Amaran! Ini milik larkspurpetak
TAIKO
ILYSM
Bab
1
LAGU TEMA : BAGAK - DISISIMU
LAGU TEMA : BAGAK - DISISIMU
“ Alamak! Macam mana boleh tertinggal tali pinggang KP (Kadet Polis) ni???!” dia berlari laju ke tandas. Macam lipas kudung daa… Habis semua itik dan ayam yang sedang berlenggang kangkung dilanggarnya. Maksud aku ayam dan itik tu bukanlah binatang tersebut, sebaliknya insan-insan yang sangat slow langkahnya iaitu pelajar SMKPP9(2).
Setibanya di tandas, Liyana menolak daun pintu dengan kasar sehingga manusia yang tidak berdosa yang berada disebalik pintu itu jatuh ke lantai. Dan…
“Woi! Betina!! Yang kau main redah masuk tandas lelaki ni pehal? Sakit tau tak bodoh!” marah singa jantan yang bermulut tahi.
“Huh??! Tandas lelaki ke?” Liyana memandang ke dinding luar bagi memastikan apa yang dikatakan oleh ‘singa jantan’ tersebut adalah benar. Dan ternyata memang benar belaka. Dia menepuk dahi.
“Bang sorry bang. Saya tak sengaja.” Merah betul muka mamat ni. Marah betul. Pada waktu yang sama… Huh! Dapat! Hehehe…
“Bang… emm… dah alang-alang saya langkah kanan kat tandas lelaki ni… boleh tak saya mintak tolong abang?” Langkah kanan?
“Apa yang kau nak?” soal singa jantan tersebut. Nasib baik dia tidak menengking lagi.
“Memandangkan abang pun nampak macam dah melanggar peraturan… maksud saya… pemakaian abang. Jadi…” Liyana berhenti seketika sambil memandang pinggang ‘singa jantan’ tersebut. Tapi memang betul pun ‘singa jantan’ tersebut melanggar peraturan. Baju T-shirt, seluar jeans, dan hanya memakai selipar jepun. Selamba badak dia je. Nasib baik handsome. Senang cerita, silalah bayangkan wajah Beto Kusyairy tu. Cuma, dia nih sakai sikit dan tembam.
“Woi kecikk… Jadi apa???” ‘ Singa jantan’ tersebut menengking. Tanda tidak senang dengan renungan kanak-kanak Ribena tersebut. Apesal dia pandang pinggang aku? Aku taulah yang aku ni berisi tapi tak gemuk a.k.a chubby. Hohoho.. Jap..jap… entah-entah budak ni.. OME dia GS(Gila seks) ke???
“Tak ada apa-apa. Cuma nak mintak izin untuk pinjam tali pinggang. Seluar nih londeh and tali pinggang tertinggal. Boleh ke bang?”
“Owh… nak pinjam. Boleh. Tapi… tolong keluar dari tandas ni. Nanti orang cakap kita buat apa pulak kat sini. Tak pasal-pasal kena tangkap basah.” Nasib baik bukan GS. Alhamdulillah. Lega aku. Kalau tak, hilanglah keterunaan aku. Huhuhuhu…
“Okey..okey. Orang keluarlah ni. Aku tunggu kat luar, nanti kasi tali pinggang tu. Cepat sikit tau.” Automatik Liyana menukar gelaran ‘saya’ kepada ‘aku’ selepas memastikan bahawa mamat tersebut hanya tua setahun. Macam mana dia tau pun aku tak pasti.
“Nah. Nanti pulangkan. Hantar je dekat kelas 5 Aktif. Tu kelas aku. Jangan guna-guna aku pulak. Yelah, mamat handsome macam aku ni semua awek berebut nak buat laki.” Mulalah nak perasan. =,=’’
“Pfftt… Gila perasan. Tak ada maknanya aku nak dekat kau. And apa-apa hal terima kasih sebab sanggup kasi aku pinjam benda ni. Jangan risau, paling baik aku buat kat kau pon aku santau je.”
“Pergh… memang mulut serupa tahi. Owh ya, kau form berapa hah kecikk?”
“Eh..eh… Kecik kau panggil aku. Aku ada namalah. Bertuah punya singa jantan. Aku budak form 4.”
“Huh?? Form 4 besar ni? Macam budak darjah enam je? Kau ni kalau nak tipu aku pun, agak-agaklah.”
