Saturday, 26 January 2013

Taiko iLySM (Bab 2) *AMARAN: INI MILIK LP*





Bab 2

6.12 pagi.

            “Meow… Hai Comel. Meh sini.. makan.” Liyana menuang  Friskies  kedalam mangkuk.  Kini, kucing yang dijumpainya semasa berjalan di medan telah  menjadi haiwan peliharaannya.

             “Kita nak pergi sekolah ni. Jangan lupa doakan  kita supaya kita rajin belajar tau Comel. Kita pergi dulu.” Liyana mengusap bulu gebu Comel. 

            “Mana pulak aku letak  mp3 aku ni?” Dia berjalan ke bilik. Dia mencapai mp3 berwarna biru yang terletak di atas meja.  

            “Kau ni, kata nak jadi budak baik. Tapi bawak barang larangan.” Adik menegur.

            “Adoi, aku bawak pon bukannya aku guna masa cikgu mengajar. Aku guna masa cikgu tak ada dalam kelas. Tak ganggu siapa-siapa pun.” Mana boleh tinggal Indie aku ni. Mau aku terlentok dalam kelas. Bosan tahap tak ingat.



           

            “IZAN!!!!!” Selimut tebal yang membaluti badan Izan ditarik sekuat hati. Begitulah setiap hari. Puan Amirah terpaksa bertukar menjadi ‘Hulk’ setiap pagi.  Nak buat macam mana  kalau  anak bongsu dia ni spesies liat nak bangun pagi. 

            “Mak, kalau  abang ponteng hari ni boleh tak?” Izan bertanya dengan harapan cadangannya diterima.

            Tetapi malangnya, telinga Izan dipulas dengan begitu bersemangat oleh emaknya. Izan hanya menahan kesakitan. Bila Puan Amirah dah pulas telinga Izan, maksudnya Izan tak boleh terlepas lagi. Tangan Puan Amirah masih di telinga Izan. Puan Amirah menarik Izan untuk bangun mandi. Puan Amirah membuat isyarat agar Izan segera bersiap. Izan tidak membantah. Izan hanya memberi tabik sambil tersengih. Tersengih menahan sakit.  Telinganya dilepaskan daripada menjadi mangsa. Lega.

            Dia mengosok-gosok matanya yang masih berat untuk dibuka. Menyesal tidur lewat malam semalam. Dia mencapai tuala.






I'm caught in between
Of losing you and losing me,
With just one
Decisive stare,
I forget the time it takes to get from here to there.
I'm so much better than I used to be.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand still,
When I'm with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand still,
When I'm with you.
You're
The phase that fits this hole,
Healing my side of broken soul,
Went up with size
Of moments alone I cry,
The rest is history
My tears are now my eyes.
I'm so glad that you exist,
A friend like you how can I miss,
Distance is the burden truth,
Holds the life and well with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand stills,
When I'm with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand still,
When I'm with you.
(Over again...) 12x
Take me there,
Away from here,
Where the time stand still,
When I'm with you.
Take me there,
Away from here,
Where the time stand still,
When I'm with you.
I'll take the chance
To be with you,
And the song I've got,
To go on.
I'll take the chance
To be with you,
And the song I've got
To go on.
{{Lyricsfreak.com © 2009}}
              
Scene At The Movies mengisi kesunyian  yang tidak tertahan pada tengahari itu. Liyana sibuk membuat latihan Add Math. Hampir semua rakan sekelasnya sibuk dengan program untuk esok. Hari Guru. Dia dan Syira tidak menyertai sebarang acara. Sengaja tidak mahu terlibat kerana pertandingan bagi Karnival Kaunseling Kerjaya dan Kesihatan  bakal menjelma. Mereka terlibat dalam pertandingan Media Maklumat. Bukan mereka berdua sahaja. Fathien, Adiba, Farzana, Anisah, Wida, dan Zida turut terlibat. Apa-apa pun hanya 4 orang sahaja akan dihantar untuk ke karnival tersebut. 

“Liyana…”

“Hmm…”

“Ada orang nak jumpa kau.”

