CERITA SEBUAH MIMPI
-Cerpen- (BAHAGIAN 1)
Oleh: Larkspurpetak.Liyana
Don't know why I love this song so much!
██ ███████████ ████████ █████ █████████ ███
█████ █████ █████ █████████ ███████ ███████
███████ ██████ ███████ ████████ ██████ ████
███ ███████████ █████████ ███████ ██████ ██
'Kenapalah aku mengatuk? Dah petang ni. Aduh' Tirah mengeluh. Dah lah belum mandi lagi. Huhu. Dah pukul tiga ni. Teruknya anak dara sorang ni. Dah tua pun tak reti-reti nak mandi awal. Dibuatnya tiba-tiba orang datang masuk meminang, ternganga nanti. Ish..ish..ish.. Bila nak berubah?
Tirah mencapai tuala. 'Nak mandilah. Lemas. Ugh!' Tirah membebel.
Selesai mandi, dia mengerjakan solat. Dia ni, tak tahu ke, tak baik lengah-lengahkan solat. Tirah... Tirah.
Diriwayatkan oleh Hazrat Abdullah bin Amr ra, Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang menjaga solatnya akan menjadi nur [cahaya], pembela dan penyelamat baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat. Pada hari akhirat, dia akan bersama-sama Firaun, Hamman, dan Ubai bin Kalaf."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Hibban).
Semasa Tirah di dalam bilik air tadi, "Cipan! Woi! Cepatlah mandi! Aku dah sakit perut dah ni weah!" Abang Paan menjerit kuat. hmm.. adik sendiri pun dia panggil Cipan. Bunyinya dah macam terdesak sangat-sangat. Kesian.
"Aku belum habis lagi lah! Bilik air satu lagi kan ada! Pergilah guna! Sibuk jelah!" Tirah membalas dengan jeritan juga. Dia bukannya nak menjerit sangat pun, dia menjerit sebab tadi semasa dia sibuk mencuci muka dengan sabun muka, matanya terasa pedih akibat sabun termasuk sedikit ke dalam matanya. Punca kejadian itu berlaku adalah kerana, Abang Paan kesayangannya menjerit serupa Tarzan di depan tandas. Huhu. Terkojut mak nak...
"Alahai kau ni! Kalau tandas sana kosong, takde lah aku nak menyibuk dekat sini! Banyak cakap pulak kau ni! Cepatlah! Terburai isi perut aku ni, kau cuci!" Paan menjerit lagi. Dalam keadaan kritikal ni pun sempat lagi nak membebel. Perut Paan semakin memulas. Aduh, kenapalah masa ni jugak kau nak 'exit' wahai makanan yang sudah dihadam. Huhu.
Paan mengetuk pula pintu tandas itu. Tirah semakin bengang. Dalam bengang-bengang tu dia cepat-cepat juga, kesian pulak nak menyiksa abang dia tu. Karang dibuatnya terburai betul-betul, mampos! Tak kuasa nak mencucinya. Ngee! Geli doe!
Paan berhenti mengetuk pintu tandas sebaik sahaja Tirah membuka pintu itu. Paan dengan rakusnya, menolak Tirah keluar. Paan terus meluru masuk ke dalam tandas. Pintu dihempas dan dikunci. Tak tahan sangat lah tu. Tirah hanya menggeleng kepala. Nasib badan dapat abang sengal macam Paan ni. Nasib baik kau selalu tolong aku. Bisik hati Tirah.
Kaki mengorak langkah keluar rumah selepas solat. "Mama, mama ku cayang tengah buat apa tu." Tirah menegur mama terchentanya. Mama sibuk mencabut rumput yang dah menyemak di dalam pasu bunga kertasnya.
"Mama tengah basuh pinggan ni. Tak nampak ke." Tirah mencebik. Mama ni, orang tegur elok-elok dia jadi peguam pulak. Banyak loyar buruk lah mama ni. Sekarang baru aku tahu dari mana datangnya perangai loyar buruk abang Paan tu. Daripada mama rupanya. Huhu.. Punah~
"Amboi mama, bergurau pulak mama cun Tirah ni." Tirah memeluk mamanya dari belakang. Nak bermanja-manja lah tu. Mengada.
"Anak dara mama ni, tegur je ke? Tak nak tolong mama cun ni buat kerja ke? Sian mama tau" Amboi, mama aku ni, dia pun tak nak kalah nampaknya. Nak bermanja jugak lah tu. Hehehe.
"Okey mama. Tirah tolong ye. nak Tirah tolong apa ni mama?" Tirah mula bangun daripada mencangkung.
"Tirah tolong tarik telinga abang Paan bawak dia ke sini ye, Tirah" Mama tersenyum sambil memandang Tirah sebaik sahaja arahan dikeluarkan.
