Friday, 22 February 2013

Pesanan terakhir ku... (andai aku pergi) -KakYah-

   Assalamualaikum
 


 Nah.. ^^
Kak Yah buat pesanan ni, just in case. ^^
Don't worry, as long Kak Yah still hidup ni, In Sya Allah Kak Yah jaga Ana n Adik.

Kalau selama ni Kak Yah marah-marah, biasanya Kak Yah sengaja. heheh... Saje je nak emo.
Kalau selama ni Kak Yah buat lawak bodoh, biasanya tu hobi Kak Yah.. Hehehe.. saje je nak buat sakit hati.

Hahahah....
Yelah, yelah. Kak Yah mintak maaf ye kalau Kak Yah buat salah. Peace No War! ^^
XOXO
heeee...
Kalau ada masalah, jangan ikut perasaan. Fikir betul-betul, apa kesan dia, apa akibatnya kalau buat mcm tu mcm ni. Fikir secara rasional. Fikir mana silapnya. Fikir jalan penyelesaian yang paling baik.
Tak pun mintak tolong Kak Yah (kalau Kah Yah masih ada).

Kalau ada org kacau kasi tau Kak Yah (kalau Kak Yah masih ada). Biar Kak Yah kasi hentam sama dia. (Yelah tu. heheh.. Nasihat je kut.).

Selalu Istighfar, kalau nak marah-marah je Istighfar. Ingat Allah. Jangan nak marah tak tentu pasal. (Nasihat untuk dua-dua ye.)

Sebenarnya banyak lagi pesanan. Tapi malas nak taip. Pandai-pandai fikir sendiri. Korang pun dah besar.
Dah ada akal. Pandai-pandai belaka korang berdua ni. Dua-dua pandai. ^^

Pandai agama, pandai akademik. Pandai macam-macam lah.. :)

-Usaha, Doa, Tawakal. <--- prinsip.

*Solat jangan tinggal.
*Jangan lupa mengaji Quran.
*Tutup aurat. (Kesian kat ayah.)
*Doa utk mak dengan ayah.
*Tolong-tolong ayah.


BACA NI.. Penting....
| Riwayat al-Hakim (Copy Paste)

Huraian
Pengajaran hadis:


i) Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia.


ii) Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.


iii) Manakala apabila kedua-dua ibu bapa (
atau salah sorang daripada mereka) telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

iv) Sesungguhnya bagi setiap anak, meskipun telah mempunyai keluarga sendiri mereka wajib mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa. Anak yang tidak mentaati kedua-dua ibu bapa dianggap sebagai anak yang derhaka sedangkan kesalahan menderhaka termasuk di kalangan dosa-dosa besar.


v) Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah S.W.T, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.




Ingat... Jadilah anak yang solehah. Jadilah Muslimah yang sebenar-benarnya.
Baca ke tak ni Ana? Adik? Ish...

ANA~!
ADIK~!


Ni dah mengaji ke belum? Dah solat? Dah makan? Dah tidur? Dah siapkan kerja sekolah/ofis? Dah masak? Dah mandi?

Hehehe.... Muah.. muah... :*

Owh ye. kalau boleh hafal al-Quran lagi bagus. Pkai baju and tudung labuh-labuh lagi bagus.
Baru lah Allah sayang. :)



Dah lah.. Penat pulak membebel kat korang ni.. :3
Ingat tau~ Pesanan ni bukan masa Yah dah pergi je.. Selama-lamanya. Heheeh... Kalau yah masih ada pun. Kena ikut... Nak masuk syurga tak? Kalau nak.. ikut... Bagus..bagus... ^^

___________________________________________________________________________________




Tuesday, 19 February 2013

Bagak.Statik -Curiga- (Rindu 2007 a lot)


 
 
 
 
Siang malam kumenunggu, namun dia tetap rindu, seriuskah?

Hanya sekali seminggu, panggilan datang darimu, seriuskah?

Bila saja fikiranku, menilai kelainanmu, seriuskah?

Siang kerja malam tidur, kau ingin masa rehatmu, seriuskah? 
 
Seriuskah??
 
 
 
  
 
 
 
Kucurigakan, dia kelihatan mencurigakan

Kelak itu bukan yang kuberikan, bibirnya penuh tiap kenyataan

Kucurigakan, biar hari semakin berjauhan

Dia berikan seribu alasan, bibirnya penuh tiap kenyataan


Monday, 18 February 2013

Korang Anak Ke Berapa? -CopyPaste-

 
Korang anak ke berapa??
Anak No.1 - Berkepimpinan & Tegas.
Anak No.2 - Penyabar & Kelakar.
Anak No.3 - Manja & Matang.
Anak No.4 - Baik & Bergaya.
Anak No.5 - Baran & Cool.
Anak No.6 - Ramah & Manja.
Anak No.7 - Tegas & Lawak.
Anak No.8 - Menerima & Sabar.
Anak No.9 - Rileks & Pendiam.
Anak No.10 - Penyabar & Baik.
Anak No.11 - Banyak Cakap & Kelakar.
Anak No.12 - Penyabar & Mengada.
Anak No.13 - Manja & Pendiam.
Anak No.14 - Baik & Penyabar.
Anak No.15 - Menerima & Manja.
 
 
 
 
Bila tgok balik. Macam betul lah pulak ^^ Ngee~ 
Sumber-MukaBuluBuku...

Perhatian ! Tanda Terkena Sihir Cinta ! -CopyPaste-


PERHATIAN ! TANDA TERKENA SIHIR CINTA !
- Tanda disihir : Orang yang dari dulu kita tak suka, tiba-tiba jadi suka sgt dan nak kahwin.. sebelum tidur selalu terbayang dan mimpi indah tentang orang sama berhari-hari..perkahwinan tiba-tiba dibatalkan, tiba-tiba malas melayan suami/isteri..

- Bagaimana disihir


-Selalu orang guna minyak dagu..Korek kubur orang mati kemalangan/ mati beranak sulung (bomoh-bomoh selalu update dgn berita dlm newspaper untuk tahu kat mana mayat ditanam), gantung mayat kaki ke atas kepala bawah & nyalakan api di dagu.. keluarlah minyak jadi minyak dagu..

- Selalu minyak dagu dicalit pada mangsa/ baju mangsa/ even baju di jemuran. Juga boleh sihir guna rambut mangsa, baju (especially yg tak berbasuh lagi dan ada peluh), baju dalam, juga guna gambar dari FB (gambar full lagi cepat disihir berbanding gambar separuh)

- Kalau rasa terkena sihir, cuci tempat dicalit (buang physically). Baca ayat2 Quran kat perfume/ air (ia akan jadi syifa') dan gosok tempat tu. Selalu kalau tekan perlahan nadi org disihir, dia akan menjerit. Kalau mangsa x perasan dia disihir, selalu org sekeliling perasan perubahan tingkahlaku. Cepat2 dpt rawatan

- Rawatan:

--> Ayat kursi
--> 3 kul
--> Yunus: 81-82
--> Al-A'raf: 117 - 122
--> Taha: 69
Tiup ke tapak tangan, sapu seluruh badan hingga kaki

- Elak sihir: Jaga solat, jaga akidah, lepas solat jangan bangun dulu hingga habis baca ayat Kursi

- Jangan jumpa bomoh(jumpa pakar perubatan Islam yang sah takpe). Hadis sahih muslim kata siapa jumpa tukang tilik (bomoh) dan bertanyakan soalan, solat tak diterima 40 hari 40 malam

Tanda2 seseorang itu bukan pengamal perubatan Islam :

-Minta nama ibu
-Minta barang/pakaian pesakit
-Minta ayam/binatang nak sembelih
-Baca jampi yang kita tak faham
-Memberikan tangkal
-Dia memakai tangkal
-Suruh tanam 'barang' untuk pendinding rumah
-Dia boleh nampak hingga berapa ekor syaitan/jin pada diri kita

- Sihir pelalau (jadi benci semua lelaki sampai xnak kahwin), Penunduk (nasi kangkang), Sihir tafrik (pemisah suami isteri)..

p/s : Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua. Sebarkan !


