Sunday, 15 June 2014

KRU Academy & Scholarship (PeluangBuatAku)


Assalamualaikum...
Hari ni tanpa sengaja aku godam balik email aku yang dah berhabuk dipenuhi dengan email yang tak berbaca. Sungguh banyak.. Sampai naik muak nak delete semua... Tapi... Terbaca balik satu email yang akan jadi kenangan buat aku buat selamanya.

Ada sebab kenapa aku lepaskan peluang tu...
Macam tajuk dekat atas... Aku bersyukur... Alhamdulillah... Sebab ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke KRU Academy. Yang penting aku dapat Scholarship penuh.

Tapi... aku tolak. Ye.. aku tolak...
Sebab?

Sebab... masa tu aku terfikir... Aku mungkin akan hangat-hangat tahi ayam dalam bidang tu.
Sebab nya.. sejak dulu lagi bagi aku seni tu adalah sesuatu perkara yang aku boleh buat sebagai hobi untuk isi masa lapang... Aku tak nak buat seni tu sebagai kerjaya.

Walaupun aku nampak kerjaya lepas belajar dalam KRU Academy tu meluas untuk zaman ni... Aku menolak. Semuanya kerana aku mungkin akan merindui keseronokkan dalam seni tu sendiri...

Melukis adalah hobi paling aku suka. Ada satu rasa kepuasan setiap kali hasil kerja kita dihasilkan.
Melalui melukislah aku kenal diri aku sendiri.

Bila diingat balik... Setiap kali aku melukis... Time aku aktif melukis adalah dalam pukul 12 malam sehingga 4 pagi. Memang masa tulah aku galak melukis. Idea mencurah-curah.

Tapi aku cuma reti buat lukisan yang biasa-biasa aje.. Tak ada shading-shading bagai ni. Aku bukannya budak seni. Aku budak bio masa tu. Hehe...

Owh.. sambil-sambil tu aku nak cerita macam mana aku boleh dpt tawaran ni. (Rezeki)

First... dekat sekolah aku... SMKPP9(2)... cikgu kaunselor aku jemput orang KRU Academy datang sekolah buat talk pasal Academy diorang utk lepasan SPM. Masa tu aku baru lepas trial SPM. So masa dengar talk tu. Aku teruja sebab tengok dia punya perjalanan dalam kerjaya untuk bidang tu. So masa tu aku berbelah-bagi sama ada nak join atau tak tau. Then, lepas talk tu aku tanya pendapat kawan-kawan aku.. but before aku tanya kawan aku ada je yang dah bagi dorongan untuk aku join je KRU Academy. So, hasil pertanyaan aku dekat kawan dengan cikgu-cikgu kaunselor aku (Aku budak PRS.. tu yg rapat ngan cikgu kaunselor) sama ada aku patut try mohon kemasukan ke KRU Academy atau tak. Then, conclusion-nya.. diorang semua menggalakkan aku. So aku ajak member aku Wayie. Dia pon hebat dalam bab-bab seni meni nih.

Dia pon tak tahu nak join ke tidak.

Then aku ajak lah kawan aku... Farzana. Dia pon hebat jugak melukis seni seni bagai ni. Walaupun hakikatnya aku dengan farzana tak ada latar belakang budang seni. Tapi sebab minat semua tu jadi seronok. Kalau Wayie pulak dia memang budak seni. Lagi lah hebat kan...

So, aku dengan Farzana pun hantarlah karya masing-masing. Yang aku tahu aku hantar karya aku yang aku paling sayang. Iaitu...


Ni buku... Aku amik 5 lukisan je dalam buku-buku ni. 

Then kitorang pon hantar. Kasilah dokumen yang dia mintak. 
Tak lama lepas tu pon SPM. 

Lepas je SPM aku dengan Farzana tunggu lah result untuk KRU Academy (Pasal Wayie aku tak tahu dia hantar ke tidak).

Then, lepas result SPM keluar... Datanglah perkhabaran daripada KRU Academy. Masa tu aku dh habis buat permohonan untuk UPU dengan UNIKL. Tak silap aku permohonan aku untuk UNIKL dah keluar masa tu. UPU lagi beberapa hari.