"Tarik telinga abang? Untuk apa? Nanti Tirah kena maki dengan mulut puaka abang tu macam mana?" Bertubi-tubi soalan Tirah. Tirah memandang pelik kepada mamanya. Apa pulak yang mama ni nak buat? Pelik-pelik ajelah mama ni.
"Buat aje lah. Go..go now!" Erk, mama ni kan.. Sabar jelah. Tirah hanya menurut perintah. Lantaklah abang Paan nak sumpah seranah pun. Mama yang suruh. hehe.. Seronok lah pulak main tarik telinga orang ni. Dah alang-alang, baik tarik sampai putus. kikikiki. Kejamnya.
Tirah melangkah masuk ke bilik abangnya. Walaupun dia tahu dia bakal di'fire' oleh abangnya itu, dia tetap juga melangkah masuk ke kawasan larangan itu. Abang Paan memang pantang kalau orang main redah masuk bilik dia. Maklumlah, segan lah katakan. mana tak segannya, patung beruang warna putih kesayangnnya tu ada dalam bilik dia. Kalau patung beruang tu kecil tak apalah jugak. Ini, mak aiii... besar orang dah. Ish..ish..ish... Inilah yang dikatakan 'Dalam hati ada taman'. Sempat lagi Tirah membebel di dalam hati.
"Lah tidur rupanya tuan putera katak kodok ni. Dah lah terbongkang. Buat malu je." Walaupun dia mengutuk abangnya itu hodoh, tetapi hakikatnya wajah abangnya persis lelaki Korea yang sedap mata memandang. Tirah mendekati Paan. Dia bercekak pinggan. Wow, persis sarjan dah gaya Tirah ni.
Tirah menolak bahu Paan. "Woi..woi.. bangunlah.. Mama panggil. Kalau tak gua tarik telinga lu." Tirah masih lagi menolak-nolak bahu abangnya.
"Hmm.. Jangan kacaulah." Tenggelam timbul suara Paan. Suara orang mengantuk lah katakan. Tirah mula panas hati. Degil pulak abe aku ni.
"Abang Paan oii.. kau nak aku tolak kau jatuh atas lantai ke? Bagunlah!" Tirah membebel lagi. Macam sia-sia je membebel dekat orang yang sedang tidur, bukannya dia dengar pun. Buang karan je.
"Janganlah kacau aku dik oi.. Aku sakit perut ni." Tirah berhenti menolak-nolak bahu abangnya. Kesian pulak dia tengok keadaan Paan. Ingatkan tidur tadi. Menahan sakit perut rupanya.
"Yelah. Tirah kasi tau mama yang abang sakit perut. Nak sapu minyak cap kapak tak? Biar reda sikit sakit tu." Tirah mula prihatin. Gila kau tak prihatin. Muka Paan pucat kut. Dah macam vampire dah sekali tengok. Tu baru sekali tengok, belum dua kali tengok. Kali kedua tgok dah macam mayat hidup dah. huhu.. Kesian Paan. Dia ni salah makan ke? Termakan julap ke? Kesian.
"Tak payah lah. Aku rasa nak tidur je ni. Hilanglah kut sakit ni lepas puas tidur nanti." Paan menolak. Matanya masih terpejam. Bukan mengantuk pun.
"Okey. Nanti aku kejutkan kau sebelum Asar." Tirah melangkah keluar daripada bilik Paan. Malas hendak mengganggu orang sakit.
Tirah kembali semula mendapatkan mama. "Mama, abang sakit perutlah. Pucat je muka dia. Mama tengokkanlah dia. Nampak seksa je Tirah tengok." Tirah menyampaikan. Mama berhenti daripada melakukan aktiviti mencabut rumput. Mama lantas bangun. Barang-barang dikemas. Tirah hanya membuntuti mamanya.
Mama membuka pintu bilik Paan. Dia hanya menggeleng. Dengkuran Paan mematikan niatnya untuk membawa Paan ke klinik. Tapi dia tahu, sebenarnya, Paan bukannya tidur lagi pun. Itu hanyalah taktik anak terunanya agar tiada sesiapa mengaggunya. Mama dah faham benar dengan taktik yang satu tu. Mama menutup kembali pintu bilik itu.
Paan yang sedaya upaya berdengkur sambil berpura-pura sedang nyenyak tidur tadi, membuka mata sebaik sahaja mama menutup pintu biliknya. Sengaja dia berlakon sebegitu rupa. Tahu benar yang mama nak bawa dia ke klinik. Dia ni dah lah takut nak makan ubat. Mengada-ngada mengalahkan adiknya pula. Sabar jelah.
Tidak lama kemudian, kelopak mata Paan semakin berat. Bak kata kawan Paan, Syuk..."Mata sudah kena pancing woo.." Akhirnya dia terlelap dibuai mimpi.
