Wednesday, 13 February 2013

Mahirah(cerpen) ~MenulisBersamaDia~


                 
Gambar yg ada.. gambar hiasan je~~~

________________________________________
  Mahirah(cerpen)               ~[MenulisBersamaDia]~  
     Oleh: LiyanaIrah @ Larkspurpetak  

TILU> Ku Bukan Aku  

_______________________________________________________________________________

"Eh!" Dia terkejut melihat wajah perempuan itu. Tanpa dia sedari dia sedang mengekori perempuan itu.

"Kenapa dia ikut aku ni?" Perempuan itu menjadi gelisah. Sudahlah lelaki itu sejak tadi tidak sudah memerhatikan dirinya.

'Lebih baik aku siasat dulu siapa dia.' Bisik hati lelaki itu. Dia berhenti mengekori perempuan dia. Dia segera membelok ke kiri.

'Eh? Dia tak ikut aku rupanya.' Perasan betul aku ni. Perempuan itu mentertawakan diri sendiri.



“Mahirah! Mana kerja rumah yang saya minta semalam?” Puan Nazurah menengking. Sakit juga hatinya kali ini. Sudah lama dia bersabar dengan anak muda yang berada di hadapannya.

Mahirah hanya mendiamkan diri. Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Seperti biasa, Mahirah akan keluar daripada kelas apabila dia dimarahi oleh mana-mana gurunya. Er, sebenarnya tak lah biasa sangat, tahun ni je dia buat perangai. Rakan-rakan yang lain hanya mengeluh. Mana tidaknya, pasti mereka pula yang akan menjadi mangsa.

“Murid-murid! Macam ini ke caranya kamu menghormati guru? Langsung tidak boleh ditegur!” Puan Nazurah menghempas buku yang ada di tangan. Sakti hatinya ketika itu. Nama sahaja perempuan tetapi biadap! Jerit hati Puan Nazurah. Belum pernah dia semarah itu. Selama ini dia sentiasa bertolak ansur. Nampaknya, tugas mendidik ini tidak semudah yang disangka.

Tiba-tiba Puan Nazurah teringat sesuatu yang menjadi penguat kepada dirinya selama dia bergelar pendidik. Iaitu…

Sabda Nabi SAW mafhumnya."Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

"Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib) (Sumber: gummybear-cetusanhati.blogspot.com) 

Puan Nazurah keluar daripada kelas sambil beristighfar. Dia sedikit tenang. Malas hendak memarahi anak muridnya yang lain. Lagipun, mereka tidak bersalah.

“Weah, kenapa Mahirah tu suka menyusahkan orang lain? Geram betul aku!” Rifa menyatakan ketidakpuaan hatinya. Kelas bising dengan suara mereka yang bengang dengan sikap Mahirah. Mahirah semakin berubah.


Mahirah menghalakan langkahnya ke padang. Serabut memikirkan masalah yang dihadapi. Sedikit sebanyak perasaan bersalah melanda jiwanya.

Dia melabuhkan punggungnya di atas batu yang terletak di hujung padang. Di sebelah batu itu terletaknya sebatang pokok yang rendang.

Kotak rokok Dunhill dikeluarkan. Isinya diambil.

Jangan salah faham, di dalam kotak tersebut bukanlah rokok. Tetapi mp3 milik Mahirah. Kenapa simpan dalam kotak rokok?

Mahirah menyimpan di dalam kotak rokok tersebut kerana itu adalah strategi untuk tidak terkantoi membawa mp3. Macam mana?

Sebulan yang lalu…

“Apa nak jadi dengan awak ni? Dah lah kerap keluar kelas. Bawa pula rokok!” guru disiplin memarahi Mahirah. Tanpa sebarang keraguan, guru disiplin itu terus mencampakkan kotak rokok itu ke dalam tong sampah.

Mahirah ditahan. Dia turut didenda. Walaupun telah dirotan, Mahirah seakan-akan tidak makan saman. Kena rotan, apalah sangat.

Setelah dia dilepaskan. Mahirah kembali semula ke tong sampah yang di dalamnya terdapat kotak rokok yang telah dibuang sebentar tadi oleh guru disiplinnya. Sungguh dia sudah agak dengan tindakan guru disiplinnya itu.

Setiap kali guru disiplin itu terjumpa kotak rokok yang dibawa oleh sesetengah pelajar, pasti dia tidak teragak-agak untuk terus membuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Sedangkan, sepatutnya, barang tersebut perlu di simpan sebagai barang bukti. Mahirah tahu mengapa guru disiplinnya itu melakukan sedemikian. Hal ini kerana guru disiplinnya terlalu benci dengan rokok. Disebabkan rokok, suaminya meninggal dunia 4 tahun yang lalu.