-CopyPaste-

Sunday, 17 February 2013

Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim -CopyPaste-

Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang ‘manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.
 
COPY PASTE DRPD FACEBOOK~ ^^

10 PETANDA DIA JODOH KITA... -Copy Paste-

10 PETANDA DIA JODOH KITA…

by KakiJODOH on Thursday, 26 January 2012 at 18:56 ·




Salam semua Fan KakiJODOH , rasa nya dah lama saya tak share kan note macam ini kan ? Hehe . OK lah , hari admin nak sharekan 10 Pentanda Dia Jodoh Kita yg mana ada beberapa petanda ini admin sdnri tgh alami . Selamat membaca. :) MR R

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?






Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Aku Mahu Sejuta Pahala (Oleh: Sarah) -Cerpen-




Aku sengaja suruh adik aku buat cerpen. Nah.. Ini dia cerpen dia..
^^
(Adik aku baru darjah 5 tahun ni -2013-)
______________
Pembaca yang sesuai membaca cerpen ini : Berumur 12 tahun kebawah.
TQ

___________________________________________________________________________________


      Suasana rumah banglo 3 tingkat itu agak sunyi akan ketiadaan Dato’ Hilmin Bin Dato’ Hairi, Datin Nurool Binti Dato’ Khai,Mardiyana dan Fadlan yang pergi ke Sunway Lagoon untuk bejumpa rakan-rakan lama.Di dalam sebuah bilik,masih ada seorang gadis bernama Nurool Madiha Farzana sedang melayang dengan rasa gembira kerana bulan puasa akan melanda. Tidak  sabar mahu mengumpul pahala! Wah bagai di awang-awangan! “Hurmmmmm….ibu kata kalau nak kumpul pahala pada bulan puasa….mesti solat 5 waktu and puasa penuh.Tapi kena ikhlas…”kata Madiha seorang diri.

Tiba-tiba….


“Akak ibu suruh pergi Sunway Lagoon”kata Fardhi iaitu adik yang paling manja dengan Madiha. “Sebab apa?” tanya Madiha. “Sebab, mak lang,mak usu dengan nek ummi datang’    “kejap lagi akak sampai.”   Jawab Madiha.

  




Apabila puasa sudah datang…..


     Bulan puasa sudah tiba, Datin Nurool  semakin pening dengan kerenah anaknya yang mahu ikutnya ke surau. Datin Nurool selalu berkata yang ‘Esok sekolah, Jumaat nanti ibu bawalah.’ Tetapi Madiha akan menjawab begini ‘Ala!!!!! Nanti tak dapat sejuta pahala!!!’   lama kelamaan Datin Nurool mengalah dengan karenah anaknya itu. Jika anaknya memberontak mahu ke surau, dia akan mengalah dan serta-merta membawa anaknya itu ke surau dengan  perasaan yang geram tetapi di dalam hatinya timbul rasa bangga dengan anaknya yang ingin ke surau.



Pada malam Sabtu ketika Madiha dan Jemaah-jemaah lain sedang membaca doa selepas solat terawih, Madiha terdengar sebuah motor memecut laju keluar dari surau. Madiha hanya menggelengkan kepala sambil berkata di dalam hatinya ‘Hai….takkanlah baca doa pun tak sempat…’  Selepas pulang dari surau, Madiha terus masuk ke biliknya lalu memuat turun surah-surah yang pernah dibacakan oleh Ustaz Murshidi iaitu imam yang selalu berceramah pada bulan puasa di Surau Ar-Rahim itu.Madiha sangat menyukai Ustaz Murshidi kerana Ustaz Murshidi suka membuat lawak ketika berceramah.



Hari berganti hari,saat berganti saat,masa..eii tak yah nak berjiwang sangatlah...   Hari Raya semakin hampir, Madiha sangat gembira kerana pada tahun ini dia dapat memenuhkan puasanya dan kedatangannya ke surau untuk memnunaikan solat berjemaah. Madiha berharap yang Allah Subhanallah Taala akan meredhainya dan mengampunkan segala dosa-dosa dia pernah lakukan sebelum ini. Datin Nurul pernah menasihatinya dengan berkata bahawa jika mahu berubah atau berhijrah jangan mengharapkan nama yang akan terkenal tetapi untuk mencari redha Allah Subhanallah Taala. Madiha sentiasa mengingati kata-kata ibunya itu.







Apabila hari raya sudah tiba!!!


“Wah tak sangka saya telah berpuasa penuh tahun ini!!!:” kata Madiha.  “Ha, kalau mahu bergembira lagi pada hari raya tahun hadapan, puasa penuh lagi tau!”  kata Mardiyana iaitu kakak Madiha.   “Ha,  macam ni barulah ibu sayang.” Kata ibu Madiha.  Madiha sangat bangga menjadi umat Islam yang disayang Nabi Muhammad S.W.T. 


Begitulah kisah Madiha yang mahukan sejuta pahala! Jangan lupa nantikan ‘Aku mahu sejuta fashion designer’!   Selalu sokong kak Sarah ye!! Assalamualaikum..




____________________________________________

 ^^ Terimalah Hadis yang kak Sarah carikan untuk adik-adik…



Allah Subhanallah Taala pernah meriwayatkan bahawa:

‘Allah tidak akan pernah mengubah nasib seseorang kecuali jika dia yang mengubah nasibnya sendiri.’


____________________________________________              
     Tammat ...

Komen ye.. Sekian..

Maaf kalau ada salah dan silap. Kalau ada silap, tolong tegur. ^^ 
 

Saturday, 16 February 2013

kAwAn~ ^^_______-{{KamiLapan}}-


Hahaha... ^^
Disebabkan hari ni aku gembira.. Aku tak tau kenapa aku gembira.. Mungkin sebab... ah! Apa-apa jelah.. ^^
Yang penting aku gembira ^^ Hee....
Aku ter.rajin nak cerita pasal kawan-kawan aku... ^^




Baiklah..
                                                START~!

Adiba~!
(AnakSulong)
Nama gelaran : Diber... ^^

Dia ni bagi aku macam adik. Walaupun pada hakikatnya dia lebih tua lagi daripada aku. ^^
Hehehe... Bagi aku dia ni seorang yang kelakar dengan perangai dia. Hehe... Sebenarnya.. Aku kadang-kadang selalu kelentong dia. Hoho.. DIba.. jangan marah ye. Selama ni aku memain je. Gurau. ^.- . PNW~! {PeaceNoWar} Dan dia ni kadang-kadang matang. Bila dia matang, aku akan mudah dengar cakap dia. Tapi kalau dia punya perangai macam adik... Kompem aku kenakan dia. Heheh... Aku selalu je gaduh dengan dia ni. Kadang-kadang bermasam muka. Tapi sekejap je. Heheh... Dia ni pada pandangan aku bijak Biologi. Aku rasa dia minat nak jadi Doktor. Rasanyalah. Pandangan aku je. ^^ Owh, dia suka baju kotak2... Nice ^^ heheh



 __________________________________________________________________________________

Farzana~!

Nama Gelaran: S-CN / Cute.

