Friday, 24 May 2013

-Sasaran-

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
 






Masih adakah harapan untuk aku bertaubat?
Apakah sesudah aku bertaubat aku betul-betul insaf?
Apakah  sesudah aku bertaubat aku tidak akan mengulanginya?

Allah...
Aku akan usaha untuk memperbaiki diri ini...
Aku hamba yang lemah...
Aku terlalu banyak kekurangan...
Aku terlalu banyak khilaf...
Aku sering leka...

Aku mahu menjadi hamba yang taat dan patuh kepada Mu...
Aku mahu menjadi anak yang solehah...
Aku mahu menjadi insan yang berguna...

Oleh itu.... Aku perlukan hidayah daripada Mu, Ya Allah...
Teguhkanlah iman dan taqwa ku, Ya Allah...
Tunjukkan kepada ku jalan yang benar, Ya Allah...

T^T




No comments:

Kawan2ku ^.~