"Weh! Kau ni dah kenapa?! Bangunlah! Aduh! Cepatlah! Dah Asar!" Tirah menjerit sekuat hati. Letih mengejutkan abangnya yang sorang ni. Susah betul nak bangun. Mengalahkan haiwan semasa berhibernasi.
Jap! Err.. Tak silap aku, ada je hibernasi manusia. 'Perasaan sedih, kecewa dan pelbagai lagi emosi negatif adalah normal selepas kita dilanda musibah. Kadangkala situasi ini juga menyebabkan kita merasakan adalah amat sukar untuk kita melakukan apa-apa dan lebih senang untuk menyendiri. Kita boleh menamakan situasi ini sebagai hibernasi. Kalau beruang kutub berhibernasi untuk meminimumkan penggunaan tenaga di musim sejuk, kita pula berhibernasi untuk mengurangkan tekanan dan bermuhasabah diri.' Bisik hati Tirah mengingati informasi tentang hibernasi manusia yang dia pernah baca suatu ketika dahulu.
"Abang! Bangun! Kalau tak aku simbah air!" Dia ni, kalau tak bangun jugak, aku siram air sebaldi. Biar padan muka.
"Hmm, sabarlah." Paan menjawab. Tirah bercekak pinggang. Letih menunggu dan menjerit agar abangnya bangun. Setelah 10 minit dia menunggu Paan untuk bangun daripada tidur, tapi tak bangun-bangun jugak, Tirah mula naik hantu. Dia bergegas ke bilik air. Dia bertekad untuk menyiram tubuh abangnya dengan sebaldi air. Biar padan muka dia!
Baldi dicapai, paip dibuka, air diisi ke dalam baldi yang diambil tadi. 'Liat sangat eh kau. Siaplah kau!' Bebel hati Tirah.
Setelah baldi itu penuh dengan air, Tirah dengan bersemangat wajanya, mengangkat baldi yang berat itu menuju ke katil Paan.
Dalam kiraan 5, 4, 3, 2, 1, wosshhh! Serta merta Paan terjaga, katil dan dirinya basah kuyup.
"Woi! Cipan! Habis basah!" Paan menjerit. Mukanya menjadi merah kerana menahan marah. Mengantuknya hilang serta-merta. Dia terus bangun membiarkan adiknya yang sedang tersenyum puas itu. Tuala dicapai, dia terus meluru masuk ke dalam tandas. Tirah pula tidak henti-henti ketawa melihat gelagat Paan itu. Siapa tak ketawa tengok Paan yang sibuk membebel macam nenek sambil meluru masuk ke tandas. Ditambah pula dengan badanya yang basah kuyup itu.
"Ish! Nak rehat sikit pun tak boleh! Dah tu, simbah aku dengan air pulak tu! Habis basah katil aku! Siapa nak cuci katil aku tu?!" Bebelan Paan masih tidak berhenti. Tirah yang berada di luar masih ketawa. Tirah meletakkan kembali baldi yang digunakan untuk menyimbah abangnya sebentar tadi. Katil yang basah itu, dibiarkan sahaja. Malas hendak mengambil pusing. Dia terus meluru mencari mamanya.
Paan yang telah berada di dalam bilik air, menyangkutkan tualanya. Dia duduk di atas mangkuk jamban yang telah ditutup itu. Mulutnya masih tidak letih membebel. Macam pelik je bila lelaki membebel.
Paan yang sudah puas membersihkan dirinya. Keluar daripada bilik air.
Namun, langkahnya terhenti secara spontan. Dia memandang keseluruh biliknya. 'Eh! Nanti... ini bilik siapa pulak ni?" Bebola mata Paan bergerak-gerak memerhatikan ke setiap sudut. Dia menjadi pelik dan hairan apabila melihat biliknya yang berbeza sekali! Kelihatan lebih mewah!
Paan masuk kembali ke dalam bilik air. Pintu tandas ditutup kembali. Kemudian dia membuka semula, berharap agar biliknya kembali kepada asal. Namun, hampa.
Dia menggaru-garu kepalanya. 'Aik? Aku mandi lama sangat ke sampai Tirah sempat ubah suai bilik aku ni?' Bisik hatinya lagi. Dia menjadi semakin bingung. Dia bukannya sedar pun berapa lama dia mandi. Macam mana nak sedar kalau mulut tu tak henti-henti membebel. Ugh!
Dia berjalan menuju ke almari. Dibeleknya isi di dalam almari itu. Semakin bertambah-tambah bingungnya apabila pakaian-pakaian yang ada, bukan miliknya!
"Baju siapa pulak ni?" Sekali lagi kepalanya digaru. Spontan Paan mencapai sehelai baju yang dia kenali. Dia mengenakan pakaian itu ke tubuhnya. Selesai berpakaian dengan pakaian 'milik'nya. Dia keluar daripada bilik itu.