Dia ni pun sama je mcm Diba.. Maksud aku sama dari segi pandangan aku yang dia ni macam adik. Tapi selalunya aku akan dengar cakap dia, sebab ntahlah. Dia ni ada aura yang boleh menyebabkan orang percaya dengan dia. Hehe... Dia ni pun lebih tua daripada aku.  Bagi aku dia ni kreatif. Lukisan yang dia lukis, semua bulat-bulat dan comel. Sama macam tuannya. Dia ni suka tanya soalan, kebanyakan soalan dia diluar daripada jangkaan dan menyebabkan org pikir lama nak jawab. Soalan yang senang, tapi susah nak jawab. Huhuhu. Dia ni suka duit. ^^ Siapa-siapa pun suka duit kan. Cuma dia ni lain siket. Tapi, dia ni bukan jenis yang kedekut okey ^^. Owh ye. Kalau dia hilang, Syira lah orang yang pertama tanya, "Mana budak kecik hilang?" Dia yang lebih-lebih risau bila Farzana hilang. Hohoho ^^

___________________________________________________________________________________

Syahirah~!
(AnakSulong)
 Nama gelaran: Shiro. <--- Adiba yang kasi. ^^

Alright, yang ni memang aku anggap macam kakak. Hehe..  akal dia ni, matang (Tapi tak sematang Anisa ^^ hehe). Aku kagum dengan dia ni sebab, dia ni pandai. Baru belajar sikit, aduh, terus dia paham. Cepat Pick-up! Tabik sama lu. Hehe.. Syira, I'm a little bit jelly dgn kau.. HAHA.. PNW~! Okey, lagi satu, dia ni pandai BM, Ha... sebab tulah dia ni banyak cerpen. Aku dah baca dah novel yg dia buat. Best~! Dia ni layak jadi penulis. Aku harap n aku doakan. ^^ Cerita yang dia buat boleh menyentuh perasaan. Huhuu.. Macam banyak pengalaman pun ye ^^ heeh..  Yang pasti, dia ni tabah. Aku tgok dia jaga adik2 dia, aku rasa she's the best sister...! Dia ni anak perempuan tunggal dalam family dia. Mesti manja kan.. kui kui kui. Kadang-kadang aku slalu cari gaduh dgn dia. -.- (Bukan dgn dia je aku cari gaduh, dgn org lain pon. Hahaha) Owh, pada pandangan aku, dia suka dengan beruang.. Pandangan aku jelah. hahaha.. N dia tak suka gaduh ttg isu2 yg sensitif. Nanti dia moody. Heheh.. Biasanya kalau dia moody, aku buat tak tau je ^^ Jahatnya aku = ='' Jangan jadi mcm aku ye~ Di ni jugak pantang kalau dia beli apa-apa, baki yang dia dapat tak cukup, mesti dia tuntut habis-habisan.

___________________________________________________________________________________

Fathien~!
(AnakSulong)

Nama gelaran Penyu @ Nyu.

Haa... Mestilah Fathien yang gambar muka dia tak blur tu kan.. heheh.. Okey, yang ni sometimes mcm kakak n kadang-kadang macam adik. Haha... Bergantung kepada situasi. Yang ni pun sama kelakar macam Adiba Cuma dia ni kelakar yang selalunya berkaitan dengan memek muka ^^. Aku bajet dia ni ada bakat dalam dunia lakonan. hoho... Er, dia ni anti dgn seseorang (lelaki). Aku tak paham knp dia anti sgt dengan mamat tu. Yang pasti aku takkan mention nama mamat tu. Wahaha~ Please. Jgn mention~!  Fathien ni pada aku bijak berda-benda yang ada kaitan dengan kira mengira ni. Seingat aku dia nak jadi cikgu Math. Yang pasti cita-cita dia memang nak jadi cikgu. Dia ni jugak suka dengan kanak-kanak. = ='' Sampaikan, dia layan Farzana macam kanak-kanak. Sabar jelah~ Oh.. Fathien ni pun anak sulung. (Sebenarnya, dlm geng kami mmg ramai yg anak sulung pun. hahah) Untuk pengetahuan semua, Fathien ni merupakan Penolong Ketua Pengawas. haah.. tapi aku peduli apa dia ni PKP ke apa. Aku kawan dengan dia pun sebelum dia jadi PKP. Wahah.. Dulu pernah ada kes pasa org tak puas hati dgn pelantikan dia sebagai PKP. Err.. apa boleh buat. Siapa kita kan nak halang org daripada cemburu. Huhu.. Sian Fathien. Owhg, Fathien ni suka menyanyi. ^^ Hanya aku n Wahida yang tau berapa banyak 'album' yang Fathien dah hasilkan. Hahah ^^ Gurau je sis..

___________________________________________________________________________________

Anisah~!
(AnakSulong)
Nama gelaran: Nisot.

Baiklah. Sperti yang semua tahu (yelah tu). Anisah ialah the big sis. Kak Long~! Dia lah yang paling tua. Haha.. Pemikiran dia ni pun.. lebih kurang mcm orang tua. ^-^ hehe.. gurau je long~ Dia ni kan, sama je mcm Fathien, suka berlakon. Yeah, dia n Fathien mmg suka berlakon >.< Kelakar je aku tgok. Anisah ni dah boleh dilabel sebagai Datin terhormat. =.='' Memang dia ada bakat pun mcm datin. Ops~! tapi dia ni datin profesional ye.. No gedik2. ^^ Dia nilah kakak kitorang. (Kami semua tgh  tunggu hang kawen dulu. Hahah) Dia ni hebat dalam bab-bab cintan cintun ni. Erk.Setaraf tak dgn Doktor Cinta? Heheh.. Gurau ^^ Dia jugak anak sulung. ^^ Dia seorang yang periang. Hantu bola tau dia ni. jangan main-main. Dia pernah bercita-cita nak pergi serbu stadium dgn aku.. Wahaha... Persoalannya, aku tak boleh join gi stadium -.-'' Acano tu? ^^ Nisa jugak pandai bab masak memasak ni. Wah. Tabik sam lu. kikikiki. N Anisah jugak ramai peminat. ^^ Biasalah, siapa tak nak dia ni. Hohoho.. (Lupa pulak, Kawan-kwan aku semuanya ada peminat. Tapi masalahnya, peminat diorang ni SENGAL~ -.-'') Sabor jelah. Aku perasan kan, kalau siapa-siapa buat lawak yang tak lawak, dia akan ketawa sambil pukul org tu. haha.. Aku bajet dia nak jaga hati org tu lah. Owh, tu pandangan aku je tau. Mugkin dia memang mcm tu. ^^ Mungkin dia betul2 ikhlas ketawakan org tu. Aku sendiri tak tahu. Kena tanya tuan punya badan sendiri lah ye. ^^

___________________________________________________________________________________

Zahidah~!
(AnakSulong)
Nama gelaran : Zido @ Domo

Ha, ni dia kakak aku. Dia ni garang sikit. Tapi aku selalu buat tak peduli. Heheh.. N dia manja ^^. Dan dia ni anak sulung jugak. See -.-'' aku dah kata ramai anak sulung.Dia ni peminta korea! Budak K-POP ni. Jangan buat lawak buduh pasal korea dgn dia. Kompem kena fire~ Sensitif tau. Respect dia ^^ Jangan sampai dia benci. Ingat tu. lainlah mcm aku. Aku tau nak pujuk balik. hehehe.. (Aku mmg hebat <---- Poyo~ -.-) Owh, zida ni pun sama, ramai gila peminat. Ada peminat dia yg pemalu, yang gila-gila, yang bla..bla..bla.. heheh... Ramai! ^^ kikikiki... Tiba2 rasa mcm kawan dengan (artis) penghibur. ^^ hoho... Zida ni pun sama mcm syira. Cepat Pick-Up! Nasib aku duduk sebelah dgn dia. Senang nak suruh dia ajar aku yg sememangnya.. ugh! Slow mcm internet! Heehehe... Owh, pada pandangan aku, dia ni tak suka keluar duit tak tentu hala, bukan mcm aku, boros je memanjang -.-'' Jadi, ^^ kami semua mmg dah faham benar dengan perangai dia yang satu tu, apa lagi, kongsi makananlah ^^ Aku rasa cara tu bagus kut, mengeratkan perhubungan persahabatan. ^^ Bagus! ^^ I like. Oh, Zida ni hebat English. Kalau baca esei BI dia, mak aihh.. dah macam karangan Danish budak Hong Kong tu dah. Pergh~! Memang superb~! Dia selalu tolong aku buat esei BI. Zida juga merupakan kamus BI bergerak aku. Save duit aku.. hahahah ^^ Gurau sis.  Tabik sama lu. ^^

___________________________________________________________________________________

Wahida~!