“Ek eleh.. Aku cakap betul dia cakap aku tipu pulak. Dahlah aku nak cepat ni. Raptai dah nak start dah. Trimas ar der.”
“Okey, no hal”
Liyana terus ke tandas yang sesuai dengan spesiesnya. Walaupun dia kelihatan tenang semasa berbual-bual dengan lelaki tadi. Hakikatnya jantungnya mengepam lebih pantas berbanding sewaktu dia berlari tadi. Entah mengapa dia seakan-akan mengenali lelaki tersebut. Musykil…
“Izan, kau kat mana ni? Puas aku tercongok kat Library nih.” Amirul membaling batang rokok tersebut. Malangnya terkena badan seekor kucing kurap yang sedang menyelongkar tong sampah. Kesian kucing tu, dah lah kurus, kena hina pula dengan manusia durjana seperti Amirul. Tapikan… gangster jugak kucing tu.. siap pandang tepat kearah Amirul. Buat muka pulak tu. Amirul tiba-tiba seram sejuk bila dia di’ushar’ oleh kucing tersebut.
“Lek ar der. Sabar ar. Aku nak solat kejap. Kau tak tau ke dah masuk Zohor? Atau… kau uzur?” Dengan sinis Izan memerli. Dia mengaku dia merupakan samseng di sekolah.. tetapi takkanlah setiap masa nak buat jenayah kan? Betul tak? Ingat mamat sengal macam aku ni tak ada kesedaran ke? Bilalah aku betul-betul nak insaf?
“Mak aih… Terkono den. Yelah..yelah.. aku solat nanti. Tapi kalau kau dah sampai misscall aku doe.” Pesan Amirul. Nasib baik kucing tu dah blah. Lega aku.
“ Hmm.. In sha Allah. Jangan lupa barang tu. Kalau aku sampai nanti kau tak bawak. Memang kau cari bala.” Sempat juga Izan memberi amaran.
“Nah, amiklah menatang ni. Adik aku tak suka benda alah ni. Mentah-mentah dia tolak masa aku kasi time birthday dia.” Buruknya Menglish kau Mirul.
“Thanks bro. Wa sangat terhutang budi sama lu…. Ni aku nak tanya.”
“Tanya apa doe?” Amirul menyoal.
“Kau rasa dia suka tak dengan benda ni?”
“Lah… kau tanya aku apesal? Kompem (confirm) aku akan jawab… Dah adik aku tolak, mestilah dia pon tak suka. Itulah jawapan aku” Sambil membuat muka tikus di hadapan Izan , akhirnya dia berjaya memenangi hadiah istimewa daripada mamat jiwang a.l.d.s (atau lebih dikenali sebagai) mamat jambu di sebelahnya itu. Iaitu, cubitan sebesar cubitan cipanzi chubby.
“Aw… abang.. janganlah main cubit-cubit. Sakit tau. Nanti I merajuk you.” Dengan gaya ala-ala sotong a.k.a sutun, maka dia menerima pandangan laser daripada Izan. Mak aih, mamat ni nak gurau sikit pon sentap.
“Lek ar der. Aku gurau je tadi.” Amirul cuba untuk memulihkan keadaan. Izan tetap berwajah serius.
“Weah, patut ke aku kasi ni?”
“Kasi jelah. Bukan masalah besar pon. Sejak bila kau pandai nak risau ni? Bukan ke kau romeo yang terhandal.”
“Takdelah, awek tu kan agak... Mesti dia tak layan punya mamat macam aku ni. Lagi-lagi aku ni samseng 9(2).” Ye ke? Jahat sangat ke aku ni? Bukan aku jiwang ke? Eh.. asal aku kutuk diri sendiri ni? Adoi…
“Dah tau minah tu pandang mamat ‘skema’ yang kau sibuk-sibuk nak dia apahal? Aku rasa dia tak sesuailah dengan kau. Untuk pengetahuan kau, minah nilah yang menyebabkan arwah Azmir bunuh diri dulu.” Inilah masa yang sesuai…
“Huh? Arwah Azmir yang bunuh diri sebab putus cinta tu? Takkan minah tu kot? Kau jangan nak pandai-pandai nak buat cerita. Kau ni bukannya boleh percaya sangat.”