Sekali lagi dia dikejutkan dengan kejutan baru. Kali ini dia tidak menggaru-garu kepalanya, tapi dia menepuk-nepuk dahinya yang luas itu.
"Argh!! Apasal semua benda dalam rumah ni berubah?! Kenapa ada tangga pulak ni? Dah macam banglo je aku tengok!!!" Paan yang tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya terus turun daripada tingkat itu. Dia ingin mencari jawapan. Mengapa dia berada di sini? Apa yang telah terjadi? Sedangkan tadi dia masih di rumah.
Sebaik sahaja dia sampai di sebuah dapur. Dia terlihat seorang gadis yang sedang memasak. Aroma masakan yang menyelerakan itu membuatkan Paan tidak jadi untuk bertanya kepada gadis itu tentang apa yang sedang berlaku kepada dirinya.
"Eh, abang dah habis mandi." Amy menegur Paan. Buat seketika Paan terpinga-pinga. Dia terpegun melihat wajah perempuan itu. Manis sekali senyumannya.Terasa satu perasaan aneh mengalir. Terasa damai.
"Er.. Awak ni siapa?" Paan menyoal setelah lama berjeda. Dia bingung kerana dia tidak pernah kenal gadis itu.
"Lah..Saya ni isteri awak. Takkan dah lupa? Setahun hidup dengan saya." Amy hanya menggelengkan kepalanya.
"Aik? Bila masa pulak aku kawen ni?" Paan bertutur bersendirian. Paan menggaru-garu kepalanya. Aku ni ada tersalah makan ke? Ke aku dah masuk dunia lain? Jangan-jangan.... aku hanya bermimpi? Paan sudah mula merapu.
"Abang nak makan tak? Amy dah masak lauk yang abang mintak tadi. Mesti abang dah lapar kan sebab basah kuyup kena hujan tadi." Amy meletakkan pinggan yang sudah di isi dengan nasi itu di atas meja makan. Dia hanya memberikan senyuman kepada suaminya itu.
'Aik? Setahu aku, aku basah kuyup tadi sebab dikerjakan oleh Tirah. Bila masa pulak aku main hujan ni?' Dahi Paan mula berkerut-kerut. Kemudian dia memandang Amy, gadis yang begitu asing pada matanya.
"Awak.. Boleh tak stop panggil saya abang? Bila masa kita kahwin ni? Mana Tirah? Mana mama saya? Kenapa rumah ni jadi rumah banglo? Apa semua ni?" Paan yang terasa semakin berserabut kepala otaknya mula merapu dan memarahi Amy yang tidak membuat salah apa-apa.
"Abang? Kenapa abang marah-marah ni? Apa salah Amy? Abang demam ke? Kan mama dengan Tirah baru balik tadi. And, ni kan rumah kita." Amy menjawab soalan Paan yang entah apa-apa. Amy mengeluh. 'Laki aku ni, merepek pulak. Demam ke?' Tutur kata hati Amy.
"Amy. nama awak Amy kan? Eh... Rumah kita? Buat lawak ke apa ni? Dah-dah.. Saya nak balik!" Paan membentak seperti kanak-kanak yang tidak dapat apa yang dia kehendaki. Paan membuat muncung itik.
"Abang. Kalau ye pun Amy ada buat salah dengan abang, takkan lah sampai sanggup buat-buat tak kenal dengan saya?" Amy pula naik angin.
"Kau merepek apa ni? Aku bukan abang kau lah! Bila masa pulak aku ada adik perempuan selain Tirah ni?" Paan menyoal Amy semula. Amy hampir sahaja menangis mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Paan.
Belum sempat Paan menyambung katanya, Amy sudah terlebih dahulu berlari mendaki tangga. Paan terkaku. Dia buntu.
"Apa semua ni?" Paan menyoal dirinya yang sememangnya tiada jawapan untuk soalan-soalan yang dikemukakan oleh dirinya sendiri.
Amy menangis teresak-esak. Dia berfikir, di mana silapnya sehingga Paan memarahinya tadi. Sampaikan Paan buat-buat tidak mengenali dirinya. Padahal tadi elok aje.
Bantal berbentuk hati hasil pemberian Paan dipeluk erat. Tiada niat langsung untuk membaling pemberian itu. Baginya, Paan mungkin bergurau atau stress. Tetapi, apabila dia mengimbas kembali perilaku Paan yang seolah-olah berbeza itu, membuatkan dia bertambah-tambah sedih.
"Arghh!!!" Amy menjerit. Dia jadi tertekan tiba-tiba. Entah mengapa hatinya mudah tersentuh ketika ini.