Nama gelaran: Wido

Ha.. Ini dia the second person yang hantu sama K-POP. Dia ni adalah gandingan 'Serasi Bersama Bersama-sama' dengan Zida ^^ Hee... Wida ni budak LK (lukisan kejuruteraan). Dia ni cukup bangga dengan JB..Ops.. bukan Justin Bibir, tapi Johor Bahru~ ^^Wahida cukup hebat dalam bab-bab video ni. Tabik sama lu! (Dah mcm tagline aku pulak -,-)  Wida ni memang hebat bab-bab dapatkan tiket utk konsert K-POP dia.. Aku pun tak tau mcm mana dengan mudah dia dapat. Dia selalu dapat sebab menang contest. Pergh~! Memang lah dia ni. Sabor jelah. Dia ni jugak jenis yang malas nak gaduh. Kalau ada sesi bergaduh, dia akan mengalah. Wah.. hebat-hebat. Dia ni pandai main pinano... ^^ Pinano kan? hehhe... Wida jugak teror bab-bab melayari internet nih. Ada aje sumber yang menarik dia jumpa. Wah! Memang patutlah kau dapat tawaran KRU Acdemy tu  ^^ Hehehe...

___________________________________________________________________________________

Baiklah.. itu aje lah yang aku nak cerita pun.. Sekian terima kasih ^^

Owh...
Aku berharap hubungan persahabatan kita berkekalan selama-lamanya. Amin. In Sya Allah. ^^
Aku nak minta maaf kalau selama kita berkawan ni aku ada menyinggung perasaan korang. Aku mintak maaf. Kalau aku dah tiada nanti, sedekahkan Al-Fatihah utk aku tau. Maaf. selama ni aku selalu bergurau kasar. Huhuhu.. Maaf sangat-sangat.. T^T

 I LOVE KORANG~!!!



Wednesday, 13 February 2013

Mahirah(cerpen) ~MenulisBersamaDia~


                 
Gambar yg ada.. gambar hiasan je~~~

________________________________________
  Mahirah(cerpen)               ~[MenulisBersamaDia]~  
     Oleh: LiyanaIrah @ Larkspurpetak  

TILU> Ku Bukan Aku  

_______________________________________________________________________________

"Eh!" Dia terkejut melihat wajah perempuan itu. Tanpa dia sedari dia sedang mengekori perempuan itu.

"Kenapa dia ikut aku ni?" Perempuan itu menjadi gelisah. Sudahlah lelaki itu sejak tadi tidak sudah memerhatikan dirinya.

'Lebih baik aku siasat dulu siapa dia.' Bisik hati lelaki itu. Dia berhenti mengekori perempuan dia. Dia segera membelok ke kiri.

'Eh? Dia tak ikut aku rupanya.' Perasan betul aku ni. Perempuan itu mentertawakan diri sendiri.



“Mahirah! Mana kerja rumah yang saya minta semalam?” Puan Nazurah menengking. Sakit juga hatinya kali ini. Sudah lama dia bersabar dengan anak muda yang berada di hadapannya.

Mahirah hanya mendiamkan diri. Mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Seperti biasa, Mahirah akan keluar daripada kelas apabila dia dimarahi oleh mana-mana gurunya. Er, sebenarnya tak lah biasa sangat, tahun ni je dia buat perangai. Rakan-rakan yang lain hanya mengeluh. Mana tidaknya, pasti mereka pula yang akan menjadi mangsa.

“Murid-murid! Macam ini ke caranya kamu menghormati guru? Langsung tidak boleh ditegur!” Puan Nazurah menghempas buku yang ada di tangan. Sakti hatinya ketika itu. Nama sahaja perempuan tetapi biadap! Jerit hati Puan Nazurah. Belum pernah dia semarah itu. Selama ini dia sentiasa bertolak ansur. Nampaknya, tugas mendidik ini tidak semudah yang disangka.

Tiba-tiba Puan Nazurah teringat sesuatu yang menjadi penguat kepada dirinya selama dia bergelar pendidik. Iaitu…

Sabda Nabi SAW mafhumnya."Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

"Bahawasanya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib) (Sumber: gummybear-cetusanhati.blogspot.com) 

Puan Nazurah keluar daripada kelas sambil beristighfar. Dia sedikit tenang. Malas hendak memarahi anak muridnya yang lain. Lagipun, mereka tidak bersalah.

“Weah, kenapa Mahirah tu suka menyusahkan orang lain? Geram betul aku!” Rifa menyatakan ketidakpuaan hatinya. Kelas bising dengan suara mereka yang bengang dengan sikap Mahirah. Mahirah semakin berubah.


Mahirah menghalakan langkahnya ke padang. Serabut memikirkan masalah yang dihadapi. Sedikit sebanyak perasaan bersalah melanda jiwanya.

Dia melabuhkan punggungnya di atas batu yang terletak di hujung padang. Di sebelah batu itu terletaknya sebatang pokok yang rendang.

Kotak rokok Dunhill dikeluarkan. Isinya diambil.

Jangan salah faham, di dalam kotak tersebut bukanlah rokok. Tetapi mp3 milik Mahirah. Kenapa simpan dalam kotak rokok?

Mahirah menyimpan di dalam kotak rokok tersebut kerana itu adalah strategi untuk tidak terkantoi membawa mp3. Macam mana?

Sebulan yang lalu…

“Apa nak jadi dengan awak ni? Dah lah kerap keluar kelas. Bawa pula rokok!” guru disiplin memarahi Mahirah. Tanpa sebarang keraguan, guru disiplin itu terus mencampakkan kotak rokok itu ke dalam tong sampah.

Mahirah ditahan. Dia turut didenda. Walaupun telah dirotan, Mahirah seakan-akan tidak makan saman. Kena rotan, apalah sangat.

Setelah dia dilepaskan. Mahirah kembali semula ke tong sampah yang di dalamnya terdapat kotak rokok yang telah dibuang sebentar tadi oleh guru disiplinnya. Sungguh dia sudah agak dengan tindakan guru disiplinnya itu.

Setiap kali guru disiplin itu terjumpa kotak rokok yang dibawa oleh sesetengah pelajar, pasti dia tidak teragak-agak untuk terus membuang ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Sedangkan, sepatutnya, barang tersebut perlu di simpan sebagai barang bukti. Mahirah tahu mengapa guru disiplinnya itu melakukan sedemikian. Hal ini kerana guru disiplinnya terlalu benci dengan rokok. Disebabkan rokok, suaminya meninggal dunia 4 tahun yang lalu.

Sebab itu lah menurut pandangan Islam, menghisap rokok diharamkan kerana padanya terdapat kemudaratan.

Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu: “Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Faktanya rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg Nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya, kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.  (Sumber: www.e-fatwa.gov.my) 

Mahirah menghidupkan mp3-nya. Dia menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT.
Aku  terpaksa berpura-pura menjadi pelajar yang bermasalah. Semuanya kerana….

“Huh! Kat sini rupanya kau ye Mahirah!” Syarif menyergah Mahirah yang sedang leka. Selepas Mahirah keluar daripada kelas tadi, Syarif sudah tahu ke mana hala tuju Mahirah. Syarif juga merupakan sahabat baik kepada Mahirah. ‘Ya, sahabat baik Mahirah!’ Bisik hati kecil gadis itu.

“Kau ke bro. Aku ingat siapa tadi.” Mahirah megeluh. Terkejut babun dibuatnya. Bertuah punya member.