Liyana menoleh memandang  Syira di sebelah. Dia terlihat seseorang sedang melambai-lambai ke arahnya.

“Mamat tu ke?”

“Ha’ah… Dia panggil kau.” Syira menjelaskan.

“Tolong jagakan mp3 aku jap.”Liyana melangkah ke pintu.

“Hmm… nak jumpa aku ke?” Liyana menyoal.

“Eh, tak lah.. . Aku nak jumpa dengan mp3 kau lah. Perasan.” Izan melemparkan senyuman.

Liyana mengeluh. Lalu, kakinya dihayun untuk ke tempat duduknya semula.

“Eh! Aku gurau je. Aku nak jumpa kau lah. Adoi.” Izan terkejut melihat perilaku Liyana.

“Aku tak suka buang masa aku. Huh… Cepat.. kenapa nak jumpa ni? Aku dah pulangkan ‘ular’ dengan kain kau. Aku ada hutang benda lain ke?” Liyana berseloroh. Mukanya tidak menunjukkan  sebarang reaksi.

“Tak.. kau tak ada hutang apa-apa. Aku cuma nak tanya.”

Liyana hanya diam membisu. Membiarkan sahabat yang baru dikenali meneruskan kata-kata.

Garangnya. Desis hati Izan.

 “Ni ha. Cikgu Azizah mintak aku tolong korang untuk  Media Maklumat tu. Itupun sebab 2 tahun lepas aku join pertandingan tu. Tapi bukan atas nama sekolah lah. So, kau okey tak kalau aku ajar ni? Manalah tau kau menyampah dengan aku.”

‘Pulak. Kenapa tiba-tiba. Nasib baik pertandingan tu bulan depan.’ Bisik hati Liyana.

“Owh.. Okey je. No hal. Kau free bila?” Liyana membuat keputusan.

“Petang ni? Aku tak ada class… Astaka? Boleh?” Izan memberi cadangan.

“Astaka? Bukan petang ni ada raptai utk budak-budak silat ke?” Liyana menyoal.

“Owh, ye. Lupa pulak. So, cadangan?”

“Hmm.. kelas kosong kat tingkat 4 blok A. Amacam? Pukul 3.30 petang?” Liyana memberi cadangan.

“Okey. Chantek. 3.30 kan?” Izan meminta kepastian. Liyana sekadar mengangguk. Tanpa sebarang reaksi.

“Woit, senyumlah sikit. Kelat je aku tengok. Garang..” Izan menegur. ‘Dia letih kot. Tak pun puasa.’ Bisik hati Izan. Liyana tersenyum. Tiba-tiba dia terasa gembira.

“Macam tu lah… Okeylah, aku pergi dulu. Jumpa petang ni.” Izan mengorak langkah meninggalkan kelas 4 Science Pintar. Liyana kembali ke tempat duduknya. Seukir senyuman masih belum hilang. Syira hanya memandang pelik.






“Weah, mana kau kenal mamat tu? Tak pernah nampak pon sebelum ni?” Farzana menyoal. Mereka baru sahaja selesai mengadakan sesi perbincangan bersama-sama ‘guru’ baru mereka. Izan.

“Depan tandas” Syira membantu Liyana untuk menjawab soalan Farzana.

“Agak-agaklah..” Liyana membuat muka toya kepada Syira.

“Bukan ke dia tu kapten bola sepak kita, bawah 18 tahun.?” Anisah menyoal.

“Hmm.. tau aje minah ni.” Fathien menyampuk. Siapa tak kenal Anisah, kaki bola. Disebabkan dia, Liyana turut terjebak. Pada asalnya, Liyana anti-bola. Tetapi, setelah lama berkawan dengan Anisah, dia semakin meminati bola. Kiranya, Liyana ni pendatang baru dalam dunia bola sepak. Tak kuasai  lagi tentang bola. Bak kata facebook… noob.

“Ha’ah…  baru aku sedar. Adoi” Liyana menepuk dahinya.

“Kenapa Wida tak datang?” Zida menyoal.

