Sunday 1 February 2015

PUTRAJAYA | Lawatan Sambil Belajar

 

Gambar ni diambil di sebuah tempat yang boleh dikatakan sebuah tempat yang menjadi tarikan orang ramai yg datang singgah Putrajaya.

Nama tempat tersebut ialah Monumen Alaf Baru .
Jadi kalau dah singgah Putrajaya tu singgah lah ye.. Sebab kat situ ada timeline tentang Malaysia... Dari tahun 1400 rasanya. Entah lupalah. Nanti pergi tgok lah sendiri ye.

Yang penting... Tempat ni boleh kalau nak berbasikal pon. Tak ada masalah. Tapi kalau tak jaga keselamatan... Ada potensi nak masuk dalam tasik yg dalam dan gelap tu. Hehehe... Takdelah.. Gurau. Tapi boleh jadi je kalau tak hati-hati. Tempat tu mana ada guard. (Setahu aku lah)
 

 

Yang ni pulak... Gambar ini diambil di kawasan yang sama dengan Monumen Alaf Baru tu.. Cumanya dia kat depan sikit... Tempat ni rasanya ditutup. 

Tapi boleh je nak masuk. Sebab tempat ni umpama hutan kecil dalam Putrajaya. Mcm sesuai untuk tempat riadah. Kecik je tempat dia. Kalau sekadar nak amik udara segar dari pokok..

 Jalan lah masuk dalam tu. Ingat... tempat tu kecik je. Pandai-pandai lah nak buat jadi best tempat tu.

 

Yang ini pulak... Gambar dekat  Laman Bunga Raya. Yang orang selalu tak perasan.
Jap.. ini gambar bukti nama tempat tu begitu...


Haa... ada nampak? Nanti masa nak ke Masjid Putra pandang-pandang lah ye kiri kanan. Nanti kot-kot mata tu nampak Laman Bunga Raya tu. 


Secara konklusinya... Gambar ada je banyak. Tapi saje je nak letak yang ini je. Sebab kalau letak banyak karang... Payah. So... korang kena pergi sendiri.. Banyak yang korang boleh explore.

Apa yang aku tahu.. selama aku menapak kat Putrajaya .. banyak taman untuk korang beriadah. 

Oh lupa.. kalau korang ni skaters ke, penggemar roller blade ke, pro-parkour ke, hantu berbasikal ke.... Bawaklah skill korang tu datang Putrajaya.. Bnyak port nak asah skill korang. Banyak port nak belajar skill baru. N banyak jugak tempat nak tenangkan fikiran.

Oh... ada satu lagi kawasan yang orang ramai tak pergi. Tempat tu kalau ada orang pon... tak ramai. Tak sampai 8 orang pon. haha...

Port tu .... er.... nantilah... cari sendiri lah yek. Karang kasi tahu.. penuh pulak tempat tu.. 
(Kedekutnya lah aku ni) hahaah

Setakat ini sahaja ....

Selamat datang ke PUTRAJAYA.
:)

Yang benar,
Liyana YHLP


No comments:

Kawan2ku ^.~