Ok jom sambung cerita.
Sepanjang duduk kat Pagoh ni, aku rasa hidup aku dah mewah yg amat. Makan org sedia. Tempat tidur dah macam hotel walaupun takde water heater. Itu dah cukup memadai.
Lengkap lah weh. Dengan tak payah bayar sewa tinggal situ. Cuma perlu bayar makan RM 10 untuk 3 kali makan sehari. Rumah sewa dekat Melaka pon RM50 je untuk sebulan. Haaaaaa... Amacam?
Memang mewahlah. Dengan layanan tip top daripada beberapa orang budak asrama tu. Baik punya diorang jaga kitorang berdua. Rasa mcm tinggal dekat istana dah. Feeling-feeling princess yg ada bodyguard. Hahaha. Selalunya Daus, Iz, dgn Bob yang selalu blikan makanan/jajan yang kitorang pesan. Diorang rajin nak menolong. Lagipun kitorang ni takde transport n lesen. Sebab tu lah diorang yg slalu blikan. Hahahaha. Baikkan diorang? Kan? Kan? Kan?
Masa memula dulu kitorang kenal Bob sebenarnya. Pernah sekali tu borak apa tah, saja lah ckp kejut subuh. Biasalahkan ayat gurau-gurau. Sekali dia betul-betul! kejut kitorang subuh. Perghh.. Bilik kitorang kat bawah sebab tu senang dia nak ketuk tingkap bilik kitorang. Makanya sejak itu dalam seminggu jugak lah dia kerjanya ketuk tingkap stiap hari. Sampaikan aku dengan Biela naik rimas. Aku ckp ngan Biela tak leh jadi ni kalau hari2 dia ketuk mcm tu. Sakit gak ah kepala. Selagi tak menyahut dia ketuk. Kitorang pon nak privasi kan. Makanya aku dengan Biela rancang sesuatu. Iaitu Biela ws dia mengatakan ada pak gad tanya siapa yg selalu ketuk tingkap bilik kitorang. Makanya dia pon tanya siapakah pak gad tu. kitorang pon berlakon. Sejak tu dia tidak lai mengetuk tingkap bilik kitorang. Just ain't the same no more. just ain't the same no more. Hahah. Sorry. Kerna terpaksa.
Si Daus ni pulak kitorang panggil dia Baymax. Sebabnya dia baik. Ahahha. Baymax baikkan? Dia ni dah umur 26 tahun. No wonderlah matang. Walaupun dia umur 26 tahun. Takde pulak aku rasa dia ni dewasa. Kengkadang rasa dia ni masih kanak2. Sebabnya, dia ni kerjanya loyar buruk, chiaa chiaa chiaa, dan sebagainya. Muahahaah. Daus pernah belanja aku ngan Biela Oblong Burger Ramlee. Sumpah memang sedap. Tu lah Oblong yang paling sedap aku pernah rasa. Bau Oblong tu semerbak dalam bilik. Disebabkan Biela jual top4 kat hostel ni, makanya Daus, Bob and Iz yang akan jadi tukang sampaikan sesiapa yg nak top4 dan diorang jugak yang akan pantau hal hal pembayaran. Hahahah. Baguslah sebab amanah.
Iz pulak dulu kitorang panggil dia Boyfriend sebabnya dia baik gila dengan MAK.MAK sikit2 cari dia. Kiranya maksud nama Boyfriend tu adalah budak lelaki yg baik, hormat orang tua dan hormat perempuan. Tapi rupanya dia ni boleh tahan sewel jugak. Perghhh kengkadang menyirap gak. Ada je prank dari dia. Pernah satu malam tu, dia ws Biela mengatakan dia lapar. Makanya dia mintak kitorang gorengkan cendawan. Aku dengan Biela ni pulak mmg tgh lapar waktu tu. Hahahah. Makanya kami pon ke dewan makan untuk memasak. So sesampainya di sana cuma ada Iz dengan Naim. Diorang kasilah cendawan yg diorang petik kat kitorang. Aku ni takde pegalaman goreng cendawan ni. Tapi waktu tu aku punya firasat mengatakan cendawan goreng perlu ada garam, kunyit, tepung, dan telur. Akan tetapi Biela dah terlebih dahulu campukan kunyit beserta garam. Aku tgok dia yakin yaamat. Makanya aku percaya itu adalah resepi yg sebenar. So dekat separuh jugak dia goreng. Sekali Biela cakap, dia tak reti pon buat cendawan goreng. Aku pon apa lagi, dah cuak. Patutlah aku rasa aura lain macam. Aduhai. Aku tertipu dengan muka yakin Biela. hahaha. Aku pon lantas ckp kat Biela mungkin kne taruk barang2 yg aku rasa dlm firasat tu. hahaha. Malangnya, tak sempat alter cendawan goreng tu. Iz dgn Naim kunci. Aku pon dgn Biela buat dek jelah. Sebab sbnrnya dah malas nak alter bende alah tu. Bedal jelah. hahaha. Tapikan sbnrnya, lepas tu aku dengar je Iz bukak balik kunci. So, aku awal2 dah rancang nak kenakan diorang sambil2 tutup kesalahan kitorang yg tersalah resipi ni. Kah Kah kah!!! Aku ni dah lah jarang masak benda aku tak reti makan kan kan. Cuba pon tak pernah. Mana nak tahu. Makanya aku teruskan lakonan depan Biela yg pintu tu mmg masih terkunci. So, kitorang teruskan agenda kitorang masakkan Maggie untuk Iz. Sepanjang tgh masak tu, gelak-gelak tu. Tetiba pulak si Bob ni masuk. Waktu dia masuk tu aku tgok dapur dah gelap au.. tinggal dapur yg kitorang pakai je masih terang. Mak aih masa tu aku dh syak yg Iz n Naim dah blah naik bilik. Si Bob ni pulak tak tahu apa2. Dia pon tnya apa kitorang buat kat situ. Wahahahah Drama gila. Pastu masa Bob ni kena desak dgn Biela pergi panggilkan Iz. Aku n Biela amik kesempatan tu untuk MEMBUANG cendawan yang tak jadi tu!!! Perghhh berdebar baq hang! Then, akhirnya aku n Biela cepat2 letak Maggie yg ada cendawan goreng yg salah resipinya di atas meja makan. So, kitorang trus blah masuk bilik. Sesampainya dibilik, Biela call Iz, kasi tahu yg maggie dia ada atas meja. Pastu Iz pon bagitahu cerita sebenar. Sebenarnya dia dengan Naim menyorok. Lepas diorang lama sangat mencangkung depan pintu yg diorang lock and then unlock tu. Diorang menyorok kat belakang tempat beras. Lepas tu diorang pindah pulak menyorok blakang esbok. Diorang kata, diorang nampak je si Bob tu redah masuk dapur. So, diorang stay menyorok. takut kantoi. Pastu diorang ckp lgi, diorang ada baling2 sudu sebab nak takutkan kitorang. Tapi tak menjadi. HAhahah sebab apa tak menjadi? Sebab aku dgn Biela sibuk pikir cam mana nak sorok cendawan yg tak jadi tu tadi. HAhahahaahah sengal kan. So, aku ni punya geram pergilah voice note ckp... "Iz!!! Kalau esok aku dengan Biela demam.... kau tanggung!!!" Pastu tak lama tu aku terdengar bunyi kat dewan makan. Masa ni kitorang akt bilik. Aku sangka pak gad lah yg dtg sbb mungkin nak check kitorang. Malangnya.................................
.
.
.
Rerupanya tu VOICE NOTE suara AKU!!!! Iz mainkan banyak kali!!! Kurang ajar. Aku ketawa sampai terbaring. Biela sampai menangis ketawa. hahahahah Bodoh seyh. Lepas tu... kengkonon takutkan Iz. Si Iz ni percaya yg kitorang mcm marah kat dia. Dia pon nyanyikanlah lagu MAAFKAN KAMI. ahahahha. bongok. Makanya keesokkan harinya. Terbongkarlah segala cerita. Tpi kitorang je yg tahu. Budak lain tak tahu. Hahahah. K lah tu je kot kisahnya untuk Part 2 ni. Esok. Part 3 pulak.
In Sha Allah.
:)
Peace No War.
Assalamualaikum.
#SKMPagoh
Lepak dekat dewan makan. Sampai 2 pagi. Siapkan SOP |
Cendawan yang dipetik dari ladang. haahah
Tak semua ada dalam gambar.
No comments:
Post a Comment