“Dia sibuk dengan raptai untuk hari guru tu. Kan dia join.” Adiba menjawab. Akhirnya Adiba membuka mulut, setelah sekian lama mendiamkan diri. Sempat juga dia menguap. Mengantuk kerana semalaman dia menyiapkan bungkusan hadiah untuk guru-guru sempena Hari Guru akan datang. Ayah Adiba baru sahaja pulang dari Pulau Pinang. Banyak chocolate yang dibawa balik oleh ayahnya sebagai ole-ole. Jadi, Adiba pun apalagi… separuh tu buat makan dan selebihnya dibuat hadiah. Kan senang.

“KP mintak tolong dia buat video untuk cikgu.” Sambung Farzana.

Yang lain hanya menganguk.






 “Everybody passes numerous paths along the road of life. There’s always a dilemma when it comes to choosiiiiiinnngggggg!” Liyana terjatuh mencium rumput.  Buku novel tersebut  terlepas dari tangan.

“Aduh” dia menggosok-gosok lengannya. Dia cuba untuk bangun.

Tiba-tiba ada seorang lelaki mencangkung di hadapan Liyana. Hanya memerhati tanpa berkata apa-apa. Dia hanya tersengih.

“Lain kali, jalan pakai mata. Nah…” Zaman menyerahkan buku tersebut kepada Liyana. Lelaki yang berwajah Pan-Asia yang menjadi kegilaan rakan Liyana sedang menegur Liyana. Zida begitu meminati Zaman yang dikatakan paling kacak di sekolah.

“Terima Kasih…” Liyana terus bangun selepas mengambil buku tersebut daripada lelaki tersebut.

“Member Izan ea?” Zaman menyoal. Dia kerap melihat Izan bersama-sama dengan gadis tersebut. ‘Student Izan kot’ Fikir Zaman.

“Hmm…”  Liyana terus meninggalkan lelaki tersebut. Malu. Jatuh dikhalayak ramai. Memang malu siot. Dah lah pagi semalam jatuh  juga. Nasib baik tak ada sesiapa ketika itu. Dia terjatuh semasa melalui kawasan berumput. Kalaulah ada siput babi melintas masa tu, tak tau lah nak kata apa…






“Liyana!!!” Zida menjerit dari belakang.

‘Erk… Dia Nampak ke tadi?’ Liyana berpaling ke belakang. Kelihatan Zida sedang berlari-lari anak mengejar dirinya. Sebaik sahaja dia menghampiri Liyana, Zida terus mencubit Liyana.

“Adoi! Weah! Kenapa kau cubit aku?!” Liyana menggosok-gosok lengannya.  Pedih.

“Bestnya!!! Kau dapat borak dengan Zaman!’’

= =’’ Kan betul~

“Borak  apanya. Kena gelak adalah. Kau ingat seronok ke borak dengan dia lepas aku terjatuh depan dia? Malu tau tak!”

“Tapi.. sekurang-kurangnya kau dapat face- to-face dengan dia.” Mata  Zida sudah bercahaya. Dia berangan sekiranya dia berada di tempat Liyana. Alangkah indahnya dunia…

=.= ‘Beranganlah tu’ Bisik hati Liyana.

“Zida… kau nak kenal dengan dia tak?” Jeng..jeng..jeng.. ada plan baik punya. Plan nak lari dari Zida. Uhuk.. Jahatnya aku.

“Nak! Macam mana? Macam mana?” Zida menarik lengan baju Liyana dengan kasar kerana terlalu gembira. Gelojohlah pulak Zida ni.

“Hmm.. setahu aku dia tu member Izan, mamat yang tolong kita hari tu. So, apa kata kau mintak tolong Izan. Senangkan?” Liyana memberitahu idea bernasnya. Dia malas hendak memanjangkan cerita sebenarnya.

=..= “Aku mana baik dengan Izan. Baru sekali je aku jumpa. Tak pernah pun bercakap dengan dia. Nanti buat malu je” Zida memberi pandangannya.

“Owh… kalau macam tu. Kau fikir sendiri jelah. Okey bye. Nak jumpa Izan jap.” Liyana meneruskan langkahnya. Harap-harap Izan tidak turun ke kantin.  Baik lari sekarang.  Huh..