“Kau nih. Dah-dah lah tu mogoknya. Tolonglah jadi macam ta…” Belum sempat Syarif menghabiskan kata-katanya, Mahirah sudah mengangkat kaki untuk beredar dari situ. Malas hendak melayan.

“Pulak. Nak ke mana? Aku belum habis cakap.” Syarif mengekori Mahirah.

“Tolong biarkan aku sorang-sorang bro. Please.” Mahirah cuba untuk senyum. Pada hakikatnya senyumannya tawar tanpa sebarang keikhlasan.

Syarif hanya mengangguk. Dia agak terkilan dengan sikap Mahirah yang sejak akhir-akhir ini seperti orang lain. Seseorang yang dia tidak pernah kenal dahulu.

Pada pandangan Syarif, Mahirah berubah selepas kejadian 4 bulan yang lalu.



4 bulan yang lalu…

“Apa?! Kemalangan?! Astaghfirullahaladzim.” Datin Khairunnisa beristighfar panjang. Air mata merembes keluar. Suaranya tersekat-sekat. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh anak lelakinya, Ridzwan. Ridzwan juga terkejut. Dia langsung tidak menyangka ayah dan adik perempuannya ditimpa musibah.

Ridzwan cuba untuk menenangkan ibunya. Ya! Dia perlu menenangkan ibunya kerana masih ada satu lagi berita yang sangat mengejutkan. Barangkali, ibunya akan jatuh sakit seperti dahulu. Cukuplah ibunya merana seperti dahulu.

Ridzwan tidak putus-putus berdoa kepada Yang Esa. Memohon kekuatan dengan semua ujian ini. Dia yakin ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Dia sangat yakin.

"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." (Hadis riwayat Muslim) (Sumber: www.iluvislam.com)




"Munirah! Tu ada pelanggan nun ha..." Encik Badrol memanggil Munirah yang sedang menyimpan barang di stor.

"Ya saya!" Munirah segera bergegas menemui pelanggannya. Kunci kereta diambil. Pelanggan tersebut menghilangkan diri. Munirah memulakan kerjanya. 

"Munirah, kenapa sekarang kau kerja petang je? Pagi kau dah tak mai. Kenapa?" Ezat menyoal. Sudah lama dia ingin bertanya. Hampir dua bulan Munirah tidak datang kerja di waktu pagi. Bosan juga dia bekerja seorang diri. Huhu.. Nak harapkan Nizam, hmm.. tinggal harapan je lah.

"Owh, pagi aku ada hal. Sebab tu aku tak amik kerja full time." Munirah menjawab.Munirah sedikit tersentap dengan soalan Ezat.

"Tapi takkan setiap pagi ada hal kut? Dah dua bulan kau tak kerja full time. Bos tak marah ke?" Ezat masih bertanya sambil mengelap cermin kereta pelanggannya dengan kain. Munirah pula sedang menyembur air pada  kereta di sebelah kereta pelanggan Ezat.

Munirah hanya tersenyum. Dia menggeleng. Ezat hanya mengangkat bahu yang memberi rmaksud 'Okey, fine.'


"Munirah! Munirah! Jangan lari!" lelaki itu memanggil. Munirah berlari dengan laju. Tidak mahu tertangkap dengan lelaki itu. Munirah membelok ke sebuah lorong yang gelap. Tiba-tiba dia terjatuh. Buk!

"Argh!" Munirah terjaga daripada tidurnya. 'Lah mimpi rupanya'. Munirah mengeluh. Dia masih belum dapat melupakan kesilapannya dalam mebuat keputusan sebegitu. Ya! Keputusan yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia terpaksa bertahan demi seseorang. Seseorang yang telah berjaya menimbulkan rasa sayang di dalam hatinya. Dia rasa disayangi.

"Munirah, cepat siap. Nanti tertinggal bas." Ridzwan mengejutkan Munirah. Munirah hanya mengangguk.

Dia menghidupkan radio. Lagu mula memekakkan telinga. Munirah mencapai tuala. Dia melangkah ke bilik air.

"Mahirah, jom sarapan. Mama masak nasi goreng lauk ayam masak merah." Datin Khairunnisa menuangkan air untuk anak-anaknya.

"Amboi mama. Rajin betul masak ayam masak merah. Tiba-tiba berselera pula!" Abang Ridzwan bersuara ceria. Gadis itu pula hanya tersenyum kelat. Masih belum dapat membiasakan diri.



"Assalamualaikum cikgu." Mahirah berdiri kaku di hadapan gurunya, Puan Nazurah. 

"Waalaikumusalam." Puan Nazurah memberikan senyuman. Seboleh-boleh dia cuba untuk ikhlas.

"Err... Saya nak minta maaf tentang hari itu. Ini dia semua kerja-kerja yang tertangguh dan kerja rumah yang cikgu beri tadi. Saya dah siapkan semuanya." Mahirah menyerahkan kesemua kerja rumah yang sebelum ini dia langsung tidak usik. Tetapi apabila dia memikirkan tindakannya yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar dia terus menyiapkan kesemuanya. Bukan sahaja kerja-kerja yang dibekalkan oleh Puan Nazurah, malah kerja-kerja daripada guru-guru yang lain dia turut siapkan. Kini dia menjadi lega kerana rata-rata gurunya memafkannya. Yang pasti, ceramah daripada gurunya tetap ada! Tak apa, janji dia mahu berubah.

Antara nasihat yang diterima oleh Mahirah ialah "Baguslah kalau awak nak berubah. Saya harap awak tak hangat-hangat tahi ayam. Hormat guru awak. Awak kena ingat tanggungjawab awak sebagai seorang pelajar. Jangan terlalu ego dan sombong dengan kepandaian yang awak miliki. Nanti akan memakan diri."

Ouch! Makan dalam betul nasihat cikgu tu. Mahirah hanya tersenyum.

Semuanya sudah selesai. Misi pertama dah settle~! Misi seterusnya. Agak susah. Hmm.. Mahirah mengeluh berat.

"Munirah! Awak kena tolong saya!" Lelaki itu merayu. Aik. Lelaki merayu dekat perempuan? Apa kes?

"Apa kaitan saya dengan keluarga awak?!" Munirah menengking. Bengang. Sudahlah dia sakit kaki kerana terjatuh akibat tersangkut pada tali semasa berlari tadi. Lepas tu, mamat sengal ni sibuk dengan "tolong" dia. Rimaslah!

"Memang ada kaitan!" Lelaki itu menjerit. Dia mencari-cari sesuatu di dalam poket seluarnya. Matanya tidak lepas daripada memandang Munirah.

"Mana buktinya, huh?!" Munirah membalas. Dalam masa yang sama dia cuba mencari helah untuk melepaskan diri. 

"Ini buktinya!" Lelaki itu menunjukkan sekeping gambar. Gambar seorang gadis. Munirah tergamam.

"Aik menung jauh nampak." Munirah tersedar ke alam nyata. Ridzwan membawa secawan Nescafe untuk Munirah.

"Eh mana ada." Munirah mengambil cawan tersebut lalu meneguk air Nescafe kegemarannya itu.

"Ingat pakwe lah tu." Ridzwan mengusik. 

Munirah menarik nafas berat. Lalu mengeluh. Ridzwan perasan dengan perubahan air muka Munirah.

"Kenapa ni? Ada masalah ke?" Ridzwan menyoal.

"Dik, sampai bila akak kena berlakon?" Kali ini Ridzwan pula mengeluh. Kadang-kadang kasihan jugak dia melihat keadaan Munirah.

"Sampai adik yakin yang mama akan okey." Munirah memandang Ridzwan. Ridzwan tersentap dengan panahan mata Munirah yang seakan-akan menahan amarah.

"Akak dah tak tahan dah!" Bergetar suara Munirah menahan marah. Dia sudah letih berpura-pura.