Sementara itu, Paan yang masih ada di bawah sedang berlegar-legar di ruang tamu. Buat seketika dia menjadi teruja kerana banglo yang dikatakan milik'nya' itu begitu cantik hiasan dalamannya.
"Perghh! Ada kolam lah!" Paan menjerit kesukaan. Dia menjadi teruja. Dia melangkah pula ke sebuah bilik setelah puas membelek-belek ruang tamu.
Pintu dibuka perlahan-lahan. Akhirnya, mulutnya ternganga. "Wait! Apa semua ni?" Paan melangkah masuk. Tanggannya mencapai sebuah album gambar. Hatinya tergerak untuk melihat isi di dalam album tersebut.
Gambar yang melekat pada diding yang bewarna biru laut itu yang menjadi punca Paan tergerak hati untuk melihat isi kandungan di dalam album tersebut.
Amy yang sudah puas menangis dan berperang dengan dirinya sendiri, lantas turun untuk mencari Paan.
"Abang..." Dia memanggil suaminya yang tercinta itu. Kepala digaru. Barangkali bingung ke mana hilangnya Paan. Jangan hilang meninggalkannya sudah.
Amy menuju ke dapur. Dia fikir Paan ada disitu sedang melantak. Namun, hampa. Kemudian, Amy menuju pula ke ruang tamu. Namun, Paan tetap jua tidak muncul di layar matanya.
Amy mengeluh berat. Sekali lagi, hatinya menyoal, apa salahnya. Amy meneruskan langkah, dia mula berasa malas hendak mencari Paan yang entah kemana.
Tiba-tiba dia terdengar suara Paan menjerit dari luar. "Fuyoo! Sport Car!" Amy yang masih terkejut itu terus berlari mendapatkan Paan. Seram sejuk memikirkan keadaan Paan. Entah-entah demam panas.
Amy menyarungkan seliparnya. Paan yang masih teruja memerhatikan Sport Car yang entah apa namanya itu langsung terlupa dia dimana sekarang. Amy mendekati suaminya. Secara spontan tangannya mendarat ke dahi Paan. Paan terkesima. Lantas dia terkebelakang.
"Kau buat apa ni?" Paan membuat muka pelik. Amy hanya tersenyum. Dia berasa lega kerana ternyata Paan tidak demam. Suhunya normal. Nasib baiklah Amy ni doktor.
"Saya rasa dahi abang lah. Takut demam. Ye lah tadi kan abang basah kena hujan." Paan pula menyentuh dahinya sendiri.
"Okey je." Paan bertutur sendirian.
"Memanglah okey, perangai abang tu yang tak okey." Amy membuat muncung itik sambil berpeluk tubuh.
"Apa yang tak okey?" Paan menyoal kembali. Dia tidak lagi gelabah seperti tadi. Dia seolah-olah terbiasa dengan Amy.
"Perangai awak lah. Tadi awak marah-marah sambil tanya soalan pelik kenapa? Awak ada masalah ke?" Amy menyoal prihatin. Tangan Paan dicapai. Paan hanya mengikut. Entah mengapa dia berasa damai ketika itu. Dia berasa seolah-olah Amy memang isterinya. Dia terlupa apa yang terjadi.
"Ye ke? Abang buat apa tadi?" Paan mula membahasakan dirinya sebagai "abang". Entah mengapa, dia pun tidak tahu. Mungkin di telah terpengaruh dengan kata-kata Qai.
"Tak ada apa-apa lah." Amy tersenyum. Dia menarik tangan itu lagi.
"Dah jomlah kita makan. Nanti sejuk pula, dah tak sedap." Mereka berdua beriringan masuk dan menuju ke dapur.
Sebenarnya Paan percaya bahawa dia dan Amy telah berkahwin. Walaupun pada hakikatnya mereka telah berkahwin. Dia terlupa apa yang berlaku kepada dirinya tadi. Selepas dia melihat-lihat album gambar kahwinnya dengan Amy tadi, dia mula yakin dia sebenarnya sudah kahwin. Entah mengapa jadi begitu. Mungkin kerana kata-kata Qai. Dia terlupa bahawa dia sebenarnya tadi, berada di dalam bilik air setelah disimbah oleh Tirah, adiknya itu. Dia benar-benar terlupa. Dirinya kini seperti Paan yang telah berusia 24 tahun.
Mereka berdua makan bersama-sama di dapur. Paan mula selesa dengan Amy. Sewaktu dia sedang meneguk air, tiba-tiba akalnya membayangkan sesuatu. Sesuatu yang seolah-olah pernah berlaku. Yang pasti, dia pernah mengalami perkara yang dibayangkannya tadi. Dia mula tersedak kerana terkejut. Amy tergesa-gesa bangun lalu mengosok-gosok belakang Paan.
