Assalamualaikum.... Seperti yg diminta boleh nilliavanilla sebenar tadi.. Hakak YHLP nak tunaikanlah hasrat dia.
Gambar atas ni... Pasal 20 Facts About Nilliavanilla.
So... Let me start....
20 FACTS ABOUT YHLP
1. Pertama sekali... Aku ni penggemar Kinder Bueno. Ada skali tu dekat rumah sewa sebelum pergi kelas aku sarapan benda alah tu. Asalnya...tu habit zaman sekolah. Terbawak2 sampai zaman uni pulak.
2. Aku ni penggemar kucing. Setakat ni dah 4 ekor kucing sayang aku sbb nya diorang silalu tidur dekat kaki aku setiap malam. Yang paling setia Dan dengar kata setakat ni Tompok. Yang paling aku sayang. Lagi satu... Aku pernah bawak balik anak kucing yang hampir kena langgar dengan kereta.. Tapi dia selamat sebab dia terkejut lalu lari Dan termasuk longkang. Nama dia Motor. Malangnya sehari sebelum Motor Hilang dia buat Onar dgn kencing atas seluar aku masa aku belai dia... Dan membuang air besar dekat sudut pintu. Dan esok tu dia menghilang. Agak sedih di situ. Oh dulu aku anti dengan kucing sbb dengki. Tapi Sekarang tak. Aku sayang kucing.
3. Aku suka tulis diary.. Ada satu diary ni pasal 'dia' . Dan akhirnya aku buang isi di dalam nya sebab aku rasa benda tu tak berfaedah..... Dan aku masih ada diary. Hahaha
4. Aku sangatlah sayang keluarga aku... Sebabnya keluarga aku adalah insan2 yang sangat penting dalam hidup aku. Diorang aje yang faham aku. Baik buruk aku diorang terima seadanya. *aku sangat nakal*
5. Aku adalah manusia yang paling penakut. Walaupun aku cuba berlagak berani. Hakikatnya tidak. Orang kata sebab aku ni pemalu. Malu tak bertempat.
6. Subjek kegemaran aku ialah bahasa melayu. Sebabnya bahasa melayu lah yang membuatkan aku Cinta dengan sejarah kemunculan bangsa yang bergelar Melayu. Lagi satu.. Bahasa melayu ni indah. Tapi tak boleh lawan bahasa Arab.
7. Aku pernah bercita-cita nak kawin muda. Sebabnya pengaruh novel Dan media. Tapi hakikatnya diri ini masih banyak kekurangan Dan keburukan. Belum betul2 layak.
8. Kesukaan aku waktu lapang adalah... Melukis Dan layan lagu indie. Dua benda tu memang dah sebati dalam jiwa Dan hidup aku. Study pon aku kena lagan lagu indie.
9. Warna kegemaran aku yang paling utama... Ialah Hitam... Sampaikan baju T-shirt aku kebanyakkannya Hitam. Kawan2 aku semua tegur. Sampai ada yang paksa aku beli baju warna main sampai dia sanggup belanja aku semata-mata nak aku pakai baju selain warna Hitam *baju yg dai belanja warna Oren*
10. Aku sangatlah benci dengan bends yang last minute... Memang aku akan buat .. Tapi acuh tak acuh... Makanya hasilny sangat tak memuaskan. Cukuplah ala kadar.
11. Kereta impian aku mula2 dulu ialah kancil. Lepas tu up sikit nak kelisa pulak. Then Sekarang aku nak exora pulak. Hahaha .. Gedik.
12. Aku adalah seorang yang kidal sejak dulu lagi. Ramai yang teruja setiap Kali dapat tahu yang aku ni kidal Dan mereka mengeluarkan fakta yang sama... Yakni... Orang kidal ni kreatif... Orang kidal ni pandai math. Ye ke? Kalau ye. Alhamdulillah.
13. Aku seorang yang kuat menyakat. Nenek aku aku sakat. Cikgu aku .. Aku sakat. Lecturer aku.. Aku sakat. Adik2 aku lagilah aku sakat. Kawan2 pon tak terlepas daripada hobo aku yang kuat menyakat. Ayah pon termasuk dalam senarai. Heee...
14. Aku suka tengok langit. Nak nak bila dia tengah membiru Dan senja.
15. Aku jugak suka waktu hujan. Aku sila tengok titisan air pada waktu hujan. Beserta bay tanah pads waktu hujan. But... Katak di waktu hujan sangatlah merosakkan mood.
16. Aku adalah manusia yang bencikan makeup kerana... Bende Alah tu merimaskan. Kawan2 rumah lah yang rajin nak pakaikan... Sampaikan aku buat perangai... Padan muka hangpa..!
17. Aku ada barang kegemaran yang perlu ada... Iaitu... Pen pilot G-2 0.7 Hitam Dan kertas A4.... Itu adalah ubat aku.
18. Aku kuat membebel benda2 yang mengarut. Tak kesahlah dalam komen ke... Bercakap ke. Tapi hanya dengan orang yang aku betul2 selesa je. ... Orang yang aku tak kamceng sudah sikit. *akulah yang paling pendiam masa tu.*
19. Ramai yang cakap aku ni suka buat benda mengarut Dan memalukan. Terutamanya bila aku dicabar Dan bila aku ada mood nak laksanakan. Tapi kalau benda mengarut tu memudaratkan atau tak elok... Aku tak kan buat. Tengok situasi.
20. Akhir skali.. Fakta yang paling pending... Hari lahir aku.. 23/10/1995 .... Yahooooii...
Dan itu sahaja daripada saya...YHLP.
Assalamualaikum.
#EHTA2K <--- tagline baru aku....
No comments:
Post a Comment