Sebab itu lah menurut pandangan Islam, menghisap rokok diharamkan kerana padanya terdapat kemudaratan.

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: “Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Faktanya rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg Nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya, kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.  (Sumber: www.e-fatwa.gov.my) 

Mahirah menghidupkan mp3-nya. Dia menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT.
Aku  terpaksa berpura-pura menjadi pelajar yang bermasalah. Semuanya kerana….

“Huh! Kat sini rupanya kau ye Mahirah!” Syarif menyergah Mahirah yang sedang leka. Selepas Mahirah keluar daripada kelas tadi, Syarif sudah tahu ke mana hala tuju Mahirah. Syarif juga merupakan sahabat baik kepada Mahirah. ‘Ya, sahabat baik Mahirah!’ Bisik hati kecil gadis itu.

“Kau ke bro. Aku ingat siapa tadi.” Mahirah megeluh. Terkejut babun dibuatnya. Bertuah punya member.

“Kau nih. Dah-dah lah tu mogoknya. Tolonglah jadi macam ta…” Belum sempat Syarif menghabiskan kata-katanya, Mahirah sudah mengangkat kaki untuk beredar dari situ. Malas hendak melayan.

“Pulak. Nak ke mana? Aku belum habis cakap.” Syarif mengekori Mahirah.

“Tolong biarkan aku sorang-sorang bro. Please.” Mahirah cuba untuk senyum. Pada hakikatnya senyumannya tawar tanpa sebarang keikhlasan.

Syarif hanya mengangguk. Dia agak terkilan dengan sikap Mahirah yang sejak akhir-akhir ini seperti orang lain. Seseorang yang dia tidak pernah kenal dahulu.

Pada pandangan Syarif, Mahirah berubah selepas kejadian 4 bulan yang lalu.



4 bulan yang lalu…

“Apa?! Kemalangan?! Astaghfirullahaladzim.” Datin Khairunnisa beristighfar panjang. Air mata merembes keluar. Suaranya tersekat-sekat. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh anak lelakinya, Ridzwan. Ridzwan juga terkejut. Dia langsung tidak menyangka ayah dan adik perempuannya ditimpa musibah.

Ridzwan cuba untuk menenangkan ibunya. Ya! Dia perlu menenangkan ibunya kerana masih ada satu lagi berita yang sangat mengejutkan. Barangkali, ibunya akan jatuh sakit seperti dahulu. Cukuplah ibunya merana seperti dahulu.

Ridzwan tidak putus-putus berdoa kepada Yang Esa. Memohon kekuatan dengan semua ujian ini. Dia yakin ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Dia sangat yakin.

"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim) (Sumber: www.iluvislam.com)




"Munirah! Tu ada pelanggan nun ha..." Encik Badrol memanggil Munirah yang sedang menyimpan barang di stor.

"Ya saya!" Munirah segera bergegas menemui pelanggannya. Kunci kereta diambil. Pelanggan tersebut menghilangkan diri. Munirah memulakan kerjanya. 

"Munirah, kenapa sekarang kau kerja petang je? Pagi kau dah tak mai. Kenapa?" Ezat menyoal. Sudah lama dia ingin bertanya. Hampir dua bulan Munirah tidak datang kerja di waktu pagi. Bosan juga dia bekerja seorang diri. Huhu.. Nak harapkan Nizam, hmm.. tinggal harapan je lah.

"Owh, pagi aku ada hal. Sebab tu aku tak amik kerja full time." Munirah menjawab.Munirah sedikit tersentap dengan soalan Ezat.

"Tapi takkan setiap pagi ada hal kut? Dah dua bulan kau tak kerja full time. Bos tak marah ke?" Ezat masih bertanya sambil mengelap cermin kereta pelanggannya dengan kain. Munirah pula sedang menyembur air pada  kereta di sebelah kereta pelanggan Ezat.

Munirah hanya tersenyum. Dia menggeleng. Ezat hanya mengangkat bahu yang memberi rmaksud 'Okey, fine.'


"Munirah! Munirah! Jangan lari!" lelaki itu memanggil. Munirah berlari dengan laju. Tidak mahu tertangkap dengan lelaki itu. Munirah membelok ke sebuah lorong yang gelap. Tiba-tiba dia terjatuh. Buk!

"Argh!" Munirah terjaga daripada tidurnya. 'Lah mimpi rupanya'. Munirah mengeluh. Dia masih belum dapat melupakan kesilapannya dalam mebuat keputusan sebegitu. Ya! Keputusan yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia terpaksa bertahan demi seseorang. Seseorang yang telah berjaya menimbulkan rasa sayang di dalam hatinya. Dia rasa disayangi.

"Munirah, cepat siap. Nanti tertinggal bas." Ridzwan mengejutkan Munirah. Munirah hanya mengangguk.

