Saturday, 26 January 2013

Mata.No Rabun-rabun Eh! ^.^


Tadi masa 'terjumpa' Farzana. Terfikir pulak pasal pentingnya mata. Yeah! 
Kenapa pulak?
Sebab.. Farzana dan Adiba kan tengah ambil lesen sekarang ni. 
Jadi, rasa risau pulak.
Aku dah lah rabun. Mesti masalah nak nampak and baca apa-apa yang jauh.
Jadi terfikir macam mana nak pulihkan rabun ni. Hmm...
Aku tak suka rabun.. huhuhh....[[apa boleh buat...salah sendiri...]]
Jadi macam biasa.. ushar blog orang... Tup tup.. terjumpa...

---------- sweet-ladybird.blogspot.com---------------

Jadi ni lah entri yang dia post... Aku ambil yang patut je...

        READY~!
                 GO~!

Semua jenis vitaminnya dalam nisbah yang sesuai untuk kesihatan kita. Jus lobak merah kaya dengan sumber vitamin A yang mudah diserap oleh badan.

Lobak merah juga mengandungi bekalan vitamin B, C, D, F, G dan K.

Ini antara khasiat lobak merah :

Amat baik untuk kesihatan gigi
Mengatasi keletihan
Mencegah jangkitan kuman dan bakteria
Menjaga sistem saraf
Awet muda
Mencerahkan mata <---- alamak... kurang fahamlah
Mencerdaskan akal
Mencegah serangan barah
Membaikkan hati dan membasmi kelupaan

Cara memakan lobak merah :

Boleh makan mentah-mentah
Minum segelas air lobak setiap hari
Jka dimakan berlebihan terutama oleh kanak-kanak, boleh menyebabkan over active dan sukar mengawal pergerakannya..


Oleh kerana aku masih belum dapat jawapan yang aku nak... Aku ushar blog lain pulak.. Itupun dengan bantuan google... Heheheeh... (Padahal tadi pun pakai google)








______________________________________________________________________________



Apabila anda pergi ke pasar atau ke kedai runcit pasti anda akan terlihat sejenis sayuran yang berwarna merah. Tahukah anda lobak dikelaskan sebagai sayuran? Ya, dengan kandungan airnya yang banyak pada ubinya lobak adalah sejenis sayuran yang banyak digunakan oleh manusia. Kegunaan lobak termasuklah acar timun yang popular semasa mengadakan kenduri kahwin, membuat kek lobak, air lobak dan sebagainya.

Kelebihan lobak adalah:
  1. Baik untuk mata yakni mempunyai khasiat vitamin A
  2. Membina pigmen mata yang sihat untuk berfungsi pada waktu malam
  3. Melancarkan perjalanan haid dan air kencing
  4. Mempunyai khasiat betakaroten yang kaya dengan serat diet, antioksidan dan mineral
Sebagai bukti menunjukkan lobak merah dijadikan suatu resipi yang baik untuk kesihatan, blog renungalam mendedahkan rahsia Dato Siti Nurhaliza kelihatan muda dan cantik jeita. Beliau sentiasa mengamalkan pengambilan jus lebak merah dan jus epal. Hebat bukan?

Jadi apa salahnya anda dan anak anda mencubanya.

Ini adalah resepi rahsia untuk memudahkan kita makan sayur sayuran.

Resepi jus lobak merah

Bahan-bahannya:
  • Lobak merah
  • Susu pekat
  • Segelas air
  • Sedikit gula
  • Air
Cara-caranya:
  • Basuh lobak merah
  • Hiris kecil-kecil
  • Kisar lobak dengan mesin pengisar bersama segelas air dan sedikit gula
  • Tapis air tersebu di dalam gelas
  • Tambah susu pekat manis
  • Kacau dengan sudu
  • Masukkan tiub ais



MATA NO RABUN-RABUN EH~!!! ^.^

Assalamualaikum... Jaga kesihatan...



2 comments:

Nur Syahirah said...

Huih~~~ aku pun takut gak mata rabun~~

larkspurpetak said...

Samalah. Weah.. ada resepi yg sedap2 tak yg berasaskan lobak merah? Ada tak... nak rasa.. ehheh..

Kawan2ku ^.~