“Ish.. Orang kalau dah kemaruk sangat nak ada awek cun. Member sendiri pun dah tak percaya. Tak apa lah, aku ni kan bukan saper-saper (siapa-siapa). Baik aku undur diri daripada cakap dengan orang keras kepala.” Amirul agak berkecil hati. Dia cuba untuk beredar dari situ. Dia kenal sangat dengan Izan. Kalau dah cakap macam tu bermakna dia sudah tidak peduli. Daripada cara Izan meminta bantuan daripadanya menunjukkan bahawa dia bertekad untuk mendapatkan awek itu.
“Weah, jap ar. Fine. Aku percaya. Tapi please… mana kau tau semua tu?” Izan berasa serba salah. Daripada cara Amirul berkata-kata, jelas menunjukkan apa yang diperkatakan adalah benar belaka. Nampaknya terpaksalah dia telan semua kepahitan untuk membuang awek tersebut daripada jiwanya. Huhuhuhu…
“Hmm… Sebenarnya, dah lama aku tau. Sejak aku dapat tau yang kau tangkap cintan dengan awek tu, aku teragak-agak nak cerita perkara yang sebenar.” Amirul memulakan cerita.
“Minah tu pernah join kongsi gelap. Itupun sebab dia ikut jejak bapak dia tu. Bapak dia tu bekas banduan. Minah tu dulu memang liar. Aku tau kau tak suka minah yang perangai macam tu. Then, sekarang ni minah tu dalam proses untuk dibuang sekolah sebab ada kes besar kat luar.”
“Kes besar? Maksud kau?”
“Dia terlibat dengan pengedaran dadah. Memang dia pun sebenarnya amik benda tu. Sebab tulah minah tu tak ada kawan.”
“Dah lah… aku malas nak cerita lebih-lebih. Nanti kau jugak yang sedih. Kau tu kalau sedih, banjir Putrajaya ni.”
“Ek eleh, apesal plak. Mana ada aku menangis teruk macam tu sekali.”
“Ada je. Tak payah nak malu. Aku tau dah pangai (perangai) kau tu. Dari zaman lampin aku kawan dengan kau sampailah kau sebesar badak ni” Kata Amirul sambil mendepakan tangannya, menunjukkan saiz badan Izan.
‘Betul ke?? Mirul ni serius ke tidak??’ Ternyata Izan tidak mempedulikan gelagat Amirul yang baru sahaja memerli dirinya. Kalau dah risau tu, semua benda dah tak ambil kira. Nampaknya, bilik guru-guru atasan di sekolah akan digeledah oleh ‘samseng 9(2)’. Hmm… habislah.
Amirul hanya mengeleng kepala.
“Manalah pulak cikgu letak rekod disiplin nih?” matanya melilau ke segenap ruang bilik kaunseling sekolah. Memang cekap Izan ni apabila pecah masuk bilik orang. Tak sampai satu minit dia dah ada dalam bilik tu. Ketika ini semua guru ada mensyuarat. Jadi, Izan mengambil kesempatan untuk keluar kelas dan mencari bukti tentang apa yang diperkatakan oleh Amirul kelmarin.
“Eh… ini macam kunci untuk almari ni.”Izan telah menjumpai kunci kepada sebuah almari yang dipercayai mempunyai semua fail-fail penting. Rezeki dia agaknya. Memanglah, kalau buat jahat semua rasa senang. Bila nak buat baik, semua liat. Itulah manusia. (Termasuklah aku yg menaip nih)
‘Eh, kenapa pintu tak berkunci? Bukan ke cikgu dah kunci tadi? Baik aku check… jeng..jeng..jeng.. eh-eh.. tapi sebelum tu aku nak amik beg aku dulu. Hehehe..’ Liyana melangkah ke dalam bilik kaunseling yang tidak berkunci itu.
Dia berjalan meluru ke bilik guru kaunselingnya. Dan….
“Woi!!! Geledah apa tuh??!!” Liyana mengherdik kearah lelaki chubby itu. Syoknya mamat tu buka almari ‘larangan’ tu. Kalau cikgu tau, kompem mengamuk.
“Eh!!! Mana ada apa-apa. Aku just nak kunci je almari ni.” Hamizan menafikan tindakannya. Sumpah dia terkejut. Sangkanya guru kaunseling, rupa-rupanya budak kecik yang suaranya mengalahkan jantan. Adoi… kantoi sudah.
