menari-nari di atas kertas tersebut.
Terlakar bentuk muka. Dia melukis mata pula. Kemudian telefon bimbitnya
berdering.
“Muram lengang nyawa dijalan… Henti riang dia awanga….” Liyana menekat
punat hijau.
“Assalamualaikum, kedai cap ayam bercakap, ada apa-apa yang boleh saya
bantu?” Liyana membuat muka ketat. Malas hendak melayan si pemanggil telefon.
“Waalaikumusalam. Baru hari ni saya tahu kedai boleh bercakap.” Si
pemanggil ketawa.
Kau ingat aku nak layan kau sangat ke. Ugh! Sengal!Liyana membebel di
dalam hati.
“Yana, kenapa senyap?” Nazri menyoal apabila Liyana tidak memberikan
sebarang respons.
“Hmm, kau nak apa? Aku busy nih” Liyana menjawab dingin.
“Owh ye ke. Maaflah. Sebenarnya aku saja je nak call kau. Rindu.” Nazri
menjawab tenang tanpa rasa malu.
Tanpa berfikir panjang Liyana menekan punat merah. Mamatikan panggilan.
Malas hendak melayan perangai syaiton itu. Tidak habis-habis mengganggu hidup
aku! Liyana mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil.
Dia meneruskan kerjanya. Panas hatinya apabila teringat kembali
peristiwa itu.
“Argh! Pergi mamposlah kau!” Liyana bangun lalu menyepak kerusi.
Kakinya berdenyut. Namun, dia hanya membiarkan rasa sakit itu.
Dia mencapai tuala dan terus menuju ke tandas. Ingin membasahkan diri
di samping menyejukkan hatinya yang sedang panas. Senang pula dia emo. Ops!
Lupa. Dia mengalami hari yang ‘indah’
hari ini. ABC.
‘Alamak. Dia marahkan aku lagi ke? Macam mana nak buat eh?’ Nazri dapat
merasai bahawa Liyana masih belum memaafkannya. Silapnya juga kerana buat lawak
bodoh tadi. Sepatutnya dia mintak maaf. Sengallah kau Nazri! Nazri menjerit di
dalam hati.
“Bagi balik buku aku tu!” Liyana menjerit sekuat hati. Sudahlah dia
sedang sakit perut. Segugut rasanya.
“Kenapa pulak aku kena kasi?” Nazri sengaja ingin menyakitkan hati
Liyana.
“Bangang!” Liyana membaling kasutnya dan terus berlalu pergi. Perutnya
terlalu sakit.. Dia perlu berehat. Lantaklah buku dengan kasut tuh! Ugh! Liyana
malas hendak menyerabutkan fikirannya.
Nazri mengelak. Dia berasa serba salah. Garangnya. Bisik hati Nazri.
Sudahlah Liyana sayangkan buku itu. Terdapat banyak memori di dalam
buku itu. Buku itu sangat penting. Tetapi kerana dia sedang ‘sesungut’ dia
terpaksa pulang dengan segera.
Sebenarnya, Nazri hanya ingin menyakat Liyana. Itu pun selepas dia mendengar cerita rakannya
yang Liyana seorang yang sukar untuk marah. Jadi sebab itulah dia hendak
melihat sejauh mana tahap kesabaran Liyana.
‘Liyana, Liyana… Masalah kecik je kau dah nak marah-marah. Apa susah
mintak aje lah buku dengan kasut kau tu.’ Liyana bermonolog.
Liyana tiba-tiba berasa serba salah. Hakikatnya dia baru sedar, dia
memang senang emo apabila sedang ‘dalam bulan’. Nak nak pulak dia ‘sesungut’
kelmarin.
‘Aduh, Nazri. Kau silap harilah’ Liyana bermonolog lagi.
BAB 2-TAIKO iLySM- TAMAT
^^
Komen ye... TQ... Kalau ada silap dan salah.. Tegur ye.. maaf kalau saya buat salah...
Maaf... ^^ Sorry...
4 comments:
comel! Izan ea? cm somebody la.. sambng la lg... x sabar nak bace~ >_<
ceh.. hang perli aku ka? hahah... tunggulah bila kau rajin ye cayang oii.. Cheq nak pi ushar blog hang sat na.. ^-^
part 3 plz...;p
Okey mak usu ku sayang .. yah cuba siapkan heheh.. :)
Post a Comment