“Tapi…tapi…tapi..” Zida sudah menangis di situ. ‘Peluang keemasan dah lari!’ Zida menjerit di dalam hati. Sebenarnya dia sedih kerana Liyana seakan-akan tidak mahu melayan dirinya. Dah lah dia bosan hari tu. Pagi tadi kena marah pulak dengan Daddy. Bad day untuk dia. Air mata mula jatuh membasahi pipinya. Dia berpusing untuk meneruskan langkahnya ke tangga. Dan…

“Kau minat aku ye?” Mamat Pan-Asia itu sudah berada dihadapan  Zida.  Jantung Zida tersentap. Terkejut!

“Nah.” Zaman menghulurkan kain kepada Zida yang sedang menangis teresak-esak. Sebaik sahaja dia mengambil kain tersebut, dia terus melangkah pergi. Malu.

“Kalau awak nak kenal dengan saya jumpa je saya dekat kelas 5 Aktif. Saya suka je nak kawan dengan awak!” Zaman menyambung kata-katanya.

“Saya pergi dulu” Zida berlari dengan laju sepantas jantunghnya yang bergegup kencang. Kain yang masih berada di tangannya diramas beberapa kali. Tidak sangka lain pula yang jadi. Dia mula tersenyum.







“Woit! Rajinnya kau belajar” Liyana menepuk meja Izan. Izan terjaga dari tidur.

“Sibuklah. Aku letih tau tak!” Marah Izan. Izan meletak semula kepalanya untuk menyambung tidur.

“Yelah..yelah… aku nak kasi ni je. Kalau kau tak nak takpe. Kau jugak yang mintak.” Liyana meletakkan bungkusan itu dia  hadapan Izan.

“Okeylah aku pergi dulu. Selamat beradu wahai singa!” Liyana lantas keluar dari kelas Izan. Sempat juga Liyana menjelir lidah kepada Izan.

Izan bangun. Dia melihat bungkusan yang ditinggalkan oleh Liyana. Dia membuka bungkusan tersebut. Dia cuba meneka.Sebaik sahaja bekalan itu dibuka. Izan tersenyum sendirian.

“Kek...” Izan memulakan suapan pertama.






“Nasib baik kucing nih sihat. Kan meow…” Liyana mengagah kucing tersebut. Macam agah budak dah gaya Liyana ni. Mereka berdua berjalan keluar dari Klinik Haiwan tersebut. Izan hanya menggeleng melihat telatah Liyana yang sibuk bercakap-cakap dengan kucing tersebut.

“Nampaknya ada orang kena belanja aku.”  Liyana berhenti bercakap-cakap dengan kucing tersebut kerana ‘bapak kucing’ sedang bercakap. Izan.

“Owh, tadi kata nak tolong. Tolong tak ikhlas rupanya. Kesian Comel, pak cik ni tolong Comel tak ikhlaslah.” Liyana menyambung kata-katanya dengan bercakap-cakap semula dengan kucing itu. Bulu kucing yang baru sahaja mendapat nama daripada Liyana iaitu Comel diusap lembut.

“Hahaha… belanja aku kek. Selesai masalah.” Izan meneruskan gurauannya. Sengaja mengisi kekosongan tanpa melakukan apa-apa.

“Kau suka kek apa? Kalau aku ada masa aku buat.” Liyana menyoal. Dia menganggap Izan tidak bergurau.

“Eh! Tak payah lah. Aku gurau je tadi.” Izan menolak tawaran Liyana. ‘Alamak… ‘ Bisik hati Izan.

“Alah… takpe... aku tak kesah. Lagipun memang hobi aku buat kek. Cepatlah, kau nak kek perasa apa?” Liyana terus menyoal.

“Hmm..kalau kek pisang?” Liyana lantans memandang Izan. Dia langsung tidak menjangka Izan akan meminta kek pisang. Dah lama dia tidak membuat kek pisang.

“Hahaha… serius ke nak kek pisang ni?” Liyana menyoal meminta kepastian.

“Kenapa? Tak boleh ke? Kalau tak boleh takpe lah.” Izan hanya tersenyum.

