Tuesday, 22 January 2013

Salam Maulidur Rasul (2013) -24/1/2013-




‎::KEJADIAN-KEJADIAN SEMASA KELAHIRAN MUHAMMAD S.A.W.::
SEMPENA MAULIDUR RASUL 1434H...SEBARKAN

SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

“Dan tidak Kami mengutuskan engkau (Muhammad), melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Mengikut ahli sejarah, kelahiran baginda 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Baginda merupakan keturunan Nabi Ismail. Bapanya bernama Abdullah yang meninggal sebelum kelahiran baginda. Ibunya bernama Siti Aminah dan berasal dari Yathrib (Madinah).
..............................................................................................
Banyak peristiwa pelik yang berlaku semasa kelahiran Muhammad sebagai petunjuk jelas dari Allah tentang kelahiran seorang manusia agung yang bakal menggegar dunia.

1. Siti Aminah bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi.

2. Siti Aminah memberitahu bahawa dia tidak pernah merasa penat dan sakit semasa mengandungkan Muhammad.

3. Seorang Yahudi telah memanjat bumbung rumahnya sambil menjerit kepada kawan-kawannya di bawah’ “Bintang Ahmad muncul di langit”. –Diceritakan oleh Hassan bin Tsabit, penyair Muhammad-. Peristiwa ini berlaku di Madinah.

4. Rahib Yahudi telah menceritakan kepada Abdul Muttalib tentang kelahiran nabi di Makkah bernama Muhammad. Dari sinilah Abdul Muttalib menamakan cucu lelakinya dengan nama Muhammad. –Sebelum itu, orang-orang Arab tiada yang bernama Muhammad-.

5. Bergegarnya Iwan-Kisra iaitu istana Raja Parsi.

6. Api sembahan Majusi yang telah menyala selama beribu-ribu tahun tanpa padam terpadam saat kelahiran Muhammad.

7. Tasik Sawwah yang berdekatan dengan istana Raja Parsi telah tertimbus.

8. 14 anjung istana Raja Parsi telah runtuh.

9. Ahli nujum dan pendeta-pendeta Parsi berkata kepada Raja Parsi;

“Kerajaan Parsi akan diperintah oleh 14 orang kisra lagi dan selepas itu, kerajaan Parsi akan jatuh”. Kisra berkata,
“14 orang Kisra maknanya lambat lagi lah, tak perlu risau”.
Selepas kematian Kisra ini, anak-anaknya berebut kuasa.
Dalam masa 4 tahun sahaja seramai 10 kisra telah memerintah Kerajaan Parsi. Semua ini petanda akan kejatuhan kerajaan yang paling besar pada masa itu iaitu Kerajaan Parsi.


Inilah antara berita gembira yang berlaku sempena kelahiran Muhammad.
Selawat dan salam ke atas baginda, sahabat dan seluruh ahli keluarga.

Wallahu’alam

(Sumber: Rakan Di Facebook)

No comments:

Kawan2ku ^.~