So.... Aku check email. Dapatlah bende alah kat bawah ni...


*Zoom In*

Alhamdulillah.. Aku bersyukur. Sebab benda yang aku nak dah ada depan mata.
Tapi, macam yang aku cakap. Aku tak jadi nak amik KRU Academy atas sebab-sebab yang aku dh nyatakan tadi.

So, tak lama lepas tu. Pihak KRU Academy call aku... Dua kali rasanya. Mula-mula lelaki. Seminggu kemudian perempuan pulak.

Untuk call yang pertama aku dh bagi tahu yang aku tolak tawaran tu. Tapi dia kasi masa untuk aku fikir balik. So aku fikir balik.

Then, untuk call kedua. Aku ckp aku still tak boleh nak terima tawaran tu. Akak tu tanya kenapa.. Jawapan aku... " Sebab saya dah ada perancangan yang lain". So akak tu pon faham dia kasi tahu aku yang dia akan gugurkan nama aku untuk tawaran tu. Then aku kata thanks. So akak tu pon faham. Aku pon terima dengan hati yang terbuka.

Masa tu aku tekad nak amik UNIKL. Walaupon ramai yang DESAK aku untuk amik UITM. Aku tetap tekad nak amik UNIKL. Ayah pon okey.

So, itulah kisahnya. Then, lepas je aku masuk UNIKL MICET.

Ada satu subjek ni. Communication English. Lecturer aku mintak kitorang buat "Show & Tell". So aku decide nak tunjuk buku-buku kesayangan aku tadi tu (Dalam gamabat tadi).

So masa hari kejadian... Aku pon present lah bende alah tu... Ni dia teks yang aku cakapkan masa tu...

Assalamualaikum w.b.t 
My name is Nurliyana. For this “Show and Tell” , I’m going to tell you guys about my special books. It’s not a novel nor a comic or even a magazine. But it is my own books that I created by myself. And now, I already have 11 of it.
Actually, I started to create this books when I was in form 3, that was in 2010. That time my house was far away from school and my friends.  So, I don’t have any friend that live near my house. Because of that loneliness, the only things that I like to do when I was free is drawing.  I could say, this book was my diary.
Before I started to draw, I will created the book first. I used A4 paper that was  flip into two parts. Then, I’ll start to draw anything that I feel  on that moment. All the drawings are based on my emotions. Those name for my books are Hey!, Individualiti, Instrumental ,  Taiming , Graffiti , Statik , Subterfuge , Obstinate , Kotak Hati, Zὰi Huὶ  (Goodbye!) , and Decorate. 
Before that, there is one thing that’s important to draw these drawings. It was my pen. This black PILOT G-2 0.7 pen is the best pen for me to draw these drawing. Because the black colour was concentrated . It makes my drawings looks like a printed picture.
Another things about this pen is my father always give me this type of pen when the ink almost empty. He’s the only person who understand me.  Sometimes, I was wondering, how did he know that my pen was lack of  ink? So, I’m the happiest daughter when he give me this PILOT G-2 0.7 pen. I’m so grateful to have a lovely father who always understand what I need. 
Besides, I also use some of my drawings inside this books for me to applied into KRU Academy when I was in form 5. Then, I successfully get an offered from KRU Academy with a  full scholarship. But I refused to accept  the offer because I already get an offer from this UNIKL MICET. For me UNIKL MICET is better for me because my first aim is to study about technology food. And now I get a chance to study in Chemical Engineering Technology in Food at UNIKL MICET.
And that’s all for my “Show and Tell”. Thank You. 
Assalamualaikum. 

Nampak tak aku menghafal.  Hahah...
Then lepas je present pasal "Show and tell" Madam mintak nak tengok buku-buku aku. Habis satu kelas tengok. Pergh malu seyh. Nampak sangat lah aku jiwang. Kalau korang tengok isi dalamnya.. Haha..

Adalah kawan aku ni... dok puji hasil kerja aku. Itu first time aku dengar dia puji aku. Tak sangka pon. Bangga seyh bila orang hebat puji aku.. Hahah.. (Riak doe)...

Jadi itulah kisahnya.
Panjang berjela. Puih~

Sekian..
Wassalam...

No comments:

Kawan2ku ^.~