A ) My habit
Habit aku... aku suka berangan before tido. Aku akan ushar twitter or ig ushar sesiapa yg aku nak. Then aku berangan satu situasi dan biasanya ending dia aku akan kawen. Hahhaahha. Drama kan. Then aku akan tido....
B ) Benda pertama anda akan buat bila masuk tandas.
Aku akan cari cermin sebab nak tgok jerawat takpon tudung aku. Sebab dulu aku mmg selekeh sampaikan ada budak lelaki tegur aku yg aku selekeh. Even waktu tu ramai yg ushar aku siap ajak kapel. Tapi aku tak layan. Wekkk... Sebab masa tu hati aku setia ngan crush aku je. hahahahah. Bongok kan aku. Tapi bagus gak ah tak layan. Eh menyimpang pulak. Apa pun thanks to that mamat lah. cos aku dh ada improvement ah skarang. Tak slekeh sangat. Pangai je ah yg slekeh lagi. hahahaha.
C ) Sejujurnya siapa crush awak yg terkini ? Just kasi huruf depan nama dia je. Then explain knp crush dekat dia...
Huruf depan nama dia ialah M. Tapi aku crush dengan dia pon sbb mata dia. Kenal pon mcm tu je. Masa jumpa yang betul2 pon sebab kelas. Then aku tersalah org utk bergurau. Aku nak gurau dgn org lain. Tapi terkacau dia pulak. Then... tak lama tu dia balas balik gurauan aku. Aku ckp dekat dia kenapa doh? Dia cakap... balas yang tadi. Hahahah. Pastu kitorang pon ketawa. Bangang kan. Yang pasti aku sakat dia sampai habis kelas. Padan muka dia. Dan akhirnya dia just say thank you sambil sep angin dengan aku. Hahaha how sweet. Then aku harap ah muka dia sama dengan aku sikit. Cuma versi lelaki. Lagi handsome ah. LOL. Boleh jadi ke?
D ) Apa yg anda tak suka pasal badan anda.
Aku segan dengan perut yang buncit ini. Huhu. Sadisnyaaa... Kne kurus ni. Tpi tak nak ah kurus macam dulu. Cengkung. Nak mcm skarang... Tak gemok tak kurus. ehehe... Masalanya... buncit je ni. ayooo...
E ) Dulu masa skolah2 cita cita nak jadi apa.
Aku dulu bercita-cita nak jadi manusia. hahaha.. eh bukan. saja je tu. Aku dulu pasang impian nak jadi arkitek. Masalahnya cikgu tak kasi aku join kelas lukisan kejuruteraan sbb dia kata aku better join Bio... Lol. Hmm... impian ku di tahan. Tapi aku buktikan kat cikgu tu yg aku boleh amik jugak benda yg berkaitan dgn natang tu. Aku apply KRU ACADEMY... dan aku dapat. tpi aku tolak sbb aku dh choose UniKL MICET. hahaha. babun kan. Salah timing sbnrnya. Kalau ada peluaang tu lagi aku nak join. Peace!
F ) Apa your biggest fight ngan kawan setakat ni.
Aku gaduh ngan kawan skolah sebab aku tak puas hati dengan post ig dia. Yg pasti aku yg salah. Aku tak matang. Membuta tuli terasa. hahah LOL ME. Tpi dah ok dah. EGO bodoh tu aku dh buang sbb tu ah dh ok skarang. ehehh
F ) Benda yg anda rasa anda nak. Apa dan kenapa.
Aku mmg nak skateboard/deck. Pasal dh lama sgt aku teruja tgok natang tu. Sampai termimpi-mimpi smalam dapat benda tu. Hahah . Jenama yg mmg aku nak from jenama H-zee. Pasal Dia punya design lawa woah. Then dia punya local brand. So a bangga ah kalau ada satu. Satu pon jadi ah. Kalau boleh tak nak ah bli sendiri. Nak org yg hadiahkan. Heheh.. Mr. M... bli kan lah eh.
G ) Napa anda rasa anda masih single.
Sebab aku rasa aku blom ready nak ada pasangan. Then kalau aku ada pasangan pon maybe bnyak salah faham. Sebab aku ni bukan boleh caya.. emosi mcm hare. Hahahha. Pening pakwe aku nanti. Lagi pun aku ni kan kuat makan. Karang kering poket pakwe aku nak lanje makan. Dah tu aku ni mungkin ah membosan kan. Mungkin lah. Ntah aku sendiri tak kenal siapa aku. Mcm mana aku nak expect pakwe aku akan trima aku seadanya. Sedangkan aku pon kengkadang benci diri sendiri? Hahhah tu ah jawapan aku....
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment