Ibrahim seorang nabi dan rasul Allah yang wajib diketahui.
Baginda dilahirkan pada zaman pemerintahan "Raja Namrud Bin Kan'an", Namrud mengaku dirinya sebagai tuhan.
Pada suatu malam, Raja Namrud bermimpi melihat bintang dilangit memancarkan cahaya yang terang menderang.
Dia sedar dan terperanjat tentang mimpinya itu, lalu meminta ahli nujum menta'birnya.
Kata ahli nujum, "Akan dilahirkan seorang anak lelaki di negeri ini pada tahun ini, anak itu akan menjadi sebab kebinasaan dan keruntuhan kerajaan serta terhapusnya agama yang dianuti oleh rakyat tuanku."
Mendengar ta'bir mimpi itu, Raja Namrud mengeluarkan perintah supaya dibunuh semua anak lelaki yang dilahirkan pada tahun itu.
Pegawai-pegawai Namrud memeriksa semua ibu untuk memastikan sama ada mereka hamil anak atau tidak.
Ibu Nabi Ibrahim bernama " شاني " juga diperiksa,
Tetapi tidak dapat dikesan kehamilannya.
Pada suatu malam ibu nabi Ibrahim melarikan diri ke sebatang sungai yang kering untuk melahirkan anaknya.
Setelah dilahirkan, dibungkusnya bayi itu dengan kain dan disembunyikan di dalam sebuah gua, supaya tidak diketahui oleh Raja Namrud.
Ibu nabi Ibrahim menutup rapat-rapat lubang gua itu supaya bayi itu tidak dimakan binatang buas.
Ibu nabi Ibrahim menemui anaknya secara sulit.
Beliau mendapati anaknya di dalam keadaan sihat, ketika itu nabi Ibrahim sedang menghisap ibu jari tangannya , dengan kuasa Allah ibu jari tangannya itu mengeluarkan air yang menjadi makanan.
Demikianlah keadaan nabi Ibrahim di dalam gua dari masa ke semasa sehingga awal remaja.
Nabi Ibrahim keluar dari gua, baginda melihat bumi dan langit, lalu berkata: Sesungguhnya yang menjadikan aku dan memberikan rezeki kepadaku, tentulah Tuhanku yang tiada tuhan melainkan Dia.
Kemudian nabi Ibrahim dibawa pulang berjumpa ayahnya "أزر " sedang nabi Ibrahim telah mempunyai pendirian yang tetap, dia telah mengenal tuhan yang sebenarnya iaitu " الله ".
Baginda bersih daripada akidah sesat yang dianuti oleh sekalian kaum.
Itulah kekuasaan Allah SWT.
|Sumber: Buku Teks Asas Tilawah Al-Quran Darjah Empat (Jabatan Agama Islam Selangor)
|M/S: 32-33)
|(Synergymate Sendirian Berhad)
-Kalau ada silap dan salah, tolong tegur ye.- TQ ^^
No comments:
Post a Comment