"Abang okey ke tak ni?" Amy masih lagi menggosok-gosok belakang suaminya itu. Paan yang terbatuk-batuk tadi segera meneguk air. Batuknya beransur elok.
"Abang okey, sayang." Paan seperti terkena kejutan elektrik sebaik sahaja perkataan "sayang" meluncur laju daripada bibirnya. Amy hanya mendiamkan diri. Paan mula tertunduk malu. Entahlah. Dia sendiri bingung.
Selesai mengisi perut mereka berdua, Amy mula mengemaskan meja. Paan yang tidak betah melihat Amy mengemas seorang diri terus membantu.
"Biar abang basuhkan pinggan" Paan mengambil pinggan daripada tangan Amy. Amy hanya menurut perintah. Amy membersihkan meja pula. Paan telah mula aktiviti membasuh pinggan.
Paan yang sedang sibuk memerhatikan album itu menjadi terkejut! Jantungnya mengepam oksigen dengan lebih pantas! Dia terkejut kerana dia disapa oleh seseorang. Entah dari mana datang makhluk tersebut.
"Paan, aku tau kau tengah keliru kan?" Seorang lelaki yang memakai Korean Collar Button Gray sedang bercakap dengan Paan. Paan menutup album itu. Dia memandang lelaki itu.
"Apa maksud kau keliru?" Lelaki itu hanya tersengeh. Dia mengalihkan rambutnya kerana rambutnya menutupi matanya.
"Kau keliru, macam mana kau boleh ada dekat sini kan?" Lelaki misteri itu berlegar-legar di dalam bilik tersebut.
"Ye. Memang aku keliru. Tapi kau ni siapa?" Bebola mata Paan bergerak mengikut langkah lelaki yang sedang berlegar-legar itu.
"Aku siapa? Okey. Disebabkan kau nak tahu, aku bagi tahu jelah." Lelaki itu mula mendekati Paan. Paan hanya berdiri statik. Menanti jawapan daripada lelaki itu.
" Aku Qai. Kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau." Lelaki yang memperkenalkan namanya sebagai Qai itu sambung aktiviti berlegar-legarnya. Paan mula berkerut dahinya. Dia semakin keliru.
"Paan, aku nak bagitahu kau satu benda. Sekarang ni kau di dalam demensi lain." Qai menghembus nafasnya dengan kasar sambil tersenyum poyo.
"Huh?" Mulut Paan ternganga. Dimensi? Apa ni? Dah macam Sains Fiksyen pulak.
"Tak payah lah buat muka terkejut babun pulak. Ish..." Paan yang baru tersedar, menutup mulutnya kembali. Qai hanya ketawa melihat gelagat Paan berfikir.
"Boleh kau explain pasal dimensi tu?" Paan membuat muka pelik. Qai mengeluh. Lah.. Tak faham rupanya.
"Baiklah. Aku malas nak explain pasal dimensi tu. Tak penting pun. yang penting sekarang ni. kau ialah Paan yang berusia 24 tahun. mempunyai seorang isteri yang sah, Amy. Rumah ni, rumah kau punya. Kereta kat luar tu pun kau punya. Tugas kau sekarang ni. Jaga Amy baik-baik." Sebaik sahaja Qai membebel panjang berjela, Qai terus berjalan keluar daripada bilik itu. Paan yang masih berfikir itu tidak sempat memanggil Qai. Dia mengejar Qai.
Apabila Paan melangkah keluar daripada bilik itu, serta merta Qai sudah hilang dari pandangan. Paan yang sedang bingung itu hanya mampu menggaru-garu kepalanya. Paan menghembus nafasnya dengan begitu berat. Kata-kata Qai terngiang-ngiang kembali.
'Jaga Amy? Isteri aku?' Kepala Paan kembali kusut. Dia segera melangkah keluar daripada rumah itu.
Akhirnya, dia menjerit "Fuyoo! Sport Car!"...
"Amy..."
"Hmm..Ye?" Amy berhenti menaip.
Walaupun Amy ini merupakan seorang doktor. Amy turut berniaga pakaian secara online. Mujurlah Paan membenarkan dia berniaga.
Memang minat Amy dalam dunia perniagaan pun. Cuma silapnya, Amy menurut permintaan abahnya yang ingin melihat dia menjadi doktor. Disebabkan itulah Amy bekorban untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran.
Berkat ketaatannya dalam menurut permintaan abahnya itu, dia berjaya juga menjadi seorang doktor. Dan Amy bersyukur, setelah dia berkahwin dengan Paan, Paan menyokong cita-citanya yang ingin menjadi seorang ahli periagaan. Walaupun dia hanya berniaga secara kecil-kecilan.
