Sunday 3 March 2013

Nak Bear? Apa kes ni Yana? =='






Aku? Nak bear? HAHAHAHAHAHA....
(Ketawalah puas-puas)
Okey..okey.. -.-'
Hakikat~

 
Sebenarnya, memang aku suka bear-bear ni. Cuma, kadang-kadang aku geli dengan sesetengah bear. Atau pon, aku rasa menyampah dengan sesetengah bear, sebab apa? Sebab ada sesetengah bear tu, rupa dia hodoh!

Hehehe...
Tapi, serius, kalau bear tu comel mcm dlm gambar-gambar ni. Aku suka! ^^

Aku tau, korang nak ketawakan aku kan? (Kan Syira? Kan Diba? Kan Zana? Kan Nisa? Kan Wida? Kan Fath? Kan Zida?)

Silakan.. Hehehe.. Aku tak kesah.

Kan aku dah kata... "Aku KEJAM, tapi CUTE" 
------------------------------------------------------
Sebenarnya, aku tiba-tiba terfikir pasal bear2 ni pun sebab, ada sorang abe aku ni, dia dah ada 4 bijik bear! Huhu...

Sadis! Lelaki pon ada bear.. Aku? Haha...

Hakikatnya, aku tak pernah mintak.

Antara sebab kenapa aku tak mintak bear ni ialah:
- Aku geli dengan sesetengah bear.
- Aku takut malaikat tak masuk rumah.
- Aku rasa seram sejuk bila waktu malam menjelma
- Aku malu nak mintak
- Aku segan~ Jatuh saham aku.. Hehe.. <-- Sengal~

Oh ye, aku lebih suka bear berbanding doll.. I hate doll... Keh keh keh...

Okey~ Kerek pulak. -.-'

Hahahaha...




Jadi, disebabkan aku tgh ada mood pasal bear ni.. Aku nak ushar bear yang ada... Keh keh keh ^w^




Ni lah jadinya, aku cari punya cari.. Ciput je aku berkenan.. heh~

^w^ Takpe-takpe..
Aku cari lagi...
 (Yang pasti bear yg dalam kalangan tak menggelikan. Hohoho)

- Perkara yang paling pasti ialah,
aku takkan jadikan bear sebagai koleksi..
Koleksi aku hanyalah NOVEL... heheheh..
Kalau untuk simpan boleh lah.. Kan? Tapi aku simpan dlm almari, takde masa aku nak simpan buat hiasan. Minta maaf lah...

__________________________________

  Dalam sibuk mencari gambar...
Tiba-tiba terfikir... 

Apakah Hukum Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah?

Jadi, disebabkan itu.. Aku pun cari pulak jawapan untuk persoalan aku tu...
 

Tapi sebelum tu.. Aku tak puas lagi ni.. Hehehe.. So, layan dulu gambar-gambar bear yang AKU suka.. ^w^
Kui kui kui... 




Dah lah.. Malas nak cari..
Huhuh... Penat...

-^w^- 

Okey.. Baiklah.. jadi.. apa lagi.. CoPy PaSTe lah~!

Jom! ^w^ Jom tambah ilmu pengetahuan.. Dah alang-alang timbul persoalan. Baik cari jawapan terus.. ^w^
__________________________________________________________________________________________
 Sumber: harianislam.com

Apakah Hukum Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah? | RUMAH adalah tempat perlindungan dan seumpamanya. Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kesyirikan dan kemushkilan kepada kita.

Hukum Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah

Soalan
Hukum Meletakkan Patung Perhiasan Di Rumah?, Di Malaysia khususnya sekarang ramai yang meminati dekorasi bercirikan konsep english @ english style decoration. Salah satu unsur dalam hiasan english ini ialah patung-patung hiasan seperti chef, itik,ayam, bear. Patung ini ada yg lengkap seekor itik/ayam/bear atau seorang chef..ada juga patung yang tidak lengkap spt patung chef duduk, patung ayam/itik sedang mengerang telur. Patung-patung ini diletakkan di dalam rumah juga di peti ais jika fridge magnet.

Jawapan :
Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram.

Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.

Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah.

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka.

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : “Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut.

Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalam neraka Allah.

Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasan. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.

Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.

Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati.
Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya.

 Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap :
“Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka :
“Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.

Kesimpulannya,
Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan.

Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda :
“Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan seumpamanya; kenderaan yang menyenangkan hati”.

Manakala dalam surah an-Nahl (80), Allah SWT berfirman :
“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”.

Oleh itu dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan seumpamanya : Muslim, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.

Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang bukan muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”.

Dalam riwayat lain dikatakan :
“Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.
Kadang kala terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas, namun pada zahirnya kelihatan tenang, cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung hiasan dan seumpamanya.

CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail AS memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail AS tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok. (Riwayat Abu Daud, Nasai, Termizi dan Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan. Bagaimanapun, patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.

TIDAK BERNYAWA

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan atau benda yang tidak bernyawa.

Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yang memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar orang kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.

Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan, kelebihan ilmunya. Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.

Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.

SEKSAAN HARI KIAMAT

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat dari emas, perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan sifat sombong, riak, ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan dan jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya yang akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran, memahat patung ini”.

Dalam satu riwayat diterangkan :
“Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”.
Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.


Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.

Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya.

Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap :

“Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka :
“Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: Ustaz Amin diolah semula oleh penulis..
 
Maklumat Penulis
 
  administrator Berasal dari Melaka,pemilik kepada Bercinta Selepas Nikah, Beliau sebagai editor dan juga penulis yang sentiasa memastikan HarianIslam.com mempunyai topik baru setiap hari, beliau merupakan Ahli Sukarelawan ke Gaza bersama Aman Palestin MSG2012.Misi beliau menjadikan HarianIslam.com laman web maklumat berkaitan agama islam no. 1 di Malaysia.
 __________________________________________________________________________________________
Sumber: harianislam.com 

 .....................................................................................................................................................................................
Jadi.... Ini lah hasilnya... Penat mencari jawapan.. Baca pon belum lagi... Jap lagi lah aku baca.. heheh.. Tapi, lagi best.. baca kat sumber asal dia tau.. baca kat ---> harianislam.com 
  .....................................................................................................................................................................................

Sekian terima kasih.. ^w^

Gambar last tak bleh blah~ kah kah kah ^w^
 
  

5 comments:

Zulina's mohamed said...

nak bare...hihihi

Zulina's mohamed said...

nak bear...hihi

larkspurpetak said...

Bli lah ^.^ hohoho...

tinyme said...

bukan krete aq la...
hahahah
krete mak diba...
sme la..aq pon tkot nk ade patung dlm rumah..or bilik..
scary~~~
huhuhuhuhuhu
mintak di jauh kn...amin~~~ =)

larkspurpetak said...

owh.. salah ea.. aku ingat kereta kau.. hehe... tulah.. scary ada patung dlm umah~~ huhuhuh

Kawan2ku ^.~