“Eh..apa yang tak bolehnya. Boleh je… Nanti aku buat.Okey.” Liyana menghalakan kucing tersebut kepada Izan. Izan terkebelakang. Terkejut. Dan dia sebenarnya takut kucing. Tapi… cover macho. ‘Tahan Zan..Relaks… Kucing je tu.’ Izan cuba untuk menyedapkan hatinya.

“Liyana..Liyana… pandai kau buat aku tak megantuk.”  Izan tersedar dari lamunan apabila kek pisang yang dimakan terjatuh ke lantai. Dia hanya tersenyum.

‘Sedap’






Mereka mengeluarkan kotak-kotak kosong yang tidak digunakan dari stor.

“Izan, kat kedai mana yang jual acrylic paint?” Liyana menyoal.

“Dekat Pustaka Rawang tak ada ke?” Izan meletakkan kotak yang terakhir di sebelah rak. Yang lain sibuk membersihkan habuk-habuk yang ada di dalam kotak.

“Tak ada lah. Susah nak cari.”  Liyana merungut.

“Tak apalah, nanti aku cari dekat rumah. Mana tau ada lagi yang aku simpan. Sebab banyak yang aku dah sedekah dekat Amirul tu.” Balas Izan.

“Zida, Zaman kirim salam dekat kau.” Izan berpaling memandang Zida.

“Waalaikumusalam..” Zida menjawab. Semua yang lain memandang Zida. Mereka menjadi hairan.

“Err…. ada benda aku tak tau ke?” Syira memulakan siasatan. Semua orang tahu yang Zida sangatlah ada hati dengan Zaman tu. Tapi, bila dengar apa yang Izan sampaikan tadi semua terkejut.

“Ha’ah, apa yang dah jadi?” Wida turut menjalankan siasatan.

“Err… tadi  Yana mintak  acrylic paint kan? Aku rasa Cikgu Suria ada lebih benda tu. Dia kata kalau nak boleh beli dengan dia.” Zida menukar topik.

“Owh… elok jugak tu. Dia dekat mana sekarang ni?” Liyana menyoal.

“Cuba kau cari Cikgu Suria dekat kelas aku. Aku rasa dia ada dekat situ lagi.” Izan menyampuk.

“Owh… okey. Aku pergi dulu ye.” Liyana terus menyarungkan kasut. Kena cepat nanti hilang pula cikgu aku ni. Sekolah ni bukannya kecik.

Sebaik sahaja Liyana hilang dari pandangan, Adiba terjerit kecil. Semua mata memandang Adiba yang sudah berada di atas kerusi.

“Kau kenapa?” Farzana bertanya.

“Ti..ti..tikus!!!!” Dan serta merta…

Anisah, Fathien, Farzana, Wida, Syira dan Zida bertempiaran lari mencari tempat perlindungan. Apabila suasana menjadi kecoh dengan suara mereka menjerit-jerit ketakutan. Liyana tidak jadi meneruskan langkah. Dia berpatah balik ke bilik itu. Izan hanya memerhati. Dia hanya berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum.

“Kenapa ni Izan?” Liyana menyoal Izan yang sedang tersengih seorang diri.

“Tu…” Izan menunjukkan sesuatu yang berada di sebelah kotak. Rakan-rakan yang lain sudah berada di atas meja. Takut (=_=)’’.

“Err… tikus?” Patutlah. Err.. ‘Gemuknya tikus ni. Seram aku tengok.’ Bisik hati Liyana.

“Dah, dah.. roboh pulak meja tu nanti. Aku halau tikus ni. Sabar ea.” Izan mendekati tikus tersebut. Dan tikus itu berlari-lari untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap oleh Izan. Liyana hanya ketawa perlahan. Dan dia menyambung semula langkahnya untuk ke kelas 5 Aktif.

‘Tak mengapa… Izan kan ada. Daripada aku tunggu baik aku cari Cikgu Suria. Kelakarlah kawan-kawan aku ni.’ Liyana berkata-kata kepada dirinya.  Dia hanya menggeleng.