"Best ke hidup dengan saya?" Amy yang sedang leka membalas komen-komen pelanggannya terus berpaling memandang Paan. Hatinya mula menjadi curiga. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Paan. Paan cuba bertahan. Bertahan? Ye, bertahan.. Dia tengah tahan debaran. Dia berdebar kerana sepasang mata coklat Amy itu menyebabkan ada satu aliran panas mengalir dalam jiwa dia.
"Mestilah best. Kenapa abang pelik sangat hari ni, sayang?" Sekali lagi, jiwa Paan tersentap dengan perkataan "Sayang". Tersentap memanglah tersentap, tapi tersentap bahagialah.. Hehehe... Dia selesa dengan layanan Amy yang begitu menghormatinya. Serta merta dia teringat kata-kata Qai tentang "dimensi" itu.
"Tak ada apa lah sayang. Abang takut-takut sayang tak bahagia hidup dengan abang. Bagi abang, sayang adalah amanah Ilahi... Abang kena jaga elok-elok." Paan hanya memberikan senyuman. Entah bagaimana dia boleh berkata-kata sedemikian. Dia sendiri tak pernah terfikir nak keluarkan ayat macam tu. Dia terasa seperti dia benar-benar sudah dewasa.
"Abang..." Amy menggenggam tangan Paan. Jantung Amy pula berdegup kencang, entah mengapa dia berdebar sebegitu rupa. Bukannya diorang berdua baru bernikah, dah dekat setahun dah. Tapi, debaran hati dia tu macam orang baru bercinta.
"Amy bahagia sangat-sangat hidup dengan abang. Abang selalu bahagiakan Amy. Abang selalu faham Amy. Abang sabar layan kerenah Amy. Amy rasa beruntung dan beryukur kerana memilik seorang suami yang sangat baik dan jujur ni." Lalu tangan Paan dikucup. Tanda hormat kepada Paan yang merupakan suami kepada Amy. Walau setinggi mana pun pangkat seorang isteri itu di alam kerjaya, yang pasti, syurga di bawah tapak kaki suami. Jangan main-main.
"Abang cuma..." Belum sempat Paan menghabiskan kata-kata, Amy sudah terjelepuk mencium lantai. Amy pengsan. Paan mula panik. Dia menampar-nampar lembut pipi Amy. Amy tetap tidak bangun. Paan terus mengangkat Amy, lalu membawa Amy ke kereta.
Tetapi, Paan mengalami satu masalah. "Aduh! Mana pulak kunci kereta ni? Ish" Paan membawa masuk Amy ke dalam semula. Dia meletakkan Amy di atas sofa. Dia ke dapur untuk mengambil air. Paan segera mendapatkan Amy lalu membasahkan muka Amy. Dia berharap agar Amy kembali sedar. Dia semakin panik.
Setelah Paan membasahkan muka Amy, dia tetap tidak berputus asa, dia sedaya upaya mencari kunci kereta. Dia ke ruang tamu, habis diselongkar semua laci yang ada. Namun hampa tidak ketemu. Dia naik ke bilik pula, seperti tadi juga, dia masih menyelongkar. Tetap tidak ada.
Kemudian, dia turun semula ke tingkat bawah, dia menggaru-garu kepalanya, buntu memikirkan di mana letaknya kunci kereta. Dia berlari semuala untuk mendapatkan Amy. Namun belum sempat dia mendekati Amy, matanya terpandangkan sesuatu di atas sebuah meja kaca. Dia tersenyum puas. Dia mendapatkan kunci kereta itu. Lalu dia bergegas mengangkat Amy semula. Kesian Amy. Bisik hati Paan.
Nasib baik dia jumpa hospital. Dah lah pertama kali bawak kereta sport. Tak sangka dia hebat sebenarnya. Doktor memberitahu Paan bahawa Amy pengsan kerana tak cukup rehat. Paan berasa lega. Cuak betul tadi, dengan kunci kereta tak jumpa. Nasib tak ada apa-apa. Anak orang tu. Nanti nak jawab apa dekat parents Amy?
Tiba-tiba bahu Paan di tepuk dari belakang. Paan berpaling ke belakang. Terbeliak mata Paan.
'Lah dia lagi' Bisik hati Paan.
"Kenapa dengan ma...Err..Kenapa dengan Amy?" Qai menyoal Paan.
"Hmm... Dia pengsan tadi. Sebab terlalu letih." Muka Paan menjadi kelat. Sayu hatinya mengenangkan keadaan Amy.
"Pa...Err.. Paan... kau tak nak tau ke pasal dimensi tu?" Mata Paan kembali singgah ke muka tampan Qai. Bila diperhatikan muka Qai menyerupai seseorang.
"Dimensi? Owh. Malas lah nak tahu. Lagi pun kau yang suruh aku jaga Amy kan? Tapi betul ke aku suami dia? Aku hilang ingatan ke sebelum ni?" Tiba-tiba Paan terfikir. Mungkin juga dia hilang ingatan.