“Owh, ye ke? Sorrylah. Tapikan, almari tu tak boleh bukak pon semalam. Sebab terkunci. Macam mana boleh terbukak? Padahal kunci pon tah kemana.” soal Liyana. Memang betul pun almari itu tidak boleh dibuka. Puas dia dan guru kaunseling berusaha membuka almari tersebut. Habis seluruh bilik kaunseling itu mereka geledah bagi mendapatkan kunci almari tersebut.
“Huh? Tak boleh bukak?” Hamizan hairan. ‘Ye ke tak boleh bukak? Kenapa aku bukak senang je?’ Tiba-tiba Hamizan menjadi seram sejuk. Pernah juga dia terdengar bahawa bilik kaunseling ini ada ‘benda’. Uihhh…. Seram siot!!!
“Ha’ah… elok jugak kalau dah terbukak. Tepi sikit.” Liyana menolak tubuh Hamizan. Dia terus membuka almari tersebut.
“Adapun!!! Bro, thanks ea sebab bukak almari ni. Kalau tak, memang aku kena kerah buat kerja untuk kali kedua.” Liyana sangat seronok kerana dia tidak perlu membuat semula laporan-laporan untuk fail kelab PRS (Pembimbing Rakan Sebaya).
“Erk… sama-sama.” Izan(Hamizan) seolah-olah terkena renjatan elektrik kerana kanak-kanak Ribena di sebelahnya itu tidak langsung mengesyaki bahawa dia cuba untuk mengeledah almari tersebut.
“Jap… kau ni bukan ke singa jantan yang aku jumpa kat tandas tu? Kau kan yang kasi aku pinjam tali pinggang hari tu kan?” soal Liyana apabila menyedari siapakah lelaki tersebut. Rupa-rupanya ‘lion’ yang dia jumpa dalam tandas.
“Singa jantan?” Izan kelam. Ketika itu dia seolah-olah berada di dunia lain. Mungkin masih terkejut dengan sergahan ‘merdu’ Liyana. Lama dia terdiam.
“Apa!!!! Kau kecikk!!! Bak balik tali pinggang aku tu!” Izan tiba-tiba teringat siapa gadis tersebut. Itupun selepas Liyana melambai-lambai di hadapan Izan yang ketika itu hanya diam membisu dan statik.
“Ek eleh, lepak lah. Yang nak marah tiba-tiba ni pesal?” soal Liyana hakikatnya terkejut mendengar herdikan Izan yang berlaku secara tiba-tiba. ‘Gila agaknya mamat ni. Nak bunuh aku ke dia ni?’
Liyana membuka begnya. Lalu tali pinggang ‘pusaka’ Izan bertukar tangan.
“Puas hati? Lain kali jangan menjerit. Kau boleh buat aku pekak. Silap-silap aku boleh mati.” Liyana memberi bebelan percuma kepada Izan.
“Puas… Aku punya pasal ar nak menjerit pun. Kau jugak yang buat aku terkejut tadi kan? Siapa suruh” Izan automatik menjelir lidah. Biasalah kan, kalau anak bongsu tu mestilah manja sikit. Walaupun selalu buat jenayah… Izan....Izan.. Bila nak matang pun tak tahu…
“Eh..eh… jelir-jelir lidah pulak. Dah.. Baik kita blah skarang. Karang tak pasal-pasal cikgu masuk. Aku malas nak soal jawab dengan cikgu.” Arahan telah dikeluarkan oleh Liyana. Izan hanya menurut. Sebenarnya dia telah terlupa tujuan asal mengapa dia mengeledah bilik kaunseling tersebut.
“Weah…”Liyana memulakan kata. Setelah hampir 10 minit mereka hanya diam membisu. Masing-masing buat hal sendiri. Yang peliknya kenapa diorang macam tak tau hala tuju nak pergi mana. Dua-dua main jalan je. Ada tangga, turun. Ada longkang, langkah. Dah tu, dah macam sesat pon ye budak berdua ni. Peliklah kalau sesat kat sekolah sendiri. Terlupa nak masuk kelas kot.
“Huh? Apanya?” Izan baru tersedar daripada lamunan.
“Kenapa kau masuk bilik kaunseling tadi?”
“Erk… sebab…” Izan benar-benar terlupa mengapa dia masuk ke bilik tersebut. Langsung dia tidak teringat tentang awek cun yang dia ingin siasat latar belakangnya itu. Izan juga langsung terlupa tentang apa yang diperkatakan oleh Amirul kelmarin. Semuanya macam ter’delete’ sendiri. Memang betul dia tak ingat langsung. Serius dia dah delete semua tu.