"Akak, tolong bersa..." Belum sempat Ridzwan menghabiskan kata-katanya. Datin Khairunnisa sudah muncul di ruang tamu, tempat Ridzwan dan Munirah berbual.

"Eh, anak-anak mama dekat sini rupanya." Datin Khairunnisa melabuhkan punggungnya di atas sofa yang empuk itu.

"Mama nak air?" Mahirah menyoal. Datin Khairunnisa mengangukkan kepala.  Mahirah terus ke dapur.

"Cikgu, tolong saya ye cikgu. Tolonglah. Saya takut penyakit mak saya datang balik. Saya janji semua ni sementara je. Tolong ye cikgu. Saya sanggup tanggung risiko." Ridzwan merayu kepada pengetua sekolahnya. Ridzwan memang baik dengan pengetuanya itu.

"Baiklah, saya cuba tolong. Tapi tak boleh lama-lama. Nanti kantoi. Saya kasi 6 bulan sahaja. Sebelum exam pertengahan tahun. Faham?" Puan Aisyah memberi kata putus. Kasihan juga melihat anak muda ini. Lagipun, Ridzwan sudah banyak menabur jasa terhadap sekolah. Sejak daripada dia di bangku sekolah sehinggalah dia sudah bekerjaya. Mujurlah Ridzwan masih menghargai. Disebabkan Ridzwan sekolah mereka mendapat status sekolah kluster. Macam mana? Bacalah majalah sekolah tahun 2001. Tahun itu Ridzwan baru berusia 17 tahun. Bayangkanlah berapa lama Ridzwan menabur jasa sehinggalah sekarang 2013. Lama tu.

"Terima kasih cikgu. terima kasih." Ridzwan begitu gembira dan teruja. Alhamdulillah. Satu masalah dah selesai. 


"Apa?! Sekolah? Kau buang tebiat ke? Umur aku dah berapa? Aduh!" Munirah mengeluh. Biar betul budak ni nak suruh aku sekolah balik? Mentang-mentang lah aku bersaiz kecil. Sesuka hati dia je nak suruh aku berlakon jadi budak sekolah. Ugh!

"Tapi kau dah janjikan? Tolonglah aku. Pleaseeeeee..." Ridzwan terus memujuk a.l.d.s mendesak. [[a.l.d.s-atau lebih dikenali sebagai]] 

Munirah berfikir sejenak. Kalau tak tolong nanti dikira mungkir janji. Lagi satu, kesian pun ye. Aduh. Delima sungguh. Inilah dia, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... hmm... susah susah.

"Yelah, yelah. Aku tolong ni pun sebab kau dah bayar semua hutang-hutang aku dengan samseng tu. Terima kasih sekali lagi. So, tak kantoi ke kalau aku berlakon?" Munirah menerima permintaan Ridzwan. Hakikatnya, dia masih keberatan. Macam tak masuk akal betullah dia kena pergi sekolah lagi sekali di usia tua ini. Huhuh... Oh ya, Munirah tua 2 tahun daripada Ridzwan. So, kiranya umur Munirah dah berusia 28 tahun. Tuanya. Belum kahwin lagi. huhuhu... Sedih~

"Akak. Jangan risau, Wan dah pasang orang dalam." Ridzwan mengenyitkan matanya tanda semuanya okey!

"Kalau tidak megenangkan jasa kau. Tak kuasa den nak nolongnya." Munirah ketawa. Ridzwan hanya tersenyum. Lega. Masalah kedua selesai. Masalah seterusnya, mencari kekuatan. Ya. Kekuatan yang sukar diterima. Berat, berat. Huh... Harap-harap dia mampu.

"Mengelamun apa tu Wan?" Datin Khairunnisa memandang pelik. Sudah 4 kali dia memanggil Ridzwan tetapi tiada sebarang respons.

Ridzwan tersedar daripada lamunan. Dia masih teringat lagi macam mana dia boleh merancang idea sebegitu rupa. Kesian kakak Munirah. Sorry kak. Tak lama lagi akak bebas. Sikit je lagi. Huhuh...

"Tak ada apalah ma. Cuma risau sikit pasal pembentangan esok." Ridzwan membuat helah. Gila nak jujur. Belum masanya.

"Owh, janganlah bimbang sangat. Anak mama kan dah biasa. Tak payah takutlah. Semuanya akan okey nanti. In Sya Allah." Puan Khairunnisa memberikan senyuman. Bukankah senyum itu sedekah.

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).  (Sumber: www.iluvislam.com)


"Err, Mahirah." Syarif menggaru-garu kepala. Dia buntu. Macam mana nak tanya eh? Nanti kena marah. Eh! Yang aku ni penakut sangat ni kenapa?

Mahirah memandang Syarif sambil mengunyah burger Ramly. Syarif tiba-tiba terkedu. Tidak jadi hendak bertanya. Risau kena marah. 

"Err, tak ada apa-apa lah. Aku pergi library dulu lah. Assalamualaikum." Syarif terus memanjangkan langkahnya menuju ke library. Tak payahlah tanya masalah orang. 'Sejak bila aku busy body ni?"

"Pelik." Mahirah sambung makan. Betullah cakap Ridzwan. Aku obsesi burger Ramly. Sedapnya!


"Wan. Mama tengok Mahirah tu macam dah berubah. Tak seceria dulu. Dia ada masalah ke, Wan? Risau mama." Datin Khairunnisa mengurut-urut dadanya. Ridzwan pula terkedu. Terkejut dengan pertanyaan ibunya. 'Masak aku.'

"Ye ke mama? Wan tengok dia biasa-biasa je." Ridzwan menyambung membaca surat khabar. Tipu, dia bukan baca pun, dia tengok gambar je.

"Macam ye. Kamu tengok-tengokkan adik kamu tu. Takut pula mama." Puan Khairunnisa berwajah risau.

"Yelah mama. Mama jangan risau. Adik tak ada masalah pun. Pandailah dia jaga diri." Ridzwan menghadiahkan senyuman. 'Bila aku nak bagi tau mama ni?' Dia menyoal dirinya sendiri. Dah dekat 4 bulan dah ni. 2 bulan depan Munirah dah tak boleh sekolah dekat situ lagi. 'Masalah..masalah.'

"Yelah. Yelah." Datin Khairunnisa melangkah ke dapur. Pada masa yang sama Mahirah sedang mengacau air. Di sebelah cawannya ada sebuah buku bewarna hitam. Macam diary je.

"Mahirah buat air apa?" Datin Khairunnisa menyapa anak perempuannya.

"Air Nescafe, mama. Mama nak?" Mahirah mengukir senyuman. 

"Takpe lah. Mama dah minum." Datin Khairunisa mencapai pinggan. Mahirah sudah melangkah ke bilik. Tetapi dia tertinggal buku hitamnya.

Datin Khairunnisa mencapai buku hitam itu. Ada satu tarikan yang membuatkan dia ingin membuka buku itu. Walaupun dia yakin, buku itu ialah buku diary milik anaknya.

"Mama!" Mahirah muncul di depan dapur. Buku itu terlepas daripada tangan Datin Khairunnisa. Berselerak gambar yang terdapat di dalamnya. Mereka berdua tekejut. Mahirah segera mengemas gambar-gambar yang berselrak itu. Tetapi dihalang oleh Datin Khairunnisa. Menitis air matanya. Munirah terkedu. 'Kenapa ni?'

"Wan, apa semua ni? Mahirah! Mana kamu jumpa gambar ni?!" Datin Khairunnisa naik berang. Kenangan lalu bermain di dalam fikiran.

'Nampaknya, sekaranglah masanya.' Ridzwan berbisik di dalam hatinya. 'Alamak kantoi lah pula.' Munirah menjadi  serba salah dengan Ridzwan. Ridzwan hanya mengeluh. Dia memandang Munirah. Cuba untuk mendapatkan kekuatan.