"Pa...Hmm...Paan, kau tak hilang ingatan pun. Macam aku cakap, kau berada dimensi lain. Disebabkan kau tak nak tahu pasal dimensi tu, aku cadangkan, kau jaga ajelah Amy elok-elok. Kau memang suami dia pun. Anggap jelah kau hilang ingatan sebelum ni." Sekali lagi Qai menepuk bahu Paan dan terus berlalu pergi. Paan yang baru sahaja mahu mencapai lengan Qai kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Qai, terkesima seketika. Serta merta Qai hilang daripada pandangan.
"Erk.. Okey.. Aku berada di dimensi lain. Fine" Paan mengeluh. Dia masih hairan. Macam mana lah dia boleh terbabas dalam "dimensi" bagai ni. Padahal dia mandi je. Tup..tup.. bukak je bilik air, dah ada dekat dunia lain. Dah macam cerita Narnia lah pulak. Erk, Narnia ada ke cerita macam ni? Ah..lantaklah. Bantai je. Hehe..
"Encik Paan." Paan berpusing memandang seorang lelaki yang berpakaian persis seorang doktor. Nanti dulu.. Bukan ke sekarang ni dia berada di hospital? Erk.. Memang doktorlah. Hehe... Paan mentertawakan diri sendiri. Boleh pulak dia blur time-time macam ni.
"Ye, saya Paan." Nasib baik sempat cover blur.
"Sebenarnya setelah kami periksa sekali lagi keadaan Puan Amy..." Doktor lelaki yang memakai spek jenama Ray-Ban ala-ala skema itu berhenti untuk mengambil nafas. Wajah Paan pula mula berkerut-kerut menanti ayat doktor tersebut disambung.
"Sebenarnya, Puan Amy mengandung. Tahniah Encik..." Doktor tersebut bersalaman dengan Paan. Paan kelihatan terkejut dicampur dengan perasaan blur. Doktor tersebut hanya tersenyum melihat reaksi Paan yang seakan-akan tidak percaya itu.
'Biasalah, orang gembira dapat zuriat. Aku? Hmm...Belum lagi nak dapat rezeki tu kut.' Bisik hati Doktor lelaki itu.
Paan hanya membalas senyuman doktor itu. Dalam hati tuhan saja yang tahu... Punyalah terkejut babun...
"Awak, hati-hati sikit.. Badan tu lemah lagi. Rehatlah. Biar abang buat semuanya." Paan memapah Amy. Amy tadi sedang membasuh pinggan. Tapi pinggan yang dia tengah basuh tadi terlepas daripada tangan. Jadi, Paan yang tengah cuci kereta tu, terdengar bunyi pinggan jatuh, jadi dia pun bergegas ke dapur. Amy hanya menurut perintah. Memang dia letih pun. Badan dia terasa lemah semacam.
Tanpa Paan sedar, akhirnya dia berjaya membiasakan diri dengan "dimensi" itu. Sudah hampir seminggu dia berada di situ. Paan malas hendak fikir tentang apa-apa yang berkaitan dengan realiti. Mungkin memang dia benar-benar hilang ingatan. Mungkin. Jadi, disebabkan itulah, Paan masih bertahan di "dimensi" itu.
(Bahagian1) -End-
6 comments:
wahhhh... die dh kluar~~~ aku x bce lg sbnrnye, sje nk jd 1st cmmnt person.. hhohoho... x bce lg tp msti best kan? hehehehe... nanti dh bace, aku cmmnt lagi... >_<
Hahaha.. :D ^^ TAHNIAH~! Krn menjadi org pertama yg komen di sini ^^
Takpe2... baca dulu.. Lepas baca.. Kau komen habis2.. Kasi tau kekurangan.. (Jujur tau) ^^
Ok, dh bace... bestt.. cptlah lahirkan part2 nyer.. kepeningan sikit.. tp best.. n cter Narnia tu dia msk dimensi lain ikut almari.. >_< hehehehe..
Paan klkr~ Satu family dia sempoi... hohohoho..
Hahaha... Sbnarnya Part Narnia tu.. Aku tiba2 teringat kat Aslam.. tu yg aku masukkan skali.. Sbnrnya kebetulan je.. Hahah.. Okey2.. Aku cuba siapkan ..... *Mmg aku berharap agar pembaca pening.. hehe.. saja kasi gempak ^^
ok..plot n jln criter yg menarik.. (sme jew kew plot n jln criter? xingt da)
huhuhuhuhuhu
ok..nk comment hot n spicy...
bg aq la...bg aq eh..
bahasa yg ko gne..mcm kasar...
ok 2 jew...
yg laen ok :D
hahahahhhhaah
Kasar yg macam mana eh? :D
Post a Comment