Sunday, 10 November 2013

Kadangkala.....

Kadangkala, keresahan di jiwa tidak dapat diungkapkan dengan reaksi wajah yang kelihatan tiada biasa.
Kadangkala, kerinduan di hati datang menjengah tiba-tiba.
Kadangkala, rasa marah bertapa di dalam hati tanpa sengaja.
Kadangkala, emosi tidak menentu. Bercampur aduk.

Aku resah kerana apa?
Aku rindu pada siapa?
Aku marah terhadap apa?
Aku terganggu emosi salah siapa?

Aku resah kerana aku merasakan aku menyusahkan orang yang aku sayang.
Aku rindu pada keluarga yang berada di rumah.
Aku marah kepada mereka yang iri hati terhadap perkara yang sekecil kuman tidak sepatutnya dijadikan isu.
Emosi aku terganggu kerana salah aku. Aku yang tidak tahu mengawalnya secara positif.

Ye, aku resah.
Ye, aku rindu mereka.
Ye, aku marah.
Ye...... Salah aku....

Tapi apakan daya.
Aku cuma manusia.
Manusia yang diciptakan oleh Allah SWT yang mempunyai pelbagai emosi.
Juga, manusia yang diciptakan oleh Yang Maha Berkuasa yang mempunyai akal fikiran.
Akal fikiran yang sepatutnya digunakan untuk berfikir tentang kebesaranNya.
Allah... Allah...Allah...

Aku hanya manusia yang lemah.
Manusia yang memerlukan pertolongan daripada Tuhannya.. Iaitu Allah SWT...
Aku hamba yang lemah.
Hamba yang sering alpa.
Hamba yang kadangkala lupa.
Allah...
Ya Allah berikanlah hamba Mu ini petunjukMu Ya Allah.
Ya Allah berkatilah setiap apa yang hambaMu ini lakukan Ya Allah.
Ya Allah..... Ampunilah aku Ya Allah....
Allah.... Allah... Allah...



#I miss my father~

No comments:

Kawan2ku ^.~