“Sebab?” Liyana menyoal. Kenapalah mamat ni kalau aku tanya, selalu diam.. Dah lah lama giler dia diam. Sabar je lah.
“Entahlah… aku pun dah terlupa kenapa aku masuk situ.” Izan menyerah kalah dengan diri sendiri kerana gagal mengingati tujuan asal dia masuk ke bilik tersebut.
“Owh… Kita ni sebenarnya nak pergi mana eah? Bukan ke sekarang ni patut masuk kelas?” Liyana baru tersedar kelalaian mereka.
“Ya Allah!! Lupa pulak aku! Aku kena masuk kelas sekarang! Matilah aku kena dengan Mr.K.” Izan menepuk dahi dan terus beredar. Sempat juga dia berkata “Bye Kecik. Nantilah kita lepak sama-sama.” Entah masa bila diorang lepak sama-sama pun aku tak tau. Ah sudah… dua-dua pelupa. =,=’’
Yang Liyana pulak, boleh je lambai tangan dia selepas Izan berkata demikian. Seolah-olah terpukau. Adoi!! Apa nak jadi dengan depa ni.. Huhuhu.. T.T
“Liyana, asal kau lambat masuk kelas?”
“Aku pergi amik beg aku kat bilik kaunseling ar. Asal?”
“Takdelah, kenapa lama sangat. Macam jauh aje” Syira hairan melihat rakannya itu. Entah mengapa hari ini perangainya berbeza sedikit.
Sebaik sahaja Liyana melangkah masuk ke dalam kelas, langsung dia tidak menegur rakan-rakan yang lain seperti kebiasaan. Hari ini, Liyana banyak diam berbanding selalu. Selalunya, rakan-rakan sekelas akan menjadi mangsa prank Liyana.
“Syira, kau kenal tak mana-mana mamat yang chubby Form 5? Aku tengah kompius ni.” Luah Liyana. Tiba-tiba ingin bertanya. Sebenarnya ceritanya macam ni…
“Kak yah.. Ima kirim salam.” Adik menyampaikan kepada Liyana.
“Ima? Budak sebelah rumah kita dulu tu ke?”
“Yes… Ima tu. Dah lah.. Nak main bola. Tata”
“Tak habis-habis bola. Dah macam jantan.” Tegur Liyana.
“Apa-apa jelah. Aku punya hal. Oh ya.. Ima ada post gambar dia dengan kau.. Ala gambar lama.. Aku letak atas meja bilik.”
‘Gambar?’
Liyana terus ke biliknya untuk melihat gambar yang dimaksudkan oleh adiknya. Saat melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba matanya terpandang seseorang yang dia merasakan seperti dia kenali. Lelaki itu ialah…
“Yana.. kau ni dengar ke tidak aku tanya ni. Dah dekat lima kali aku ulang soalan yang sama…” Syira menyedarkan Liyana daripada lamunan. Baru nak ingat mamat cute tu. Ish.. kacau daun betul Syira ni.
“Apa soalan kau tadi..?”
“Adoi… kali keenam aku ulang. Okey… Maksud kau mamat yang kau terserempak dekat tandas lelaki tu ke? Maksud kau Izan?” Barulah Liyana tahu siapa nama lion tersebut. Eh… kejap…
“Syira.. mana kau tau pasal aku masuk tandas lelaki hari tu? Maksud aku, TER..” Liyana agak terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Syira sebentar tadi.
“Eleh kau ni. Macam kau tak tau aku ni macam mana. Kan aku selalu ada kat mana-mana kau pergi. Yelah, aku kan wartawan terhebat...” Liyana hanya memandang Syira dengan pandangan yang menjengkelkan.
“ Okey fine…Sebenarnya, aku tak sengaja terdengar ada sorang mamat ni jerit ‘Woi! Betina, yang kau main redah masuk tandas lelaki ni pehal? Sakit tau tak bodoh’… huh… kebetulan aku lalu kat situ. Masa tu aku tak sangka yang redah tandas lelaki tu kau… Tapi bila dah mata aku nampak kau yang ada dalam tu. Terpaksalah aku terima kenyataan.” Terang Syira panjang lebar.