Dia menghidupkan radio. Lagu mula memekakkan telinga. Munirah mencapai tuala. Dia melangkah ke bilik air.

"Mahirah, jom sarapan. Mama masak nasi goreng lauk ayam masak merah." Datin Khairunnisa menuangkan air untuk anak-anaknya.

"Amboi mama. Rajin betul masak ayam masak merah. Tiba-tiba berselera pula!" Abang Ridzwan bersuara ceria. Gadis itu pula hanya tersenyum kelat. Masih belum dapat membiasakan diri.



"Assalamualaikum cikgu." Mahirah berdiri kaku di hadapan gurunya, Puan Nazurah. 

"Waalaikumusalam." Puan Nazurah memberikan senyuman. Seboleh-boleh dia cuba untuk ikhlas.

"Err... Saya nak minta maaf tentang hari itu. Ini dia semua kerja-kerja yang tertangguh dan kerja rumah yang cikgu beri tadi. Saya dah siapkan semuanya." Mahirah menyerahkan kesemua kerja rumah yang sebelum ini dia langsung tidak usik. Tetapi apabila dia memikirkan tindakannya yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar dia terus menyiapkan kesemuanya. Bukan sahaja kerja-kerja yang dibekalkan oleh Puan Nazurah, malah kerja-kerja daripada guru-guru yang lain dia turut siapkan. Kini dia menjadi lega kerana rata-rata gurunya memafkannya. Yang pasti, ceramah daripada gurunya tetap ada! Tak apa, janji dia mahu berubah.

Antara nasihat yang diterima oleh Mahirah ialah "Baguslah kalau awak nak berubah. Saya harap awak tak hangat-hangat tahi ayam. Hormat guru awak. Awak kena ingat tanggungjawab awak sebagai seorang pelajar. Jangan terlalu ego dan sombong dengan kepandaian yang awak miliki. Nanti akan memakan diri."

Ouch! Makan dalam betul nasihat cikgu tu. Mahirah hanya tersenyum.

Semuanya sudah selesai. Misi pertama dah settle~! Misi seterusnya. Agak susah. Hmm.. Mahirah mengeluh berat.

"Munirah! Awak kena tolong saya!" Lelaki itu merayu. Aik. Lelaki merayu dekat perempuan? Apa kes?

"Apa kaitan saya dengan keluarga awak?!" Munirah menengking. Bengang. Sudahlah dia sakit kaki kerana terjatuh akibat tersangkut pada tali semasa berlari tadi. Lepas tu, mamat sengal ni sibuk dengan "tolong" dia. Rimaslah!

"Memang ada kaitan!" Lelaki itu menjerit. Dia mencari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. Matanya tidak lepas daripada memandang Munirah.

"Mana buktinya, huh?!" Munirah membalas. Dalam masa yang sama dia cuba mencari helah untuk melepaskan diri. 

"Ini buktinya!" Lelaki itu menunjukkan sekeping gambar. Gambar seorang gadis. Munirah tergamam.

"Aik menung jauh nampak." Munirah tersedar ke alam nyata. Ridzwan membawa secawan Nescafe untuk Munirah.

"Eh mana ada." Munirah mengambil cawan tersebut lalu meneguk air Nescafe kegemarannya itu.

"Ingat pakwe lah tu." Ridzwan mengusik. 

Munirah menarik nafas berat. Lalu mengeluh. Ridzwan perasan dengan perubahan air muka Munirah.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?" Ridzwan menyoal.

"Dik, sampai bila akak kena berlakon?" Kali ini Ridzwan pula mengeluh. Kadang-kadang kasihan jugak dia melihat keadaan Munirah.

"Sampai adik yakin yang mama akan okey." Munirah memandang Ridzwan. Ridzwan tersentap dengan panahan mata Munirah yang seakan-akan menahan amarah.

"Akak dah tak tahan dah!" Bergetar suara Munirah menahan marah. Dia sudah letih berpura-pura.

"Akak, tolong bersa..." Belum sempat Ridzwan menghabiskan kata-katanya. Datin Khairunnisa sudah muncul di ruang tamu, tempat Ridzwan dan Munirah berbual.

"Eh, anak-anak mama dekat sini rupanya." Datin Khairunnisa melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu.

"Mama nak air?" Mahirah menyoal. Datin Khairunnisa mengangukkan kepala.  Mahirah terus ke dapur.

"Cikgu, tolong saya ye cikgu. Tolonglah. Saya takut penyakit mak saya datang balik. Saya janji semua ni sementara je. Tolong ye cikgu. Saya sanggup tanggung risiko." Ridzwan merayu kepada pengetua sekolahnya. Ridzwan memang baik dengan pengetuanya itu.