"Mama..." Datin Khairunnisa masih menitiskan air matanya. Dia memandang Ridzwan.  Kemudian di berpaling memandang Munirah.

"Anak ni Munirah kan?" Datin Khairunnisa menanti penuh debaran. Dia menanti jawapan daripada 'Mahirah'. Ridzwan terpempan apabila ibunya mengetahui nama sebenar Munirah. Dia pula menjadi bingung. Dia sangka ibunya menangis kerana mengetahui rahsia terbesarnya. Kemudian dia berfikir lagi. 'Kenapa dengan gambar tu?'

Munirah memandang Ridzwan. Dia ingin mendapatkan kepastian, adakah dia pelu berterus terang? Ridzwan mengangguk. Kemudian Munirah mengangguk. Semakin laju air mata Datin Khairunnisa mengalir. Dia juga keliru dengan perasaannya ketika itu.

Tiba-tiba, Datin Khairunnisa teringat kejadian sewaktu Ridzwan menyampaikan berita kemalangan arwah suaminya. Dia menjadi keliru. 'Kalau ini Munirah. Mana Mahirah?' Wajahnya bertukar pucat. Dia mengingati kembali, barulah dia sedar, Ridzwan ada menyatakan bahawa dia telah pengsan selama 9 hari, boleh juga dikatakan seperti koma. Doktor memberitahu bahawa, keadaan Datin Khairunnisa ketika itu, seolah-olah tidak mahu meneruskan kehidupannya. 



“Apa?! Kemalangan?! Astaghfirullahaladzim.” Datin Khairunnisa beristighfar panjang. Air mata merembes keluar. Suaranya tersekat-sekat. Dia tidak dapat menahan sebak di dada. Terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh anak lelakinya, Ridzwan. Ridzwan juga terkejut. Dia langsung tidak menyangka ayah dan adik perempuannya ditimpa musibah.

Ridzwan cuba untuk menenangkan ibunya. Ya! Dia perlu menenangkan ibunya kerana masih ada satu lagi berita yang sangat mengejutkan. Barangkali, ibunya akan jatuh sakit seperti dahulu. Cukuplah ibunya merana seperti dahulu.

Ridzwan tidak putus-putus berdoa kepada Yang Esa. Memohon kekuatan dengan semua ujian ini. Dia yakin ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Dia sangat yakin.

Tiba-tiba! Datin Khairunnisa jatuh terjelepok ke lantai. Ridzwan menjadi panik. 'Ah! Betul tekaan ku'. Ridwan lantas mendukung ibunya. Dia menuju ke hospital.

Doktor menyatakan bahawa ibunya menghidap koma. Sungguh! Ridzwan terlalu terkejut. Dia bimbang sekiranya ibunya benar-benar tidak mahu meneruskan hidup. Kemudian Ridzwan bergegas ke hospital Serdang. Masih ada yang belum diselesaikan. Pengurusan jenazah ayahnya yang bernama Arif, dan adik perempuannya, Mahirah.

Selesai pengurusan jenazah. Ridzwan bergegas pula melawat ibunya. Ibunya masih belum sedar. Hari ini merupakan hari kedua ibunya tidak menyedarkan diri. Terasa berat beban yang ditanggung. Namun dia redha. Baginya, ini merupakan ujian daripada Allah SWT agar dia sentiasa mendekatkan diri kepada yang Esa.

Selang beberapa hari, ibunya masih juga tidak menyedarkan diri. Dia melepaskan keluhan yang berat. Selepas menjenguk ibunya, dia mengorak langkah pergi ke sebuah kedai makan. Walaupun, pada ketika itu dia langsung tiada selera untuk menjamah sebarang makanan.

Pada ketika itulah, matanya terpandangkan seseorang. Seseorang yang memiliki wajah yang sangat dia kenali sebelum ini. Dia mengelengkan kepala. Dia fikir dia hanya berhalusinasi. Dia beristighfar.

"Bang, mee goreng mamak yang saya pesan tadi dah siap?" Perempuan itu sudah berdiri di hadapan kaunter untuk mengambil makanan yang dipesan.

"Nah. RM 3.50" Not hijau itu diserahkan kepada peniaga itu. Baki diambil. Plastik merah berisi mee goreng mamak bertukar tangan. Munirah berjalan keluar dari kedai.

Ridzwan yang masih belum dapat mempercayai apa yang dilihatnya sebentar tadi sedang mengekori Munirah. Munirah belum menyedari perbuatan Ridzwan itu. Dia leka dengan aroma mee goreng mamak yang dia beli tadi. Mana tak, malam tadi pun tak makan apa-apa. Lapar-lapar...

Kemudian Munirah terpandang cermin kereta seseorang, ketika itu barulah Munirah menyedari bahawa dia sedang diekori oleh seseorang. Munirah menjadi panik. Namun, sedaya upaya dia cuba untuk berlagak tenang.

Ridzwan yang sedang leka mengekori Munirah tersedar bahawa Munirah menyedari perbuatannya. Dia langsung membelok ke kiri. 'Lebih baik aku siasat dulu siapa dia.' Ridzwan berkira-kira di dalam hati. ia tekad untuk mengetahui siapa perempuan itu. Ini kerana dia ada satu rancangan yang bernas.

Ridzwan, Munirah dan Datin Khairunnisa sedang duduk berkumpul di ruang tamu. Datin Khairunnisa sudah  reda. Ridzwan sudah menceritakan siapa Munirah yang sebenarnya.

"Mama, sebenarnya, dia ni Munirah. Wan rasa serba salah nak bagi tahu mama sebenarnya, sebab Wan tahu mama mesti sedih. Wan buat ni sebab..." kata-kata Ridzwan dipotong oleh Datin Khairunnisa.

"Wan, mana Mahirah?" Datin Khairunnisa menyoal. Debaran di dalam hati semakin kuat. Seboleh-boleh dia tidak mahu menangis. Dia perlu tabah.

Ridzwan terkedu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menghembus dengan kuat. Berat! Ridzwan menelan liur. 'Bismillahirranhmanirrahim.'

"Mama, Wan harap mama bersabar ye mama. Wan janji tak ada rahsia lagi. Sebenarnya..." Ridzwan memandang Munirah yang hanya diam membisu.

"Sebenarnya, Mahirah meninggal dunia dengan papa masa kemalangan tu. Wan memang nak kasi tahu dekat mama. Cuma Wan ragu-ragu sebab mama pernah mengalami tekanan perasaan dulu. Tapi, masa Wan cuba nak kasi tahu hari tu, mama pengsan. Wan tak sempat nak kasi tahu. Masa tu Wan keliru. Wan tak tahu nak kasi tau macam mana kat mama. Wan tahu mama sayang sangat dengan Munirah. Wan terkejut sebab doktor kata mama koma." Ridzwan berhenti sejenak. Dia mula dapat bekata-kata dengan yakin. Kekuatan itu datang sendiri.

Dia menyambung lagi. "Pada hari kedua mama koma, Wan pergi keluar nak cari makan. Masa tu Wan ternampak Munirah. Wan terkejut masa tu. Wan ingat Wan berhalusinasi je. Rupa-rupanya tidak. Jadi masa tu Wan dapat akal untuk minta bantuan Munirah bagi berpura-pura menjadi Mahirah. Wan terfikir sebegitu sebab Wan nak mama teruskan hidup." Ridzwan terlihat ibunya menagis kembali.

"Wan..." Datin Khairunnisa menggenggam tangan Ridzwan. Matanya semakin berkaca. Ridzwan memandang tepat ke mata mamanya.

"Ye mama?" Ridzwan bertanya. 

"Wan, sebenarnya... Munirah ni kakak kamu." Ketika itu, Munirah dan Ridzwan tergamam. Mereka saling berpandangan. 'Tak mungkin.' Mereka tidak percaya.