Tercengang Liyana mendengarnya. Tiba-tiba dia berdebar mengenangkan peristiwa ‘manis’ itu. Eishh… apa aku merepek ni. Mana ada manis. Ngeri adalah.
“Zan… asal kau gelabah ni?” hairan Amirul melihat Izan yang tergesa-gesa.
“Kau gila… aku tak nak Mr.K cekup aku lagi. Cukup ar dengan kes hari tu. Kan ke sekarang ni kelas dia.” Luah Izan.
“Hahahahaha… kau ni. Kan semua cikgu tengah mensyuarat. Lepas rehat baru habis. Kau lupa ke?” kata Amirul.
“Lah… pulak dah. Macam mana aku boleh terlupa tang tu.” Tiba-tiba ada sedikit rasa kesal dengan sikapnya yang tergesa-gesa meninggalkan kanak-kanak Ribena itu tadi. Eh.. apa kaitan dengan minah tu?
“Tulah, rajin sangat nak buat jenayah. Kau tu nak SPM dah tahun ni. Tak serik-serik lagi ke?”
“Eleh… kau tu lagi banyak buat jenayah. Intai student perempuan dalam toilet lah…. Bocorkan tayar kereta pengetua lah… Curi duit oranglah… Dan yang paling teruk…” belum sempat Izan menghabiskan kata-kata. Mulutnya ditekup dengan tangan Amirul. Tanda dia tidak mahu Izan memecahkan rahsianya itu.
“Syhhh… diam-diamlah. Nanti orang tau. Payahlah. Kau ni….” Amirul melepaskan Izan. Izan hanya ketawa tanpa suara. Kelakar melihat wajah Amirul yang cuak sebentar tadi. Risau jugak budak ni kalau nama dia tercemar. Takut kantoi der…bukan jenayah pun. Pahala adalah. Gelabah lebih. hahahahaha…
“Weah, kau gi mana tadi doe?” soal Amirul sekadar ingin menghilangkan kebosanan. Walaupun suasana kelas mereka mengalahkan zoo.. Ada yang panjat atas meja. Konon-kononnya nak buat aksi 'precision jump' lah...Padahal, gayat. Lagi gamat, ada yang buat sepanduk ‘Parkour Worldwide Association (PAWA)’ sambil menyorak.… Peminat parkour kot? Tak dapat dikenal pasti. Yang pasti, kelas tu memang tidak terkawal. Mengalahkan kelas budak darjah satu. Haiyaa.. ==’’
“Apa dia? Aku tak dengarlah?” soal Izan. Macam mana nak dengar kalau dah semua student dalam kelas tu jadi berok.
“Ish… Aku tanya kau pergi mana tadi?!!” Amirul menguatkan sedikit volume suaranya. Malangnya…
Izan hanya memandang kearahnya dan mengangkat sebelah keningnya, tanda masih tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Amirul.
Amirul hanya menepuk dahi. ‘Adoi, kenapalah kawan-kawan aku ni serupa natang berok?’ rungut Amirul di dalam hati. Akhirnya, apabila suasana kelas menjadi semakin teruk. Amirul bangun dan…
“WOI!!!!!!!!!!!! NATANG BEROK!!! TAK RETI-RETI NAK DUDUK DIAM KE HUH???!!!” secara automatik kelas itu menjadi sunyi sepi dek kerana jeritan batin..eh..eh.. silap jeritan Amirul yang lantang itu. Semua mata memandang Amirul. Terlihatlah mereka satu benda aneh di belakang Amirul. Ketika itu Amirul membelakangi rakan-rakan yang lain. Belum sempat dia menoleh ke belakang bagi menunjukkan wajah bengisnya a.k.a wajah bengang, bergema segenap kelas dengan hilai tawa murid-murid kelas 5 Aktif.
Amirul bertambah bengang. Yelah, dah lah buat bising. Lepastu, ketawa serentak? Apa yang kelakar sangat? Aku marah pon nak gelak ke?
Izan yang mula menyedari sesuatu menepuk dahinya.Izan lantas menarik lengan Amirul untuk segera duduk. Amirul yang masih binggung lantas bertanya. “Izan, awat depa ketawa? Aku marah pon nak ketawa ka?”
Izan sedaya upaya menyembunyikan senyumannya bagi menjaga hati Amirul. Masalah besar kalau dia merajuk nanti. Izan hanya ketawa di dalam hati. Dengan penuh kepayahan dia menyembunyikan senyumannya. Dia kemudiannya bersuara. “Amirul, kalau aku bagi tau kau, kau jangan menangis tau..” Tolonglah der jangan sentap. Bisik hati Izan.