“Korang ni, dah turun…turun… Aku dah buang dah.” Perempuan…

“Betul ke dah buang?” Tanya Adiba yang sedikit cemas.

“Iye, dah buang wahai adik-adikku… Cepat turun… roboh meja tu nanti.” Izan memberi arahan. Kalau roboh meja ni korang jugak yang jatuh. Itu takpe lagi, masalahnya meja ni hak milik sekolah. Siapa nak ganti cik kak–cik kak oiii…. Bebel hati Izan.

Anisah, Adiba, Farzana, Wida, Zida, Syira dan Fathien perlahan-lahan turun dari meja. Mereka masih takut untuk menjejakkan kaki ke lantai. Takut nanti ‘Cik Ti’ datang menyerang semula emosi mereka. Izan hanya menggeleng melihat perilaku adik-adiknya yang pada pandangannya masih belum matang walaupun telah berusia 16 tahun.

Jika diikut logik, sepatutnya perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Tetapi lain pula jadinya di sini. Haru…







Pagi Sabtu. Liyana terlewat bangun. Biasalah perempuan. ABC.

“Wuargh!!!” Anak dara sorang ni, tak reti-reti nak cover lah. Menguap serupa beruang.

Laptop dihidupkan. Liyana bangun menuju ke dapur. Air dipanaskan. Dia bersendirian di rumah. Papa, adik, dan Abang Lan pergi Perak. Holiday. Liyana tidak dapat turut serta kerana pertandingan bagi Karnival Kaunseling Kerjaya dan Kesihatan  akan menjelma minggu hadapan.

Liyana log in facebook. Selama 5 minit dia merayau-rayau di dalam facebook, tiba-tiba.. Izan menegur menerusi Chat box.

Dalam Kolam Ada Berudu,
Dalam Hati Ada Rindu,
Jangan Perasan Atau Teharu,
Bukan Juga Nak Bilang I <3  U,
Tapi Nak Pesan Sebelum Main FB
Beruslah GIGI Dahulu. HaHaHa
(Lan.. aku pakai ayat kau ea..Sorry)

Liyana ketawa sendirian. Terbaek! Pagi-pagi dah mengacau hidup aku! Jari-jemari Liyana lincah di atas papan kekunci bagi membalas teguran Izan…

Assalamualaikum.
Aku nak log out dah nih.

Liyana sengaja meng‘log out’ daripada akaun Facebooknya. Sengaja mahu melihat reaksi Izan. Bagi Liyana, perangai Izan hampir serupa dengan Abang Lan yang rajin mengusik.

Lebih kurang 7 minit, Liyana log in semula ke akaun Facebooknya. Di ketawa, kerana terdapat 1 mesej daripada Izan. Lalu dia membaca. Izan tidak on line pada ketika itu.

Waalaikumusalam.
Aik.. baru on. Dah Log out.
Takpe2. Tak jadi aku nak tolong kau untuk kerja multimedia tu.

Liyana hanya tersenyum. Membiarkan. Malas hendak memikirkan soal kerja yang satu itu. Lagi pun semua dah siap. Tinggal nak rancang susun aturnya sahaja. Sudah hampir seminggu dia, Izan, Anisah, Fathien, Adiba, Syira, Wida, Zida,  dan Farzana bertungkus lumus melukis, mengecat, print out segala macam maklumat, mewarna, menggunting , menampal dan sebagainya. Habis semua botol, kayu, batang paip, dan semua benda yang boleh digunakan untuk kitar semula dipakai semata-mata untuk menyiapkan kerja tersebut. Dah macam ahli untuk kelab Pencinta Alam Sekitar dah gayanya.

Kertas dikeluarkan. Mata pensilnya menari-nari di atas kertas tersebut. Terlakar bentuk muka. Dia melukis mata pula. Kemudian telefon bimbitnya berdering.

Muram lengang nyawa dijalan… Henti riang dia awanga….” Liyana menekat punat hijau.

“Assalamualaikum, kedai cap ayam bercakap, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Liyana membuat muka ketat. Malas hendak melayan si pemanggil telefon.