"Apa yang mama merepek ni?" Ridzwan masih terkejut.

"Wan, kalau Wan nak tahu, sebelum mama kahwin dengan papa Wan, mama pernah berkahwin dengan papa Munirah. Lelaki yang ada dalam gambar tu." Ridzwan mencapai diari Munirah, dia masih belum melihat gambar yang dimaksudkan mamanya. Dia terkejut. Tidak pernah terfikir dek akalnya. Sungguh, lelaki yang merupakan bapa kepada Munirah itu memiliki wajah yang seiras dengan papanya. Dia melihat lagi gambar yang lain. Munirah semakin keliru. Bingung.

"Kenapa dik? Akak tak faham? Kita adik beradik? Apa ni?" Bertalu-talu soalan Munirah. Dia semakin pening mndengar kata-kata Datin Khairunnisa dan melihat reaksi Ridzwan.

"Munirah, ni mama. Mak kamu." Datin Khairunnisa memeluk erat Munirah. Ridzwan meraup wajahnya. Tak sangka, semua ni tak masuk akal.

"Mama, mama... cuba mama ceritakan semua ni. Wan tak faham!" Ridzwan menggoncang bahu ibunya. Datin Khairunnisa pula yang mengeluh. Dia mengelap air matanya.

"Baiklah mama cerita. Jom ikut mama." Datin Khairunnisa menarik tangan kedua-dua anaknya itu. Perasaannya ketika itu bercampur aduk, gembira dan sedih. Gembira kerana doanya untuk bertemu dengan anak perempuannya tercapai. Dan sedih kerana Mahirah telah pergi meninggalkan dirinya. Namun dia redha. Dia semakin kuat menghadapi dugaan Ilahi.

Mereka menuju ke kamar yang penuh dengan buku. "Kenapa mama bawa kami ke sini?" Ridzwan tidak sabar untuk megetahui cerita mamanya.

Datin Khairunnisa mengambil sebentuk kunci lalu membuka sebuah kotak. Munirah dan Ridzwan hanya memerhati. Pada ketika itu, Munirah terpandangkan sebuah potret. Potret itu merupakan wajah seorang lelaki yang dia rindui selama ini. Iaitu ayahnya! 

Barulah Munirah mengerti. Kemudian dia terfikir, apakah Datin Khairunnisa merupakan ibu yang dia cari selama ini? Walaupun dia tidak sempat mengenali ayahnya, tetapi dia mendapat tahu bahawa ayahnya menceraikan ibunya semasa dia berusia setahun. Setelah itu, bapanya meninggal dunia akibat kemalangan. Mujurlah Mak Cik Noni ada untuk menjaganya. Mak ik Noni lah yang selalu menceritakan perihal ayahnya dan ibunya. Mak Cik Nonilah yang menyerahkan kesemua gambar itu. Baru dia mengerti, siapa 'ibu'nya kini.

"Ini dia album gambar mama dengan ayah Munirah." Datin Khairunnisa menarik tangan Munirah untuk menunjukkan gambar-gambar yang terdapat di dalam album itu. Ridzwan turut ikut serta melihat-lihat album itu.

Datin Khairunnisa memulakan cerita...

"Mama kahwin dengan papa Munirah 3 tahun sebelum mama kahwin dengan papa Ridzwan. Sebenarnya, papa Munirah dengan papa Ridzwan adalah adik kembar yang terpisah. Masa mama kahwin dengan papa Munirah, selepas setahun mama melahirkan Munirah, masa tu lah papa menceraikan mama. Mama dapat tahu punca papa ceraikan mama sebab papa sakit. Papa bawa lari Munirah. Dia kata, dia nak jaga Munirah sebab dia takut dia rindu mama. Masa tu mama marah sangat dengan papa Munirah sebab buat keputusan tak masuk akal."

"Tak lama lepas tu, mama dapat tahu yang papa Munirah kemalangan. Mama cuba cari Munirah tapi tak jumpa. Mama cuma tahu yang Munirah sihat dan selamat. Itupun kakak angkat papa, Noni yang bagitahu. Noni cakap, papa ada kembar yang terpisah. Tak lama kemudian, mama jumpa papa Ridzwan. Papa Ridzwan memang dah tahu siapa papa Munirah. Papa Wan kata, dia nak jaga mama. Dia nak ganti papa Munirah. Mama tak tahu macam mana mama boleh terima papa Wan. Mungkin sebab mama sayang sangat dengan papa Munirah." Dia berhenti bercerita. Munirah mencelah.

"Datin, sebenarnya selama ni saya tinggal dengan mak Cik Noni. Mak Cik Noni dah meninggal dunia tiga tahun yang lepas." Datin Khairunnisa hanya mendengar. Baru dia tahu bahawa selama ini anaknya ada dengan sahabat baiknya itu. 

"Mama, maksudnya kami ni adik-beradik seibu lah ni?" Ridzwan menyoal. Datin Khairunnisa hanya mengangguk.

"Tapi mama, macam tak masuk akal je. Mama kahwin dengan papa Munirah dan papa Wan. Macam mana boleh dapat anak yang serupa ni?" Ridzwan terfikir. Macam cerita dongeng je.

"Wan... itu semua kuasa Allah SWT. Mungkin ada hikmah kenapa muka Munirah dengan Mahirah sama walaupun berlainan bapa. Tak mustahil Wan." Datin Khairunnisa tersenyum.

Ridzwan beristighfar dan memuji kebesaran Allah SWT. 'Ye, tak mustahil.' Munirah pula hanya mendiamkan diri. Hakikatnya, dia sangat gembira kerana akhirnya dia bertemu dengan ibu kandungnya. Secara tiba-tiba, dia memeluk Datin Khairunnisa. Dia mengucap syukur.

Mereka berpelukan. Tidak menyangka pertemuan ini merupakan pertemuaan yang merungkaikan semua rahsia. Mereka bersama-sama berjanji untuk memulakan hidup baru. Kenangan dulu hanyalah tinggal kenangan. Hidup perlu diteruskan.

Akhirnya, Mahirah memiliki sebuah keluarga yang sebenar. Dia tidak bersendirian lagi. Rupa-rupanya, keputusan dia yang mahu membantu Ridzwan dulu bukanlah keputusan yang teruk. Tetapi keputusan itulah yang menyebabkan dia mengetahui siapa ibunya yang sebenar yang selalu diceritakan oleh Mak ik Noni.

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Munirah kini cuba mebiasakan diri dengan keluarganya ini. Tiada lagi penipuan dan kepura-puraan. Semua 'rakan-rakan sekolahnya' telah mengetahui siapa 'Mahirah'. Mereka telah tahu bahawa Mahirah telah lama pergi. Rupa-rupanya selama ini, 'Mahirah' yang selalu buat kacau di dalam kelas mereka bukanlah Mahirah yang sebenar. Tetapi adalah kakak Mahirah iaitu Munirah. 

Syarif pula sedih kerana sahabat baiknya Mahirah telah lama pergi. Namun kesedihannya hanyalah sementara. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Apa yang dia mampu lakukan hanyalah melawat pusara Mahirah dan menghadiahkan Al-Fatihah. Betullah, Syarif memang sahabat sejati Mahirah. Sebenarnya, selama ini, Syarif mencintai Mahirah.

The End. ^^


*********************************************************************************
=.='' Aku tau lah citer ni tak best Lantaklah. Janji siap~ Kuang, kuang, kuang.. hehehe ^^
PNW~! Peace No War ^^ Nah Sab.. Siap sudah~ Lain kali aku cuba buat elok-elok. Ni aku buat cincai je.. huhuh.. Sedey~~~~
*********************************************************************************
Terima kasih sebab sudi membaca cerita yg tak memberikan kepuasan ini. 
Sorry.
T^T

Kawan2ku ^.~