“Awat?”
“Sebenaqnya.. seluar hang koyak. Nampak seluar kecik hang warna pink..” Izan berbisik di telinga Amirul.
“Huh?! Ye ke?” Amirul menepuk dahi sekali lagi. Kalau hari-hari dahi dia kena tepuk.. leperlah dahi dia tu.
“Yelah.. kau tak payah risau sangat, aku ada bawak baju lebih. Kejap lagi kita pergi tukar.” Izan memberikan jalan penyelesaian. Izan bersimpati dengan Amirul. Amirul terasa sedikit tenang. Tetapi apabila ada seorang murid di dalam kelasnya menjerit “ Weah! Seluar dalam taiko warna pink doe!! Macam ponde.. hahahahahahaahah!!!!” Kelas kembali gamat.
“Woi, kau pehal gemok? Lu nak rasa lagi sekali ke penumbuk wa?” Izan memberi amaran kepada murid tersebut. Dia cuba membela sebelum Amirul mula menangis. Memang benar Amirul sedikit manja. Pernah sekali Izan terlihat Amirul menangis kerana dimarahi oleh ibu tirinya. Disebabkan dia terlalu tertekan dengan penderaan yang dilakukan oleh ibu tirinya, dia mula berani melanggar peraturan-peraturan sekolah. Tanda protes terhadap ibu tirinya.
“Nah, pakai baju nih.” Izan memberikan pakaian sukannya yang sepatutnya digunakan untuk latihan bola sepak pada sebelah petang nanti. Tetapi kerana ingin menyelamatkan rakannya itu daripada terus-terusan menjadi bahan ejekan rakan sekelas. Adalah lebih baik dia berkorban untuk rakannya itu. Biarlah dia didenda oleh jurulatih bola sepaknya daripada rakannya menanggung malu.
“Eh, tak payahlah.. Kau kan nak guna petang nanti. Nanti coach kau marah pulak nanti.” Amirul cuba menolak pelawaan Izan. Kasihan juga jika rakannya itu menjadi mangsa hanya kerana ingin menyelamatkan dirinya.
“Eh, tak pe.. Aku tak kesah pon. Ambillah…” pakaian tersebut bertukar tangan.
“Terima kasih taiko…”
Petang itu,
“Kenapa tak pakai baju sukan?” soal Mr. Kyo.
“Saya lupa nak bawak, coach...” Izan menjawab selamba.
“Hang tau dak.. hari ni kita nak buat latihan terakhir..” ah sudah.. tu dia… loghat dia dah mai..
“Cheq tau… cheq bukannya sengaja. Maafkan cheq coach” ==’’ kenapalah kurang ajar sangat Izan ni???
“Hang nak kena tampaq dengan aku ka?”
“Eh, coach.. janganlah marah.. saya main-main je tadi. Bukan sengaja nak ajuk. Maafkan saya coach.”
“Awak bernasib baik.. hari ni mood cikgu baik.. Sebenarnya, hari ni saya nak batalkan latihan. Sebab saya ada meeting.. Hang pa boleh teruskan latihan… kalau nak balik pon boleh. Tolong habaq kat kawan-kawan hang na..” kata Mr. Kyo. Lalu guru tersebut melangkah pergi dengan tergesa-gesa. Memanglah, pengetua yang panggil. Kalau lambat memang naya.
“Fuhh…” Izan mengeluh. Meeting pon suka ke? Lalu dia mengeleng-geleng kepala. Dia melangkah ke tengah-tengah padang untuk memberitahu rakan-rakannya tentang pembatalan latihan pada petang itu.
“Weah.. hari ni latihan cancle daaa. Mr.Kyo cakap kalau nak teruskan latihan, silakan. Kalau nak blah pon boleh.” Izan memberitahu kepada rakan sepasukannya.
“Chantek! Taiko… jom lepak medan jom.” Amin memberikan cadangan.
“Ha’ah lah.. jom ar.. Kita ramai-ramai lepak sana. Aku belanja. Nak? “ Zaman pula mencelah.
“Nak!!!” bergema padang dengan suara ahli dalam pasukan bola sepak SMKPP9(2) tersebut. Memanglah, kalau Zaman buka mulut untuk belanja makan, memang “wajib” setuju. Makan free beb! Siapa tak nak kan?