"Baiklah, saya cuba tolong. Tapi tak boleh lama-lama. Nanti kantoi. Saya kasi 6 bulan sahaja. Sebelum exam pertengahan tahun. Faham?" Puan Aisyah memberi kata putus. Kasihan juga melihat anak muda ini. Lagipun, Ridzwan sudah banyak menabur jasa terhadap sekolah. Sejak daripada dia di bangku sekolah sehinggalah dia sudah bekerjaya. Mujurlah Ridzwan masih menghargai. Disebabkan Ridzwan sekolah mereka mendapat status sekolah kluster. Macam mana? Bacalah majalah sekolah tahun 2001. Tahun itu Ridzwan baru berusia 17 tahun. Bayangkanlah berapa lama Ridzwan menabur jasa sehinggalah sekarang 2013. Lama tu.

"Terima kasih cikgu. terima kasih." Ridzwan begitu gembira dan teruja. Alhamdulillah. Satu masalah dah selesai. 


"Apa?! Sekolah? Kau buang tebiat ke? Umur aku dah berapa? Aduh!" Munirah mengeluh. Biar betul budak ni nak suruh aku sekolah balik? Mentang-mentang lah aku bersaiz kecil. Sesuka hati dia je nak suruh aku berlakon jadi budak sekolah. Ugh!

"Tapi kau dah janjikan? Tolonglah aku. Pleaseeeeee..." Ridzwan terus memujuk a.l.d.s mendesak. [[a.l.d.s-atau lebih dikenali sebagai]] 

Munirah berfikir sejenak. Kalau tak tolong nanti dikira mungkir janji. Lagi satu, kesian pun ye. Aduh. Delima sungguh. Inilah dia, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... hmm... susah susah.

"Yelah, yelah. Aku tolong ni pun sebab kau dah bayar semua hutang-hutang aku dengan samseng tu. Terima kasih sekali lagi. So, tak kantoi ke kalau aku berlakon?" Munirah menerima permintaan Ridzwan. Hakikatnya, dia masih keberatan. Macam tak masuk akal betullah dia kena pergi sekolah lagi sekali di usia tua ini. Huhuh... Oh ya, Munirah tua 2 tahun daripada Ridzwan. So, kiranya umur Munirah dah berusia 28 tahun. Tuanya. Belum kahwin lagi. huhuhu... Sedih~

"Akak. Jangan risau, Wan dah pasang orang dalam." Ridzwan mengenyitkan matanya tanda semuanya okey!

"Kalau tidak megenangkan jasa kau. Tak kuasa den nak nolongnya." Munirah ketawa. Ridzwan hanya tersenyum. Lega. Masalah kedua selesai. Masalah seterusnya, mencari kekuatan. Ya. Kekuatan yang sukar diterima. Berat, berat. Huh... Harap-harap dia mampu.

"Mengelamun apa tu Wan?" Datin Khairunnisa memandang pelik. Sudah 4 kali dia memanggil Ridzwan tetapi tiada sebarang respons.

Ridzwan tersedar daripada lamunan. Dia masih teringat lagi macam mana dia boleh merancang idea sebegitu rupa. Kesian kakak Munirah. Sorry kak. Tak lama lagi akak bebas. Sikit je lagi. Huhuh...

"Tak ada apalah ma. Cuma risau sikit pasal pembentangan esok." Ridzwan membuat helah. Gila nak jujur. Belum masanya.

"Owh, janganlah bimbang sangat. Anak mama kan dah biasa. Tak payah takutlah. Semuanya akan okey nanti. In Sya Allah." Puan Khairunnisa memberikan senyuman. Bukankah senyum itu sedekah.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).  (Sumber: www.iluvislam.com)


"Err, Mahirah." Syarif menggaru-garu kepala. Dia buntu. Macam mana nak tanya eh? Nanti kena marah. Eh! Yang aku ni penakut sangat ni kenapa?

Mahirah memandang Syarif sambil mengunyah burger Ramly. Syarif tiba-tiba terkedu. Tidak jadi hendak bertanya. Risau kena marah. 

"Err, tak ada apa-apa lah. Aku pergi library dulu lah. Assalamualaikum." Syarif terus memanjangkan langkahnya menuju ke library. Tak payahlah tanya masalah orang. 'Sejak bila aku busy body ni?"

"Pelik." Mahirah sambung makan. Betullah cakap Ridzwan. Aku obsesi burger Ramly. Sedapnya!


"Wan. Mama tengok Mahirah tu macam dah berubah. Tak seceria dulu. Dia ada masalah ke, Wan? Risau mama." Datin Khairunnisa mengurut-urut dadanya. Ridzwan pula terkedu. Terkejut dengan pertanyaan ibunya. 'Masak aku.'