“Waalaikumusalam. Baru hari ni saya tahu kedai boleh bercakap.” Si pemanggil ketawa.

 Kau ingat aku nak layan kau sangat ke. Ugh! Sengal!Liyana membebel di dalam hati.

“Yana, kenapa senyap?” Nazri menyoal apabila Liyana tidak memberikan sebarang respons.

“Hmm, kau nak apa? Aku busy nih” Liyana menjawab dingin.

“Owh ye ke. Maaflah. Sebenarnya aku saja je nak call kau. Rindu.” Nazri menjawab tenang tanpa rasa malu.

Tanpa berfikir panjang Liyana menekan punat merah. Mamatikan panggilan. Malas hendak melayan perangai syaiton itu. Tidak habis-habis mengganggu hidup aku! Liyana mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil.

Dia meneruskan kerjanya. Panas hatinya apabila teringat kembali peristiwa itu.

“Argh! Pergi mamposlah kau!” Liyana bangun lalu menyepak kerusi. Kakinya berdenyut. Namun, dia hanya membiarkan rasa sakit itu.

Dia mencapai tuala dan terus menuju ke tandas. Ingin membasahkan diri di samping menyejukkan hatinya yang sedang panas. Senang pula dia emo. Ops! Lupa.  Dia mengalami hari yang ‘indah’ hari ini. ABC.

‘Alamak. Dia marahkan aku lagi ke? Macam mana nak buat eh?’ Nazri dapat merasai bahawa Liyana masih belum memaafkannya. Silapnya juga kerana buat lawak bodoh tadi. Sepatutnya dia mintak maaf. Sengallah kau Nazri! Nazri menjerit di dalam hati.






“Bagi balik buku aku tu!” Liyana menjerit sekuat hati. Sudahlah dia sedang sakit perut. Segugut rasanya.

“Kenapa pulak aku kena kasi?” Nazri sengaja ingin menyakitkan hati Liyana.

“Bangang!” Liyana membaling kasutnya dan terus berlalu pergi. Perutnya terlalu sakit.. Dia perlu berehat. Lantaklah buku dengan kasut tuh! Ugh! Liyana malas hendak menyerabutkan fikirannya.

Nazri mengelak. Dia berasa serba salah. Garangnya. Bisik hati Nazri.

Sudahlah Liyana sayangkan buku itu. Terdapat banyak memori di dalam buku itu. Buku itu sangat penting. Tetapi kerana dia sedang ‘sesungut’ dia terpaksa pulang dengan segera.

Sebenarnya, Nazri hanya ingin menyakat Liyana.  Itu pun selepas dia mendengar cerita rakannya yang Liyana seorang yang sukar untuk marah. Jadi sebab itulah dia hendak melihat sejauh mana tahap kesabaran Liyana.







‘Liyana, Liyana… Masalah kecik je kau dah nak marah-marah. Apa susah mintak aje lah buku dengan kasut kau tu.’ Liyana bermonolog.

Liyana tiba-tiba berasa serba salah. Hakikatnya dia baru sedar, dia memang senang emo apabila sedang ‘dalam bulan’. Nak nak pulak dia ‘sesungut’ kelmarin.

‘Aduh, Nazri. Kau silap harilah’ Liyana bermonolog lagi.



BAB 2-TAIKO iLySM- TAMAT


^^

Komen ye... TQ... Kalau ada silap dan salah.. Tegur ye.. maaf kalau saya buat salah... 
Maaf... ^^ Sorry...

P/S: Sambungan dan Bab1 dan 2 Taiko ILySM telah berpindah di..... 
( Sini )

4 comments:

Nur Syahirah said...

comel! Izan ea? cm somebody la.. sambng la lg... x sabar nak bace~ >_<

larkspurpetak said...

ceh.. hang perli aku ka? hahah... tunggulah bila kau rajin ye cayang oii.. Cheq nak pi ushar blog hang sat na.. ^-^

Zulina's mohamed said...

part 3 plz...;p

larkspurpetak said...

Okey mak usu ku sayang .. yah cuba siapkan heheh.. :)

Kawan2ku ^.~