“Wah.. baiknya kau Zam. Takkan air je kot?” Amirul bergurau.
“Woi. Tolong sikit. Okey apa aku dah belanja. Lagi satu. Bila masa pulak aku belanja air je? Bukan ke Nasi Ayam dalam perut kau tu aku jugak yang belanja?” Zaman memandang perut Amirul.
“Zam… takkan kau tak paham-paham naluri seorang manusia yang mempunyai perut biawak?” Izan menyapuk. Semua yang ada di situ tertawa mendengar kata-kata ketua pasukan mereka. Memang Amirul seorang yang kuat makan. Semua orang sedia maklum dengan perangai Amirul yang satu itu.
“Eleh… gelak ar.. gelak.. Setidak-tidaknya aku tak … “ Amirul membuat gaya seperti seseorang yang berbadan besar dan lalu menyambung kata-katanya “…macam kau.”
“Amboi, mulut kau. Bau longkang lah. Aku blah ar cam ni” Izan berpura-pura merajuk. Bertambah gamatlah ketawa mereka. Semua pengunjung-pengunjung di situ memandang mereka.
“Darling.. janganlah merajuk dengan I..” Amirul membuat gaya seperti seorang pondan. Rakan-rakan yang melihat perangai mereka masih lagi ketawa. Seronok dengan gelagat spontan mereka.
“Eeee… siapa darling kau? Taubat aku. Tak nak aku “memperisterikan” pondan macam kau. Bukannya boleh kasi anak untuk aku. Baik aku kahwin dengan Tomboy.” Izan membalas pedas. Dan, mereka tetap tertawa. Begitulah keadaannya apabila mereka semua berkumpul bersama-sama. Memang tak kering gusi.
“Dah lah weah. Aku kena balik. Mak aku bising nanti. Assalamualaikum.” Izan meminta diri untuk pulang. Memanglah… dah pukul 5 petang. Kalau tak balik, memang kena berleter. Bukan apa, dia ni selalu sangat tinggal Asar. Jadi sebab tu lah mak Izan akan berleter setiap kali dia pulang lewat petang.
Dalam perjalan pulang ke rumah. Izan hanya melayan perasaan. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia menoleh ke kiri.
“Eh, kucing lah.. Comelnya... “ Izan memandang ke dalam semak apabila dia terdengar suara orang di sebalik semak itu.
“Meow…meow” Liyana keluar dari semak sambil memegang seekor kucing yang kelihatan comot dan kelaparan. Termasuklah Liyana, dia pon comot.
“Eh, kau rupanya.” Izan menegur Liyana.
“Huh?” Liyana terpinga-pinga.
“Ingat aku tak?” Izan menyoal.
“Ingat. Weah, pinjam kain kat seluar kau tu. Boleh?” Liyana bertanya secara spontan apabila dia terlihat sehelai kain tergantung pada seluar Izan.
“Huh? Nak buat apa lagi? Semua benda kau nak pinjam.” Izan hanya menggeleng. Lalu menyerahkan kain tersebut. Tahulah dia bahawa Liyana mahu membalut anak kucing tersebut. Anak kucing itu kelihatan kesejukan. Kesian makhluk comel tu.
“Takpe ke ni?” Liyana menyoal kembali. Risau juga kalau Izan tak izinkan.
Izan mengangguk.
“Jom bawak dia pergi klinik haiwan. Aku bayar. Kesian kucing tu.” Izan memberi cadangan.
“Okey jugak. Jom..jom..” Nasiblah rumah aku dekat dengan klinik tu. Baik jugak mamat ni.
~[[Bab 1: Tamat]]~
(Sila komen, kutuk, dll... )
Mengata dulang paku serpih, mengata org dia yang lebih...
Keh keh keh..
Gurau...
MAAF KALAU ADA TERSALAH KATA...
MAAF YA...
KALAU NAK MARAH. MARAH JE. SAYA TAK KESAH. ^~^
KALAU NAK TEGUR PUN. SILAKAN...
TERIMA KASIH AWAK...
2 comments:
bila nk sambung bab 2..? uhuhu besh2 i like..♥
Bab 2 belum habis lagi.. Idea malu2 nak datang singgah.. ^^ tapi akan cuba diusahakan... Kerh2
Post a Comment