"Ye ke mama? Wan tengok dia biasa-biasa je." Ridzwan menyambung membaca surat khabar. Tipu, dia bukan baca pun, dia tengok gambar je.

"Macam ye. Kamu tengok-tengokkan adik kamu tu. Takut pula mama." Puan Khairunnisa berwajah risau.

"Yelah mama. Mama jangan risau. Adik tak ada masalah pun. Pandailah dia jaga diri." Ridzwan menghadiahkan senyuman. 'Bila aku nak bagi tau mama ni?' Dia menyoal dirinya sendiri. Dah dekat 4 bulan dah ni. 2 bulan depan Munirah dah tak boleh sekolah dekat situ lagi. 'Masalah..masalah.'

"Yelah. Yelah." Datin Khairunnisa melangkah ke dapur. Pada masa yang sama Mahirah sedang mengacau air. Di sebelah cawannya ada sebuah buku bewarna hitam. Macam diary je.

"Mahirah buat air apa?" Datin Khairunnisa menyapa anak perempuannya.

"Air Nescafe, mama. Mama nak?" Mahirah mengukir senyuman. 

"Takpe lah. Mama dah minum." Datin Khairunisa mencapai pinggan. Mahirah sudah melangkah ke bilik. Tetapi dia tertinggal buku hitamnya.

Datin Khairunnisa mencapai buku hitam itu. Ada satu tarikan yang membuatkan dia ingin membuka buku itu. Walaupun dia yakin, buku itu ialah buku diary milik anaknya.

"Mama!" Mahirah muncul di depan dapur. Buku itu terlepas daripada tangan Datin Khairunnisa. Berselerak gambar yang terdapat di dalamnya. Mereka berdua tekejut. Mahirah segera mengemas gambar-gambar yang berselrak itu. Tetapi dihalang oleh Datin Khairunnisa. Menitis air matanya. Munirah terkedu. 'Kenapa ni?'

"Wan, apa semua ni? Mahirah! Mana kamu jumpa gambar ni?!" Datin Khairunnisa naik berang. Kenangan lalu bermain di dalam fikiran.

'Nampaknya, sekaranglah masanya.' Ridzwan berbisik di dalam hatinya. 'Alamak kantoi lah pula.' Munirah menjadi  serba salah dengan Ridzwan. Ridzwan hanya mengeluh. Dia memandang Munirah. Cuba untuk mendapatkan kekuatan.

"Mama..." Datin Khairunnisa masih menitiskan air matanya. Dia memandang Ridzwan.  Kemudian di berpaling memandang Munirah.

"Anak ni Munirah kan?" Datin Khairunnisa menanti penuh debaran. Dia menanti jawapan daripada 'Mahirah'. Ridzwan terpempan apabila ibunya mengetahui nama sebenar Munirah. Dia pula menjadi bingung. Dia sangka ibunya menangis kerana mengetahui rahsia terbesarnya. Kemudian dia berfikir lagi. 'Kenapa dengan gambar tu?'

Munirah memandang Ridzwan. Dia ingin mendapatkan kepastian, adakah dia pelu berterus terang? Ridzwan mengangguk. Kemudian Munirah mengangguk. Semakin laju air mata Datin Khairunnisa mengalir. Dia juga keliru dengan perasaannya ketika itu.

Tiba-tiba, Datin Khairunnisa teringat kejadian sewaktu Ridzwan menyampaikan berita kemalangan arwah suaminya. Dia menjadi keliru. 'Kalau ini Munirah. Mana Mahirah?' Wajahnya bertukar pucat. Dia mengingati kembali, barulah dia sedar, Ridzwan ada menyatakan bahawa dia telah pengsan selama 9 hari, boleh juga dikatakan seperti koma. Doktor memberitahu bahawa, keadaan Datin Khairunnisa ketika itu, seolah-olah tidak mahu meneruskan kehidupannya. 



“Apa?! Kemalangan?! Astaghfirullahaladzim.” Datin Khairunnisa beristighfar panjang. Air mata merembes keluar. Suaranya tersekat-sekat. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh anak lelakinya, Ridzwan. Ridzwan juga terkejut. Dia langsung tidak menyangka ayah dan adik perempuannya ditimpa musibah.

Ridzwan cuba untuk menenangkan ibunya. Ya! Dia perlu menenangkan ibunya kerana masih ada satu lagi berita yang sangat mengejutkan. Barangkali, ibunya akan jatuh sakit seperti dahulu. Cukuplah ibunya merana seperti dahulu.

Ridzwan tidak putus-putus berdoa kepada Yang Esa. Memohon kekuatan dengan semua ujian ini. Dia yakin ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Dia sangat yakin.

Tiba-tiba! Datin Khairunnisa jatuh terjelepok ke lantai. Ridzwan menjadi panik. 'Ah! Betul tekaan ku'. Ridwan lantas mendukung ibunya. Dia menuju ke hospital.

Doktor menyatakan bahawa ibunya menghidap koma. Sungguh! Ridzwan terlalu terkejut. Dia bimbang sekiranya ibunya benar-benar tidak mahu meneruskan hidup. Kemudian Ridzwan bergegas ke hospital Serdang. Masih ada yang belum diselesaikan. Pengurusan jenazah ayahnya yang bernama Arif, dan adik perempuannya, Mahirah.

Selesai pengurusan jenazah. Ridzwan bergegas pula melawat ibunya. Ibunya masih belum sedar. Hari ini merupakan hari kedua ibunya tidak menyedarkan diri. Terasa berat beban yang ditanggung. Namun dia redha. Baginya, ini merupakan ujian daripada Allah SWT agar dia sentiasa mendekatkan diri kepada yang Esa.

Selang beberapa hari, ibunya masih juga tidak menyedarkan diri. Dia melepaskan keluhan yang berat. Selepas menjenguk ibunya, dia mengorak langkah pergi ke sebuah kedai makan. Walaupun, pada ketika itu dia langsung tiada selera untuk menjamah sebarang makanan.

Pada ketika itulah, matanya terpandangkan seseorang. Seseorang yang memiliki wajah yang sangat dia kenali sebelum ini. Dia mengelengkan kepala. Dia fikir dia hanya berhalusinasi. Dia beristighfar.

"Bang, mee goreng mamak yang saya pesan tadi dah siap?" Perempuan itu sudah berdiri di hadapan kaunter untuk mengambil makanan yang dipesan.

"Nah. RM 3.50" Not hijau itu diserahkan kepada peniaga itu. Baki diambil. Plastik merah berisi mee goreng mamak bertukar tangan. Munirah berjalan keluar dari kedai.

Ridzwan yang masih belum dapat mempercayai apa yang dilihatnya sebentar tadi sedang mengekori Munirah. Munirah belum menyedari perbuatan Ridzwan itu. Dia leka dengan aroma mee goreng mamak yang dia beli tadi. Mana tak, malam tadi pun tak makan apa-apa. Lapar-lapar...

Kemudian Munirah terpandang cermin kereta seseorang, ketika itu barulah Munirah menyedari bahawa dia sedang diekori oleh seseorang. Munirah menjadi panik. Namun, sedaya upaya dia cuba untuk berlagak tenang.

Ridzwan yang sedang leka mengekori Munirah tersedar bahawa Munirah menyedari perbuatannya. Dia langsung membelok ke kiri. 'Lebih baik aku siasat dulu siapa dia.' Ridzwan berkira-kira di dalam hati. ia tekad untuk mengetahui siapa perempuan itu. Ini kerana dia ada satu rancangan yang bernas.

Ridzwan, Munirah dan Datin Khairunnisa sedang duduk berkumpul di ruang tamu. Datin Khairunnisa sudah  reda. Ridzwan sudah menceritakan siapa Munirah yang sebenarnya.

"Mama, sebenarnya, dia ni Munirah. Wan rasa serba salah nak bagi tahu mama sebenarnya, sebab Wan tahu mama mesti sedih. Wan buat ni sebab..." kata-kata Ridzwan dipotong oleh Datin Khairunnisa.

"Wan, mana Mahirah?" Datin Khairunnisa menyoal. Debaran di dalam hati semakin kuat. Seboleh-boleh dia tidak mahu menangis. Dia perlu tabah.

Ridzwan terkedu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus dengan kuat. Berat! Ridzwan menelan liur. 'Bismillahirranhmanirrahim.'

"Mama, Wan harap mama bersabar ye mama. Wan janji tak ada rahsia lagi. Sebenarnya..." Ridzwan memandang Munirah yang hanya diam membisu.

"Sebenarnya, Mahirah meninggal dunia dengan papa masa kemalangan tu. Wan memang nak kasi tahu dekat mama. Cuma Wan ragu-ragu sebab mama pernah mengalami tekanan perasaan dulu. Tapi, masa Wan cuba nak kasi tahu hari tu, mama pengsan. Wan tak sempat nak kasi tahu. Masa tu Wan keliru. Wan tak tahu nak kasi tau macam mana kat mama. Wan tahu mama sayang sangat dengan Munirah. Wan terkejut sebab doktor kata mama koma." Ridzwan berhenti sejenak. Dia mula dapat bekata-kata dengan yakin. Kekuatan itu datang sendiri.

Dia menyambung lagi. "Pada hari kedua mama koma, Wan pergi keluar nak cari makan. Masa tu Wan ternampak Munirah. Wan terkejut masa tu. Wan ingat Wan berhalusinasi je. Rupa-rupanya tidak. Jadi masa tu Wan dapat akal untuk minta bantuan Munirah bagi berpura-pura menjadi Mahirah. Wan terfikir sebegitu sebab Wan nak mama teruskan hidup." Ridzwan terlihat ibunya menagis kembali.

"Wan..." Datin Khairunnisa menggenggam tangan Ridzwan. Matanya semakin berkaca. Ridzwan memandang tepat ke mata mamanya.

"Ye mama?" Ridzwan bertanya. 

"Wan, sebenarnya... Munirah ni kakak kamu." Ketika itu, Munirah dan Ridzwan tergamam. Mereka saling berpandangan. 'Tak mungkin.' Mereka tidak percaya.

"Apa yang mama merepek ni?" Ridzwan masih terkejut.

"Wan, kalau Wan nak tahu, sebelum mama kahwin dengan papa Wan, mama pernah berkahwin dengan papa Munirah. Lelaki yang ada dalam gambar tu." Ridzwan mencapai diari Munirah, dia masih belum melihat gambar yang dimaksudkan mamanya. Dia terkejut. Tidak pernah terfikir dek akalnya. Sungguh, lelaki yang merupakan bapa kepada Munirah itu memiliki wajah yang seiras dengan papanya. Dia melihat lagi gambar yang lain. Munirah semakin keliru. Bingung.

"Kenapa dik? Akak tak faham? Kita adik beradik? Apa ni?" Bertalu-talu soalan Munirah. Dia semakin pening mndengar kata-kata Datin Khairunnisa dan melihat reaksi Ridzwan.

"Munirah, ni mama. Mak kamu." Datin Khairunnisa memeluk erat Munirah. Ridzwan meraup wajahnya. Tak sangka, semua ni tak masuk akal.

"Mama, mama... cuba mama ceritakan semua ni. Wan tak faham!" Ridzwan menggoncang bahu ibunya. Datin Khairunnisa pula yang mengeluh. Dia mengelap air matanya.

"Baiklah mama cerita. Jom ikut mama." Datin Khairunnisa menarik tangan kedua-dua anaknya itu. Perasaannya ketika itu bercampur aduk, gembira dan sedih. Gembira kerana doanya untuk bertemu dengan anak perempuannya tercapai. Dan sedih kerana Mahirah telah pergi meninggalkan dirinya. Namun dia redha. Dia semakin kuat menghadapi dugaan Ilahi.

Mereka menuju ke kamar yang penuh dengan buku. "Kenapa mama bawa kami ke sini?" Ridzwan tidak sabar untuk megetahui cerita mamanya.

Datin Khairunnisa mengambil sebentuk kunci lalu membuka sebuah kotak. Munirah dan Ridzwan hanya memerhati. Pada ketika itu, Munirah terpandangkan sebuah potret. Potret itu merupakan wajah seorang lelaki yang dia rindui selama ini. Iaitu ayahnya! 

Barulah Munirah mengerti. Kemudian dia terfikir, apakah Datin Khairunnisa merupakan ibu yang dia cari selama ini? Walaupun dia tidak sempat mengenali ayahnya, tetapi dia mendapat tahu bahawa ayahnya menceraikan ibunya semasa dia berusia setahun. Setelah itu, bapanya meninggal dunia akibat kemalangan. Mujurlah Mak Cik Noni ada untuk menjaganya. Mak ik Noni lah yang selalu menceritakan perihal ayahnya dan ibunya. Mak Cik Nonilah yang menyerahkan kesemua gambar itu. Baru dia mengerti, siapa 'ibu'nya kini.

"Ini dia album gambar mama dengan ayah Munirah." Datin Khairunnisa menarik tangan Munirah untuk menunjukkan gambar-gambar yang terdapat di dalam album itu. Ridzwan turut ikut serta melihat-lihat album itu.

Datin Khairunnisa memulakan cerita...

"Mama kahwin dengan papa Munirah 3 tahun sebelum mama kahwin dengan papa Ridzwan. Sebenarnya, papa Munirah dengan papa Ridzwan adalah adik kembar yang terpisah. Masa mama kahwin dengan papa Munirah, selepas setahun mama melahirkan Munirah, masa tu lah papa menceraikan mama. Mama dapat tahu punca papa ceraikan mama sebab papa sakit. Papa bawa lari Munirah. Dia kata, dia nak jaga Munirah sebab dia takut dia rindu mama. Masa tu mama marah sangat dengan papa Munirah sebab buat keputusan tak masuk akal."

"Tak lama lepas tu, mama dapat tahu yang papa Munirah kemalangan. Mama cuba cari Munirah tapi tak jumpa. Mama cuma tahu yang Munirah sihat dan selamat. Itupun kakak angkat papa, Noni yang bagitahu. Noni cakap, papa ada kembar yang terpisah. Tak lama kemudian, mama jumpa papa Ridzwan. Papa Ridzwan memang dah tahu siapa papa Munirah. Papa Wan kata, dia nak jaga mama. Dia nak ganti papa Munirah. Mama tak tahu macam mana mama boleh terima papa Wan. Mungkin sebab mama sayang sangat dengan papa Munirah." Dia berhenti bercerita. Munirah mencelah.

"Datin, sebenarnya selama ni saya tinggal dengan mak Cik Noni. Mak Cik Noni dah meninggal dunia tiga tahun yang lepas." Datin Khairunnisa hanya mendengar. Baru dia tahu bahawa selama ini anaknya ada dengan sahabat baiknya itu. 

"Mama, maksudnya kami ni adik-beradik seibu lah ni?" Ridzwan menyoal. Datin Khairunnisa hanya mengangguk.

"Tapi mama, macam tak masuk akal je. Mama kahwin dengan papa Munirah dan papa Wan. Macam mana boleh dapat anak yang serupa ni?" Ridzwan terfikir. Macam cerita dongeng je.

"Wan... itu semua kuasa Allah SWT. Mungkin ada hikmah kenapa muka Munirah dengan Mahirah sama walaupun berlainan bapa. Tak mustahil Wan." Datin Khairunnisa tersenyum.

Ridzwan beristighfar dan memuji kebesaran Allah SWT. 'Ye, tak mustahil.' Munirah pula hanya mendiamkan diri. Hakikatnya, dia sangat gembira kerana akhirnya dia bertemu dengan ibu kandungnya. Secara tiba-tiba, dia memeluk Datin Khairunnisa. Dia mengucap syukur.

Mereka berpelukan. Tidak menyangka pertemuan ini merupakan pertemuaan yang merungkaikan semua rahsia. Mereka bersama-sama berjanji untuk memulakan hidup baru. Kenangan dulu hanyalah tinggal kenangan. Hidup perlu diteruskan.

Akhirnya, Mahirah memiliki sebuah keluarga yang sebenar. Dia tidak bersendirian lagi. Rupa-rupanya, keputusan dia yang mahu membantu Ridzwan dulu bukanlah keputusan yang teruk. Tetapi keputusan itulah yang menyebabkan dia mengetahui siapa ibunya yang sebenar yang selalu diceritakan oleh Mak ik Noni.

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Munirah kini cuba mebiasakan diri dengan keluarganya ini. Tiada lagi penipuan dan kepura-puraan. Semua 'rakan-rakan sekolahnya' telah mengetahui siapa 'Mahirah'. Mereka telah tahu bahawa Mahirah telah lama pergi. Rupa-rupanya selama ini, 'Mahirah' yang selalu buat kacau di dalam kelas mereka bukanlah Mahirah yang sebenar. Tetapi adalah kakak Mahirah iaitu Munirah. 

Syarif pula sedih kerana sahabat baiknya Mahirah telah lama pergi. Namun kesedihannya hanyalah sementara. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang dia mampu lakukan hanyalah melawat pusara Mahirah dan menghadiahkan Al-Fatihah. Betullah, Syarif memang sahabat sejati Mahirah. Sebenarnya, selama ini, Syarif mencintai Mahirah.

The End. ^^


*********************************************************************************
=.='' Aku tau lah citer ni tak best Lantaklah. Janji siap~ Kuang, kuang, kuang.. hehehe ^^
PNW~! Peace No War ^^ Nah Sab.. Siap sudah~ Lain kali aku cuba buat elok-elok. Ni aku buat cincai je.. huhuh.. Sedey~~~~
*********************************************************************************
Terima kasih sebab sudi membaca cerita yg tak memberikan kepuasan ini. 
Sorry.
T^T

4 comments:

Nur Syahirah said...

aku x habis baca lg Mahirah kau ni... nanti aku dh siap aku nyer aku baca kau nyer Mahirah ni ea? >_<

larkspurpetak said...

okey boss... ^^

Nur Syahirah said...

Mati2 aku ingt 'Mahirah' merokok.. Saya tertipu! Heee... Mmg best.. Just ada certain part tu aku cam pening skit.. Flashback tu la yg pening.. Tp totalnye best!

*Thumbs Up*

larkspurpetak said...

Hahaha.. aku yg buat nih pun pening.. wahahaha >_< Nantilah aku edit siket.. kalau aku rajin lah.. BTW Pijol~!!!! >-< The best bro~! Huhuh... Best lah cerpen kau.. huhuhu *Jeles*

Kawan2ku ^.~